BONDA

BONDA

30 January 2014

geram tahap cipan


Keja dia suma nk tunggu orang suap ja

Buat sendiri x mau sbb katanya ilmu yang masih kurang dan cetek

Apakah itu dikatakan ilmu kurang jika dah bertapa di jabatan ni 2 tahun

Tp pelik kan, kalau ilmu dia kurang dia boleh maafkan diri sendiri

Tp kalau dia minta pendapat org tuk selesaikan masalah, dan kita tiada jln penyelesaian

Dia tempelak kita ‘selama di opis nih apa yang u buat sampai 1 apa pun u x tau’

Hampeh punya orang, dia x tau x pa, klu kita x tau dia kata kita mkn gaji buta

Klu bab mkn dia la nom 1

Jadual makan, dia hafal ja...

Tambah2 makan free..laju ja ja tunggu kat bilik jamuan

Bila ada lebihan makanan, pandaI lak bg arahan

‘leh i oder kat u x, minta tlg bungkus kat i’

Ok lagi...hamba Allah tu pun bungkus la walopun x la ikhlas sgt

Masukkan lauk n nasi dlm plastik pun cerca merba ja sbb tgh thn marah

Bila nk mkn nasi, leh plak soh kita tuang kan kuah kat dia..

Kalau setakat benda mcm tuh pun masih nak harapkan tgn org lain

Apatah lg kerja dia di dalam bilik..mesti byk tertangguh

Dan....mmg betul pun bilik dia Masyallah bersepah..

Nak cari barang atau fail pun rasanya mmg kena selawat byk2 la

Itu baru fizikal, klu tugasan yang melibatkan emel...

Suma staf x puas ati...

Softcopy ada pada dia...tp perlukan sedikit pembetulan ayat..

Rajin la sgt dia forward kat staf berkaitan n karang emel soh edit spelling..

Lps edit send balik that emel to him

Nk edit sendiri punya la mls tp karang emel minta bantuan org lain rajin sesangat la pulokk...

Dari nk buang masa emel ke sana sini, kan lg bagus dia ja yg edit sendiri

Keja lg mudah cepat dan senang

Hairan tul dgn sikap org atasan mcm nih..

Nk kata bos besar, x la bsr mana sbb keja pun x tau nk buat

Cuma belagak jaa lebeyyy

Bab claim plak, hari nib bg resit untuk buat tuntutan pembayaran, esok dah semak baki dalam akaun

Kalu duit ringgit dia berkira sangat, tp kalau yang org tuh laju ja dia nk bedal

Pemalas nom satu, asik nk cuti jaaa...bila cuti x diluluskan mula la tarik muka

Klu rombongan atau lawatan ke tempat laur pun laju gak

Sbb leh bejalan n cuci mata n mkn free

Semua accommodation ditanngung free ..halal lagiiiiiiiiiii

Gerammmm..

Coretan ni bkn membebel Cuma meluahkan rasa ketidakpuasan hati

tuhan ku


disaat kutitipkan pena sepi ini,aku diuji lg..
ujian yg kdg2 meragukan,ada ketika sgt meyakinkan..

ragu dgn segala laku yg telah kutafsirkan selama ini

apkh tingkah ku selama tidak mendapat iktiraf keredhaan Allah..

kehidupan ini ibarat institusi pengajian

di sinilah kita belajar, berilmu dan beramal

diketahui secara sengaja atau tidak kita sedang diperhatikan

dan markah kelulusan dicatatkan di lorong kiri atau kanan

bila saat kematian menjelma, bermula lah hari graduasi kita

menerima transkrip cemerlang atau gagal
terimalah seadanya kerana kita telah pun menunaikan apa yang seadanya di bumi Allah

Sunyi kan hidup ni..


Sunyi kan hidup ni..
Hari ini, Walaupun dikelilingi dengan 4 cahaya mata yang tersangat lah aktif,  x tercapai dek akal keaktifan mereka, tapi hati aku tetap sunyi..ruang2 yang ada ni terasa kosong ja..kenapa arrr..terasa macam hidup ni x diberkati, segala amalan amalan aku sepanjang 29 tahun ni seolah2 x diterima tuhan, seakan2 segala perbuatan baik aku yang x seberapa ni dikembalikan semula kepada aku, seakan2 tidak layak untuk ditulis di dlam buku kebaikan..kenapa mcm ni arr??
Hidup aku, insan yang bernama NORMIE HANA BINTI A. RAHIM ni sememangnya dikelilingi dengan kisah2 tragedi, pahit manis, suka duka, pertemuan dan perpisahan, jatuh bangun..semua tuh aku dah rasa, mungkin itu yang buatkan aku berada dalam lingkungan dan lingkaran ‘sepi’ ini. Ada insan insan tersayang yang menemani tapi x dapat merawat sepi di hati..mungkin juga aku rindukan arwah mak, abah, adik.. semua insan2 ini dah pegi mengadap illahi..alahai pancarobanya hidup aku niii tuhan..jiwa ni rasa kontang dgn kebahagiaan, setiap derai langkah perjalanan yang aku susun pun rasa macam x da tujuan, x tau di mana pengakhirannya.. tapi aku masih bersyukur kerana sesepi dan sesunyi aku, aku tau masih ramai lagi insan di luar sana yang merasai benda yang lebih teruk dari aku..tuhan, aku hanya mohon keberkatan dan keredhaan dariMu..cabutlah nyawaku di saat2 aku telah mengecapi setitis kebahagiaan..tidak pernah ku mohon selautan, cukuplah sekadar setitis bahagia..cukup untuk melengkapi hari2 ku yang sepi..nak ku luah perasaan hati ni pada hubby tapi sure dia x faham punya sbb ati pompuan n lelaki ni lain2.. nak nak plak bidang kefahaman dia n aku 100 % berbeza…sebenarnya kan, aku berani ja tulih di blog sbb rasa mcm x da sedara mara @ org luar yg follow blog ni..klu ada pun mungkin kebetulan ter enter atau pun apa apa ja la…dan dan lagi 1, aku dapat rasakan hidup aku ni akan berakhir dgn kematian..memang la suma yang idup akan mati kan, tapi pengakhiran idup aku ni mungkin kematian yang disebab kan oleh………jeng jeng jeng..
wassalammmm

29 January 2014

keja nak menipuuuuu ja haaaa


Alahai la hidup…

Apa motif hidup korang sebenarnya

Sesaja hidup tuk makan je ke

Hidup just untuk happy happening only

Dan paling x paham kalau hidup semata2 untuk menipu

Menipu tuh yg paling x tahan, org sekarang cakap TAK BOLEH BLAH

Kenapa nak menipu arrr

Kalau x tipu x boleh idup kaa arr

Aku pelik betul dgn hamba Allah yg dalam fikiran dia hanya ada target untuk menipu

Tapi kuasa tuhan kan, tipu la macam mana pun, lama2 kantoi gak

Sembunyi la camna pun, akhirnya mesti org tau jugak

Nak nak plak menipu tenang benda yang  dah sah sah orang tau yang itu TIPU

Kalau nak tipu, kasi la real cikit..kasi gegar..bila org dengar kita tipu pun, biar sampai orang angguk kepala tanda kepercayaan 100 peratus

Ini x, tipu benda yang boleh makan diri..apa barang beb..

Salunya orang yang pandai tipu ni kuat mengampu..

Lepas dia ampu, dia temberang la orang yang dia ampu

Pa benada yang dia temberang pun x tau la…

Yang pasti dia tau yang orang tuh dah kena temberang dgn dia

Haa lagi satu orang yang kuat temberang ni kadang2 bercakap x masuk akal pun..

‘’emm aku buat kenduri aritu, makanan x cukup, aku pun tangkap la ikan kelisa aku yg harga 20 ribu tuh tuk masak n jamu kat tetamu’’’

Dari segi cerita pun dah x logic kan kan kan….

Satu ja nak Tanya, tak takut azab tuhan ka…

27 January 2014

TUHAN KU


Tuhan,
andai tersasar ajaranku, kau lurus kan lah ia semula
andai berliku haluan ku, kau sehala kan lah ia
Andai melencong sasaranku, kembalikan lah ia pada yang asal
Rapuh hati ku ini serapuh reranting yang usang
kerdil nya diri sebesar kuman bila menghadap Illahi
Lalai jiwa ku dalam menghambakan diri pada MU
Leka nuraniku dalam mengabdikan diri pada sang pencipta
Tuhan, dimanakah letaknya diriku di hadapanMu
Layakkah daku dalam mengharapkan syafaat dari Kekasihmu,
NABI MUHAMMAD S.A.W

 Tuhan,
Aku telalu naïf dalam mengharapkan cinta dari nya
Berikan lah aku keyakinan dalam menempuh hari2 yang mendatang
Aku tidak taksub untuk menilai cintanya
kerana ku tahu jambangan kasih yang dibina kini makin usang
Sesepi padang yang gersang, sepi lagi halaman hatiku
Terasa semakin goyah dengan cinta darinya
Kian lama, semakin terpisah jauh kurasa

 

NNT SAMBUNG LA WEY, SIBUK LA PULOKKK

09 January 2014

ajal maut jodoh pertemuan

tirai 2014 aku niat nak buka dgn smgt persekolahan, kerja kat opis bagi lancar..tub tub 2hb jan tu dapat panggilan dari kakak psl sepupu aku meninggal dunia akibat luekimia tahap kritikal..innalillah, sesungguhnya dari tuhan kita datang, kepada allah kita kembali.muda lagi arwah kak ina tu, ank 4 org..yg bongsu baru 8 tahun..rasanya umo dia dalam 37 baru kot..masih igt lagi, masa dia mengandungkan nurin adlina ank bongsu dia 8 tahun yang lalu,doctor suggest supaya dia buang baby tu sbb takut effect pada nyawa kak ina tapi abang din suami kak ina bertegas x mo buang baby tuh dgn alas an doctor tuh bukan tuhan, x layak nk tentukan ajal maut pesakit..so kak ina carry on jugak dgn baby dalam perut..klu x silap masa tuh luekimia dia di tahap awal permulaan kot..tapi tuhan tuh maha besar, maha agung..nurin adlina kini berumoq 8 tahun, maknanya 8 tahun la kak ina survived untuk penyakit yang dia tanggung..maksudnya dia mampu berjuang untuk anak2 selama 8 tahun..aturan allah tu mmg hebat, tuhan dah aturkan untuk nurin x menyusahkan sapa2, at least dia umo 8 tahun dia dah pandai jaga diri walaupun x sepenuhnya..kalau nurin tuh masih baby jenuh gak la abg din tuh nak berjaga siang mlm nak bancuh susu bagai kan kan kan..Alhamdulillah..


tapi paling sedih, kak ina dan abg din ni berkerjaya sebagai cikgu dan majority sepupu sepapat aku suma cikgu, bila kak ina ni meninggal 2jb jan, x ramai kwn2 yang boleh melawat jenazah..ya lahh bayangkan la 2hb cikgu cikgi mst nk urus kan kemasukan dan pendaftaran budak2 baru di sekolah, klu nk melawat jnzh pun mgkn lps waktu sesi persekolahan la kot..nauzubillah



07 January 2014

minggu kedua sekolah

sedih la plak ati ni, adli si sulong tuh excited gila nk pegi pra sekolah di sek. keb. saujana indah, tp malangnya lps pra dia x nk pegi ke KAFA, merangkap sekolah tahfiz..x la jauh mana pun simpang dpn umh tuh ja..stp kali amik dia dari pra,muka mesti monyok sbb dia dah tau aku nk hanatr dia ke kafa..mula la ajk aku g pekan parit buntaq, nk makan KFC la, pizza bagaiiii..adoiii..tadi g amik dia di pra, dia cakap nk balik umh dulu sbb nk terkencing, aku suggest tuk dia g KAFA n kencing di KAFA ja la, tp dia x mo, nk kencing kat umh jugak..haisshhh budak nih, byk akal lak, sesaja dia demand nk lek umh dgn harapan ayah dia ada kat umh, so dia x yah la susah2 g KAFA..nasib baik masa balik umh tadi ayah dia kuar g mancing kot, so x da la org kat umh..bukan buat apa pun, sampai ja kat umah, dia buka seluar n g toilet, dah tu pakai seluar balik n masuk balik dlm keta.. klu mcm tuh , g kencing kat KAFA pun ok, tp tuh la otak budak2 kan..


smlm masa lps hbs opis hour, aku  g amik dia d KAFA, ustazah cakap dia nangih masa mkn nasi, mungkin sedih sbb aku paksa dia g KAFA..PK2 balik, zalim ka aku arrr, ank baru umo 5 tahun tp dah paksa dia untuk bljr..klu aku kecik2 dulu lek dr tadika tengahari tuh terus main sampai la maghrib..x yah PK  psl bnd alain, yg aku tau MAINNNNN ja haaa..sian adli kan kan kan..


klu nk kata dia x serasi dgn KAFA tuh mungkin betul la jugak, tp x m ungkin pun betul jugak sbb ptg2 aku amik dia hepi dia main dgn kwn2..nk hntr dia ke tempat lain pun syg plak sbb sekolah sekolah tahfiz, ajaq budak2 tuk menghafaz dll..lagipun duit yuran penuh dah bayar, nk dkt 6ratus tuh wey..klu quit kompom punya x dpt balik duit tuh, plg kuat pun akan dapat half ja kan..


rutin aku sjk ank masuk pra nih, 100% mmg berubah la..pukul 7.00 pagi dah kena kuar umh, dlm pukul 7.15 smpi di umh pengasuh sbb nk antar ank2 yang lain dulu, pastuh terus g hntr adli kat pra sekolah..sekolah x jauh mana pun tp jem telah menyebab kan kami salu sampai lmbt d dpn gate sekolah..sedih kan..adli mesti sampi dlm pukul 7.30 pg sbb dia breakfast masa tuh, klu lambat, dia x smpt mkn la sbb cikgu dah mula kelas n start mengajar..