Sunyi kan hidup ni..
Hari ini, Walaupun dikelilingi dengan 4 cahaya mata yang tersangat
lah aktif, x tercapai dek akal keaktifan
mereka, tapi hati aku tetap sunyi..ruang2 yang ada ni terasa kosong ja..kenapa
arrr..terasa macam hidup ni x diberkati, segala amalan amalan aku sepanjang 29
tahun ni seolah2 x diterima tuhan, seakan2 segala perbuatan baik aku yang x seberapa ni
dikembalikan semula kepada aku, seakan2 tidak layak untuk ditulis di dlam buku
kebaikan..kenapa mcm ni arr??
Hidup aku, insan yang bernama NORMIE HANA BINTI A. RAHIM ni
sememangnya dikelilingi dengan kisah2 tragedi, pahit manis, suka duka,
pertemuan dan perpisahan, jatuh bangun..semua tuh aku dah rasa, mungkin itu
yang buatkan aku berada dalam lingkungan dan lingkaran ‘sepi’ ini. Ada insan
insan tersayang yang menemani tapi x dapat merawat sepi di hati..mungkin juga
aku rindukan arwah mak, abah, adik.. semua insan2 ini dah pegi mengadap
illahi..alahai pancarobanya hidup aku niii tuhan..jiwa ni rasa kontang dgn kebahagiaan,
setiap derai langkah perjalanan yang aku susun pun rasa macam x da tujuan, x
tau di mana pengakhirannya.. tapi aku masih bersyukur kerana sesepi dan sesunyi
aku, aku tau masih ramai lagi insan di luar sana yang merasai benda yang lebih
teruk dari aku..tuhan, aku hanya mohon keberkatan dan keredhaan
dariMu..cabutlah nyawaku di saat2 aku telah mengecapi setitis
kebahagiaan..tidak pernah ku mohon selautan, cukuplah sekadar setitis
bahagia..cukup untuk melengkapi hari2 ku yang sepi..nak ku luah perasaan hati
ni pada hubby tapi sure dia x faham punya sbb ati pompuan n lelaki ni lain2..
nak nak plak bidang kefahaman dia n aku 100 % berbeza…sebenarnya kan, aku
berani ja tulih di blog sbb rasa mcm x da sedara mara @ org luar yg follow blog
ni..klu ada pun mungkin kebetulan ter enter atau pun apa apa ja la…dan dan lagi
1, aku dapat rasakan hidup aku ni akan berakhir dgn kematian..memang la suma
yang idup akan mati kan, tapi pengakhiran idup aku ni mungkin kematian yang
disebab kan oleh………jeng jeng jeng..
wassalammmm
No comments:
Post a Comment