BONDA

BONDA

24 March 2014

aku dan aku

angin malam seakan akan ingin berbicara
berbicara untuk meluahkan rasa kehangatan
rasa perit nya dipeluk bahang rindu
bukan waktu dan jarak yang memisahkan kita
tapi dua dunia yang membezakan jiwa dan jasad
satu dunia yang kekal abadi dan satu lagi dunia yang masih terkial2 mencari keredhaan illahi
aku yang masih menutup mata kerana sering kali dipancarkan dengan silauan cahaya cahaya dosa


Allah,

rindunya pada ASMKS


Sekarang ni macam macam hal la kan..kes pompuan mandrem laki, laki mandrem pompuan??kenapa??  sbb pulun la nk tambat hati pasangan masing2. Dan pengakhirannya, termakan diri sendiri..mula la nk menyesal itu ini..kisah mcm ni banyak dah terjadi cuma kita ja yang menutup mulut dan mata sbb mindset dah set ‘’x mo amik port hal org lain’’ ‘’lantak ko laa’’
Tapi kalau sesuatu hubungan tu terbina atas jalinan kasih sayang yg betul2 kukuh pun,  mesti ada mulut2 yg jahat bercakap itu ini..ya la, manusia ni x kan berdiam diri kalau tgk org lain berbahagia..nauzubillah..
Cakap psl berbahagia bagai ni,  smlm sempat pegi majlis walimatul urus kawan lama aku, dan kawan lama husband..kawan lama aku ni knl masa dari f1 – f5..dia ni mmg berbakat, ketua itu ini, ketua aspuri..target semalam masa pegi majlis dia plan nk jumpa ramai kawan2 lama, tapi masa x mengizin kan sbb nk pegi kenduri kwn lama husband plak.sempat jumpa 2 3 orang kawan ja dan yg paling teruja, dari kejauhan ternampak sesusuk tubuh sdg makan di bawah khemah…ooooohohoh  my ex warden, ustazah norita dan ustaz Rahim kesayangan ramai dan pasangan warden yang paling sensasi dan hot dgn latar blkg agama..aku pun pegi salam dgn dia, cium  tgn dia, dia yg aku anggap mcm ummi..mau x nya aku menginap di hostel sejak tahun 1998 – 2002..dia dan ustaz Rahim yang banyak mengajar apa itu erti hidup..prinsip ustaz Rahim  dan ustzh norita ni sng ja ‘’kitaorang x kaco korang tapi kalau korang kaco kitaorang, kitaorang makan korang’’…..ni la ayat2 prinsip yang aku igt sampai sekarang..masa nak balik tu aku tnya ustaz Rahim, ‘’ustaz, masih igt lagi x nama saya’’…  Ustaz cakap ‘’emmm, nomek kan kan’’….terharu dan tersentuh sbb ustaz masih igt nick name aku walopun dah 12 tahun aku meninggalkan dunia ASMKS..ASMKS satu tempat yg byk memberi pengajaran kepada aku dan zaman kepimpinan ustaz  rahim (UR)  dan ustazah norita (UN) lah yang banyak melonjakkan nama ASMKS ke setiap ceruk dan tempat..sampai kan semua sekolah rasa gerun dgn ASMKS ni..nama ASMKS dah jadi bahan bualan di PPD kulim..mau x nya, setiap tahun kalau ada pertandingan kecantikan asrama, ASMKS la yg akan dapat 5 bintang..bila dapat adiah hasil dr kemenangan tu, UR n UN sewa bas 4 5 bijik n bawa kmi suma warga ASMKS ke lata lata peranginan..bestnya bila teringat semua memory dedulu…

20 March 2014

Welcome to skul of chemical eng, usm oh EAC ku chayanggg


Welcome to skul of chemical eng, usm oh EAC ku chayanggg

Penantian selama 3 tahun kini berakhir, tahun 2010 yg lepas, badan penilai iaitu EAC ni dah datang dah tapi pengiktirafan hanya diberikan selama 3 tahun, so tahun nih pengiktirafan tuh dah menuju ke garisan penamat, so kmi warga2 skul ni kena berkeja keras untuk memastikan kali ni pengiktirafan penilaian akan dapat 5 tahun ..sng cikit la kan, klu 3 tahun tu mcm pendek jugak la, x sempat nak enjoy2..

Apa itu EAC?? Sebenarnya aku pun x berapa nak paham sgt bab bab ni sbb xda kena mengena dgn bidang tugas pun, tapi sikit sebanyak kena amik tau gak la apa kaitannya bidang tugas hakiki yang aku buat dengan EAC..penilai ni datang untuk menilai bidang program /pengajian yang ditawarkan..adakah layak @ bersesuaian dengan pasaran semasa atau pun x..so aku x yah la cakap byk sbb dlm kepala otak pun zero sebenarnya

Dah 19 n 20 hb mac, maka tibalah lawatan penilai dari EAC ni, diorang mai unt semak segala dokumen2 pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pensyarah dan pelajar umumnya..itu ini dioarng akan minta dan Tanya..so sesi interview pun akan ada jugak ler, ada dikalangan pensyarah (prof, prof madya dan dr, staf teknikal, staf sokongan, pelajar tahun 1, 2, 3 dan 4)..siapakah yang berjaya menjadi selected person itu..hauhuahuahua aku la wey..sadis tul la..apa benda nk jwb pun xtau la, penilai ni akan tnya apa2 saja yang dirasakan perlu..terpulang la pada kita nak pecah lubang ke tidak…tapi ini bukan pentas untuk meluahkan apa dan segala rasa ketidakpuasan hati kita

11 March 2014

lancangnya lidah



tajamnya lidah itu bisa membunuh
membunuh keakraban yang wujud diantara setiap manusia
ya Allah, lancangnya lidah ku berkata-kata
ampun kan daku ya Allah

teringat-ingat kata-kata DR. R di hot fm pagi td..dalam segmen BERSAMA DR.R..
ramai caller asik bertanya psl isu MH370 yang hilang tanpa dapat dikesan dan langsung x dapat dijejak..kita cuba fahami perasaan ahli keluarga mangsa yang kini sedang sedih meratapi pemergian dan kehilangan yang tidak pasti..penantian yang tiada berpenghujung, menanti kan kabar berita dari masa ke semasa dari media cetak , media semasa...dan makin meruncing bila keyboard warriors mula menunjukkan kehebatan masing2, itu ini dia bg kesimpulan, suma cerita dia tau, kenapa, bila, di mana, kat mana, bagaimana...
 
dan kita kembali pada Dr. R td, katanya Semasa riwayat Rasullullah S.A.W , sabda baginda, ''satu ketika nanti akan ada serangan dari atap'....baru kini kita tahu dan pasti bahawa ATAP yang dimaksudkan baginda adalah serangn dari atas iaitu "satelit' atau lebih afdal lg saya kata 'internet'..sekarang ni mcm2 berita, gossip, cerita yang kita kongsi di internet yang boleh dibaca dan ditatap oleh seluruh warga dunia..dan setiap apa yang dikongsikan itu akan menjadi sejarah dan kekal selama-lamanya di alam maya...kita menulis di laman sosial tahun 2014, namun masih boleh di baca pada abad, zaman, kurun akan datang..fikir sejenak, jika apa yang kita taip dan tulis itu adalah sesuatu kebaikan, insyaallah, ganjaran yang menanti kita..apatah lagi bila segala kebaikan yang kita kongsikan itu turut diamalkan dan juga diguna pakai oleh followers kita..dan pesan Dr. R juga jangan lah kita jadikan laman sesawang itu sebagai WAKAF DOSA..dalam erti kata lain, jangan lah kita kongsi kan sesuatu keburukan yang boleh menyesatkan dan menyakitkan hati orang lain..itu lah yang dikatakan WAKAF DOSA..dosa yang selalu akan dibaca oleh followers kita..sekali warga dunia membaca cerita karut kita, maka terbebanlah kita dengan timbunan dosa..
 
balik kepada kes pesawat MH 370 yang masih hilang, marilah kita kongsikan nasihat dan dorongan yang mampu membina semangat keluarga mangsa dan orang-orang yang terlibat..perkataan SABAR dah x boleh dan dah x mampu di dengar oleh keluarga mangsa..kerana perkataan sabra itu adalah berat sebenarnya.kita meminta mereka bersabar sedang kan mereka sendiri tau apa itu sabar dan bagaimana untuk bersabar..selagi boleh, cubalah elak dari guna perkataan SABAR, moga kuat semangat mereka mereka ini..insyaallah
kalau x guna perkataan sabar nk guna perkataan apa?? haaaa mai sini nak cakap, kita boleh ja minta diorang ni kuat semangat dengan jemput wakil2 waris yang penah alami kemalangan semasa naik pesawat..kan ke tahun 1977 ada pesawat yang terhempas kan, boleh ja panggil waris2 dalam kemalangan tu datang untuk kongsi pengalaman serta pahit maung dalam merasai apa itu erti kehilangan dan penantian yang tidak berpenghujung....moga Allah ketemukan kita semua dengan pesawat MH 370 aminnn
 


04 March 2014

org yang x sedar di untung

kenapa la  mesti ada manusia yang mcm ni...ke sana sini nak menipu..setiap apa percakapan dia suma nak menipu ja...agak2 la wey nak menipu..mungkin org lain yang lurus bendul boleh, la kot dia tipu..kalau dengan aku jgn harap la...pusing kiri nak tipu, pusing kanan tipu..rasanya masa tido ja kot x menipu...menipu kalau setakat melibatkan benda2 yang x da   kena mengena ok la jugak, ini x tipu benda yang sah2 melibat kan hati dan perasaan org tua2..org tuh dah la tua, bila kita berjanji, dianggapnya betul..dia akan menunggu tunggu dan terus menunggu dengan apa yang kita dah janji tu..mmg la dia x cakap yg dia sangat2 mengharap dgn janji2 tu, tapi di sudut ati dia hanya tuhan ja yang tau...aku  x minta penipu tu dapat pembalasan tapi aku mohon untuk dia bertaubat..mmg,,,, memang menipu tu seronok sbb boleh buat kita jadi syok sendiri kan, menipu boleh buat kita rasa megah dgn apa yang kita ada...tapi igt la wey, pembalasan tuhan tu x kemana laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa