BONDA

BONDA

11 March 2014

lancangnya lidah



tajamnya lidah itu bisa membunuh
membunuh keakraban yang wujud diantara setiap manusia
ya Allah, lancangnya lidah ku berkata-kata
ampun kan daku ya Allah

teringat-ingat kata-kata DR. R di hot fm pagi td..dalam segmen BERSAMA DR.R..
ramai caller asik bertanya psl isu MH370 yang hilang tanpa dapat dikesan dan langsung x dapat dijejak..kita cuba fahami perasaan ahli keluarga mangsa yang kini sedang sedih meratapi pemergian dan kehilangan yang tidak pasti..penantian yang tiada berpenghujung, menanti kan kabar berita dari masa ke semasa dari media cetak , media semasa...dan makin meruncing bila keyboard warriors mula menunjukkan kehebatan masing2, itu ini dia bg kesimpulan, suma cerita dia tau, kenapa, bila, di mana, kat mana, bagaimana...
 
dan kita kembali pada Dr. R td, katanya Semasa riwayat Rasullullah S.A.W , sabda baginda, ''satu ketika nanti akan ada serangan dari atap'....baru kini kita tahu dan pasti bahawa ATAP yang dimaksudkan baginda adalah serangn dari atas iaitu "satelit' atau lebih afdal lg saya kata 'internet'..sekarang ni mcm2 berita, gossip, cerita yang kita kongsi di internet yang boleh dibaca dan ditatap oleh seluruh warga dunia..dan setiap apa yang dikongsikan itu akan menjadi sejarah dan kekal selama-lamanya di alam maya...kita menulis di laman sosial tahun 2014, namun masih boleh di baca pada abad, zaman, kurun akan datang..fikir sejenak, jika apa yang kita taip dan tulis itu adalah sesuatu kebaikan, insyaallah, ganjaran yang menanti kita..apatah lagi bila segala kebaikan yang kita kongsikan itu turut diamalkan dan juga diguna pakai oleh followers kita..dan pesan Dr. R juga jangan lah kita jadikan laman sesawang itu sebagai WAKAF DOSA..dalam erti kata lain, jangan lah kita kongsi kan sesuatu keburukan yang boleh menyesatkan dan menyakitkan hati orang lain..itu lah yang dikatakan WAKAF DOSA..dosa yang selalu akan dibaca oleh followers kita..sekali warga dunia membaca cerita karut kita, maka terbebanlah kita dengan timbunan dosa..
 
balik kepada kes pesawat MH 370 yang masih hilang, marilah kita kongsikan nasihat dan dorongan yang mampu membina semangat keluarga mangsa dan orang-orang yang terlibat..perkataan SABAR dah x boleh dan dah x mampu di dengar oleh keluarga mangsa..kerana perkataan sabra itu adalah berat sebenarnya.kita meminta mereka bersabar sedang kan mereka sendiri tau apa itu sabar dan bagaimana untuk bersabar..selagi boleh, cubalah elak dari guna perkataan SABAR, moga kuat semangat mereka mereka ini..insyaallah
kalau x guna perkataan sabar nk guna perkataan apa?? haaaa mai sini nak cakap, kita boleh ja minta diorang ni kuat semangat dengan jemput wakil2 waris yang penah alami kemalangan semasa naik pesawat..kan ke tahun 1977 ada pesawat yang terhempas kan, boleh ja panggil waris2 dalam kemalangan tu datang untuk kongsi pengalaman serta pahit maung dalam merasai apa itu erti kehilangan dan penantian yang tidak berpenghujung....moga Allah ketemukan kita semua dengan pesawat MH 370 aminnn
 


No comments: