BONDA

BONDA

07 October 2014

Hidup berpaksikan nafsu..
Nafsu bertunjang kan syaitan.
noda senantiasa hadir dan berkalangkan dosa.
kalau beginilah hidup, mgkin rezeki selautan pun akan kering,
gunung setinggi awan pun akan menjadi rata.
ayuh lah diri diri yg alpa..
hijrahkan diri kita.
usah terbelenggu dgn setalam dosa.
jgn disia hidup indah ini.kita ada pilihan,
pilihan kita yg menjadikan kita seperti skrg.
baik pilihan , baiklah hakikatnya..
terpesong pilihan maka padahlah jadinya.
aku selalu menyeru kerana aku pun seringkali lupa.
kdg2 terleka dgn belaian dunia.
hinggakan aku lupa panggilan syurga.
tatkala dilambai oleh seruan dan wangian syurga,
ketika itulah aku alihkan pndgn mencari sesuatu ironi.
bongkaknya aku.
takbur dgn segala nikmat.
setelah apa yg telah dipinjamkan seharusnya ku bersyukur.
tapi ku reward kan syukurku dgn kezaliman pd diri sendiri.
Terbang lah duhai burung.
layarkan sayap mu di segenap ruang angkasa.
luas kan jelajahanmu di seluruh pelosok udara.
terbanglah setinggi mana mahu mu,
pergi mencari kebebasan yg menjadi milikmu secara hakiki.
usah kau kembali ke ruang ini kerna disini byk sejarah hitam mu.
sepanjang kau disini, kurasakan kau sentiasa berduka,
hanya berdiam menanti senja.
aku tahu kau merindukan kayuhan sayapmu yang makin kencang.
lebih hebat tidak seperti dulu.
jika dulu kau sentiasa khuatir,
mengembangkan sayap pun terasa bmbg, kini jauh berbeda.
 Kau bukan seperti yg dulu.kesedaran mula mendekati,
aku rela melepaskan mu.
pergilah duka pergilah lara.
setiap kepakan sayapmu, satu persatu kau jatuhkan la aura hitam dan negatif.
hanya tinggal apa yg terbaik dan yang mampu berbudi pd mu  bkn yg mampu membunuhmu.
Sesaat kau pergi, aku mula terasa rindu,
rindu dgn kesedihan dan murungmu,
apalah daya kerna kebebasan mmg diciptakan untuk mu duhai burung.
Berbaktilah di tempat baru.
Aku menulis bkn kerana suka , hanya sekadar melontar rasa.ingin diluah segala pekung didada, muntahkan semua gelodak dijiwa.mlm ni kesabaran aku teruji lagi.tiada apa yg bisa menggugah etika sabar aku melainkan ank.hanya ank yg mampu.ssh dan jerihnya memahami kehendak seorang ibu.diselam 7 lautan pun masih belum mampu mengusai perasaan sejuk dan pns seorang ibu.mendaki gunung ke gunung pun belum tentu dpt menghayati tinggi rendah thp kesabaran ibu. Bermalam di salji tebal pun masih belum cukup menyatakan betapa kentalnya prasaan seorang ibu.biarpun membeku melapah diri, panas membakar diri.namun smgt ibu hanya  satu.ank2. Anak lah punca ketidakwarasan ibu, ank lah sumber kejayaan ibu.anak juga lah pemangkin semangat ibu.semua nya tentang anak.tntg rasa ini juga aku palitkan dgn ank.ank buat rasa goyah, hiba sedih dan penawar segala goyah hiba dan sedih.syukur tuhan kerana aku diberi kesempatan merasai pnglmn manis ini.walopun adakala kurasakan ianya ujian melalui anugerah