BONDA

BONDA

23 July 2015


Ni kisah benar la jugak yg aku nk kongsikan kat sini.
Ok, kisah ni bukan berniat nak buka pekung sapa2, selalu ayat dlm derama2 shila rusly, rosyam noor, sapa sapa ja la yang jadi pengarah drama2 ni mesti tulih mcm ni ‘kisah ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia’ kan..tapi rini aku nk share kisah betul niiii
Ok, tahun 2005 dedulu  aku masih study di poli kelantan tapi kena menjalani latihan praktikal. So aku pilih syarikat XXXXXX SDN BHD, dekat ja la dgn umh lagi pun staf2 kat situ suma abah aku knl dan diorang pun knl abah aku. Jadi x da benda nak risau la kan. Ada sorang staf ni, kami gelar dia sebagai ABE, bukan nama sebenar yerrr. Kdg2 klu abah nk belanja kami mkn, abah jemput la sekali abe sekeluarga ni tuk join.kdg2 kedai mkn yg specel sikit, kdg2 kedai mkn yg dekat2 ja…Abe ni jenis orang yang rempang (Bahasa kolompo ckp rempang ni mcm  tehegeh2, suka ngorat2, jenis out spoken, suka pancing2 pompuan tp dlm ati ada taman, baik orangnya). .disebabkan aku mmg LI di bawah unit abe ni, kalau turun ke mana2 site  pun byk la yg aku join.Aku perhati ja perangai abe ni. Jenis hu ha hu ha hu ha..mesra rakyat la org kata kan..tp dia ni dah kwen dan umo pun mgkn dlm 26@27 camtu la masa tu, masa tu bini dia tgh preggy ank sulong kalau x silap. Bila aku tgk dia suka pung pam pung pam dok cerita pasal awek tu awek ni, pompuan tu pompuan ni, aku beranikan diri jugak Tanya secara personel pada abe ni (kompom dia x berani marah punya sbb aku kan anak kawan dia  heheh)
Aku: abe, abe kan dah kawen kenapa still ngorat2 n ushar pompuan lain, x igt bini kat umh ke? X pun abe ni mmg jenis gatal (sambil senyum sbb terlaser kan)
Abe: ya la, abe ni mmg la suka test market, nk tgk laku lagi ke x, kalau laku Alhamdulillah, kalau x laku pun no hal sbb abe kan dah kawen
Aku: x rasa bersalah kat bini ka?
Abe: abe ni ngorat main2 ja, walopun cantik mcm na pun pompuan tu, dlm ati abe ni still ada muka bini tau…abe ni setia
Aku: ok kalau macam saya x perlu risau kalau nnt suami sy pun perangai mcm abe jugak sbb walopun gatal tp dlm ati still ada muka bini
Ok tamat perbualan..10 tahun dah berlalu sbb sekarang pun dah tahun 2015 kan..dan sampai sekarang…sampai sekarang aku masih pegang kata2 abe iaitu  ‘lelaki yang gatai x semestinya berniat nak kawen dua sbb dlm ati masih ada wajah isteri’ (walopun x semua lelaki mcm tu kan)
Tapii ….baru2 ni dalam 2-3 bulan lps aku kuar g pusat bandar nk beli barang2 dapur kot, aku terserempak dgn abe dan sorang perempuan yg tersangat lah cun. Nak tegur ke x nak , nak tegur ke x nak, jd serba salah sbb aku tgk muka bini dia lain 100% dari yg aku dok jumpa sebelum2 ni. So aku decide x nak tegur dan pakat2 shoping brg masing2

Dan pada ry ke 6 baru ni, aku masuk keja, on wasap2 tgk dpt mesej berantai grup mana tah pasal kemalangan maut.. ada la pic abe tgh bergambar dlm utan elok ja kan. Ehhh aku rasa mcm knl la mamat ni. Dan mesej berantai tersebut berbunyi
‘kemalangan maut terjadi di jeli melibat kan pemandu MPV terbunuh akibat cedera dan pendarahan di usus, isteri pertama cedera ringan dan ank perempuannya parah’
Hahhhhhhhhh? Ok naluri aku ckp kompom ini abe tp ayat isteri pertama cedera ringan yg buat aku sentap. (x la ringan pun, padahal kaki patah rasanya)..masuk balik pasal bini pertama tu, aku mula siasat, aku terus call kakak di Selama kedah sbb kakak lebih rapat dgn abe ni(tinggal di kawasan kejiranan yang sama).
Aku  Tanya betul ka abe dah meninggal, kakak iyakan ja..aku Tanya lagi pasal bini pertama dan kedua..kakak marah sebab aku serkap  jarang. Kata kakak bini abe sorang ja. Ok tutup kes sbb aku mls nk cerita panjang lebar pasal aku terjumpa abe dgn pompuan lain di pusat bandar lagipun abe pun dah x da kan.alfatihah
Tetiba kakak infom balik pada aku, psl info terkini yang dia baru terima. Upanya mmg abe ada dua isteri. Terkejut aku sbb aku pegang2 kata2 abe masa aku LI dulu. Dlm ati ada wajah bini konon.. tp dah jodoh kan. Dan kata kakak lagi, bini nom 2 tu org semanggol x pasti ada anak ke x.
Sebelum ni, bini tua mesti ada termakan ati, kecik ati bila suami beristeri dua, tp bila abe dah ninggal, 2-2 bini x leh nak kata pa. perkongsian hanya sementara. X yah nk makan ati , pendam perasaan dah kan. So, kata2 abe dulu mungkin betul, bukan dusta tapi pada waktu tu ja la. Mungkin masa berubah, masa berjalan maka kita yang merangcang sebaik mana pun tetap kena akur dgn ketentuan illahi.dan pada aku, janji lelaki ni letak la dlm poket seluar, jgn letak dlm henbag.. untuk keselamatan diri sndiri..
Moral kat sini, jgn percaya kata2 laki dan jgn percaya dgn lelaki sehingga lah lelaki tersebut masuk liang lahad. Mcm2 boleh jadi tau, bila suami mati, mula la madu dtg tunjuk muka, siap bawa anak kecik bagai..adoiiiiii..aku x minta semua ni  tp YA ALLAH jauhkan aku dari ujian perkongsian kasih ini ya ALLAH
Aku bukan nk menghasut, tp agak terkesan dengan pemergian abe, selepas dia meninggal baru kami tahu kebenaran hakiki.
Pada ke 2-2 isteri dan ank2 dari isteri pertama, bersabar lah, ini ujian tuk kalian, ada hikmah yang menanti..insyaallah
 
 

No comments: