BONDA

BONDA

22 October 2015

jerebu ooo jerebu..ehhhe ecely spelling dia camna arr..jerebu @ jurubu? aku pun x pasti sbb dr kecik dok sebut jerebu jerebu ..so terbawak2 sampai ke besar (bkn bsr aku rasa, tua perkataan yg plg sesuai kot heheh)
saban tahun jerebu pasti melanda Malaysia, sbb apa sbb pembakaran utan secara terbuka di Indonesia.. saman la mcm mana pun, indon tetap buat open burning tuh jugak..di kipas2 nya asap tu , kuat nya ya ampunn sampai  boleh sampai ke mesia. Singapore x terkecuali dan berita yng sempat aku baca, (x igt news paper date bila) katanya Singapore dah sekat kemasukan import hasil2 kayu dari indon, mgkn sbb takut kayu kayan tu x berkualiti @ saja nk protes. ya la, bila jerebu melanda, mmg susah sungguh. xtvt tu tangguh, xtvt ni tangguh, sekolah tutup. nak nak plak skrg ni ujg tahun, exam suma sekolah sedang berjalan..kalau exam ujg tahun tu ok lagi, ini klau yang melibatkan exam besar mcm sTPM dan SPM, mmg ssh la sbb dia dah kacau semangat dan emosi calon2.


dan disebalik kita merungut tentang jerebu, sebenarnya ia nya petanda dari ALLAH jugak. minta kita buka balik Al-Quran..apa yang tercatat dalam Al-Quran mmg benar2 terjadi

21 October 2015


Dalam berkira-kira tentang pembentangan bajet oleh PM x lama lagi, harap2 la ada satu berita yang menarik..dan dalam dok tunggu bulan 11 sbb ada unjuran dan kenaikan elaun perumahan, tetiba plak mesin basuh aku rosak. Biasa la beli mesin yg brand biasa2 ja. Amik hat tu sbb pulun nak yang 11kg tp manual la.11kg mmg muat2 untuk toto dan comforter.maklumla aku ni ada ank2 yang saban malam kencing malam..kalau x kencing malam tu rasanya mmg nk kemarau rasanya hehhe..mesin tu pun sempat la berkhidmat dan dok merasa belaian tgn aku selama 5 tahun, beli mesin tu pun masa dapat bonus ujung tahun 2010 jugak, dan kali ni bila nk dkt ujg tahun 2015( x tau la bonus ada ka x tahun ni) mesin tu kembali pada pencipta hehhehehe.kira tub tab tub tab 5 tahun jugak la dia menginap di rumah aku .so hubby tgh gigih berusaha pg ni tgk samada boleh reper ke x boleh reper, kalau x boleh kita beli baru maaa…tp ecely mesin tu ok lagi d bhgn washing tu, yg rosaknya spinning tu ja…ok la jugak,at least x yah basuh tgn kan , tp lambat la nk kering..kalau yang washing tu rosak pun payah jugak, kena basuh tgn pastu masuk ja dlm spinning machine tu..mana satu yg aku nk ni sebenarnya..hehhe

Orang pompuan ni kan,bagi  yang dah berkeluarga, dah byk komitment ni..byk benda yg kami risau..nak tau apa dia?

1)kalau bekalan air terputus..

Nak basuh ‘kencing veraaa’ pun x boleh, nak nak plak anak ramai, pastu nak masak lagi, kalau air tu cukup untuk masak nasi basuh beras pun dah kira ok. Sbb lauk pauk boleh beli (tp takut kedai pun byk tutup sebab bekalan air terputus) Pastu lps makan nak basuh pinggan plak adoii pening kepala kalau air x da

2)kalau bekalan letrik terputus

Sbb dah biasa guna mesin letrik, adooiii x sangup rasanya nk basuh baju guna tgn, nk sental2 bagai, kompom sakit belakang 4 mlm tido sambil duduk rasanya hahha..pastu buat plak dah lama x masak nasi guna dapur gas, mau nya ketaq lutut nk tanak nasi guna periuk biasa..silap ari bulan, nasi tu jd abu, rentung hangus legam dan warna@ yang seangkatan dengannya

3) kalau mesin tu sendri yang rosak ( ni kira mcm kes aku yg atas sekali tuh la)

Bayangkan kalau iron, periuk karan, mesin basuh @ tv yg rosak..kompom ssh ati kan..tv tu letak last sekali la sbb bknnya tgk 24 jam pun..khas untuk ank2 ja. Cumanya kalau tv rosak, depa dah x da xtvt yang nk dibuat, sah2 la depa kaco kita @ ajak kita keluar..kalau keluar satu hal plak kena spare duit dalam tgn.kita kan dlmproses berjimat cermat sjk ada GST ni kan kan kan

20 October 2015

pemergian adik firdaus baru2 ini sangat terkesan...


kalau tuan puan dan kalian masih igt, kejadian tahun lepas telah menggemparkan Negara dengan kes pengabaian kanak2 yang pada aku sgt lah kejam. dalam ati pikir 'ishhhh ada jugak kes mcm ni' tp x pa lah yang berlalu biarlah berlalu. dan kini adik firdaus pun dah tenang di alam sana. alam yang menjanjikan syurga padanya. walaupun dia dilahirkan istimewa tapi aku harapkan dia telah ampun kan dosa2 dan kesilapan2 insan lain sebelum dia hembuskan nafas terakhir. mungkin kesilapan secara direct atau pun tidak. dia insan istimewa, mungkin kerap kali menaikkan amarah dan mencabar kesabaran sesiapa saja yang mendekati. sesiapa sahaja yang tidak mampu menahan sabar dengan karenah walaupun mereka tahu dia hanyalah insan istimewa. tidak mampu dan tidak berdaya seperti orang lain.. adoii sedihnya sbb terbayang2 lagi wajah adik firdaus. aku x knl dia pun sebenarnya, dan dia plak lg lg lg la x knl aku kan...hehheh


kisah adik firdaus dah berakhir, maka aku harapkan biarlah ini adalah kisah kekejaman terakhir yang berlaku dalam Negara kita. biarlah rentetan kisah ini mampu sedikit sebanyak membuka mata kita semua. sayang anak2 kita walopun ada kekurangan padanya dan apa yang kita anggap baik baik sahaja di luar sana belum tentu menjamin kebahgiaan. mksd aku, kalau kita rasa org2 diluar sana bahagia, belum tentu ianya benar. mgkn ada derita di sebalik kebahagiaan, ada duri dan sembilu di sebalik kesempurnaan. ada duka yang diselindungkan. macam kes ni, kalau kita tgk wajah mak kepada adik firdaus ni, kita nampak tenang tp kita x tau apa gelodak di dalam jiwa dan hati dia..mungkin bahagia, mungkin derita yang penuh dengan keterpaksaan.akhir kata, alfatihah pada adik firdaus dan pada ibu kepada firdaus, moga kisah ini menjadi teladan pada anda, moga kisah ini mampu menyedarkan kita semua bahawa kanak2 istimewa juga punya hak..bukan setakat untuk dilindungi dan di kasihi namun cukup sekadar diberi perhatian walopun secebis waktu.







dah lama rasanya x update apa2 cerita kat sini, mungkin terlupa sbb agak sibuk jugak la (jugakkk hokeyy), cerita untuk diceritakan sbg penceritaan tu saban hari ada cuma x sempat nak karang, x sempat nak olah balik, nk satu kan ayat2 untuk menjadi satu karangan
okey la, sepanjang beberapa bulan aku menyepi ni sbnrnya byk topic nk di keudarakan tp biasa la, aku amik balik alasan kat atas nu haa, SIBUK..


pejam celik pejam celik dah nk ujung tahun dah, rasanya mcm baru ja melangkah ke tahun baru 2015. dan apa yang membuktikan lagi yg tahun ni mmg dah betul2 diujung tahun ialah fasa2 sambutan kelahiran keluarga aku telah abih..sebab sambutan hari lahir kami semua pada bulan feb mac april mei julai dan oktober..of coz la oktober tu aku kan..maka tamatlah sudah episode sambutan hari lahir kami pada tahun ni, bila aku jadi org terakhir yang sambut besday, maka mmg benarlah ianya di ujung tahun. tetiba teringat lagu 'tragedi oktober 'plak heheh


dan sekolah rendah serta KAFA adli pun dah daftar untuk tahun dpn. tahun depan rutin berubah la plak, dah x macam tahun ni, ekonomi pun berubah sbb ank masuk darjah 1.duit harian nak kena bagi.tp rezeki ada di mana mana kan (baru darjah 1 noo, padahal kawen dah lama rasanya). pastu plak tahun depan hani daftar masuk tadika. plus plus suma ank 3 org yg akan sekolah (hani walopun tadika swasta, aku nak jugak tittle sekolah tu sbb nk bg nmpk hani tu dah besar) hehhehe


apapun aku bersyukur atas kurniaan dan pemberian dari Allah, apa yang kita mohon dan hajatkan pada Allah, mana yang belum dapat tu, yakinlah bahawa belum tiba masanya dan juga mungkin itu bukan lah yang terbaik bagi kita. ada sesuatu yang lebih menarik dan besar ganjarannya yang menanti kita di hadapan sana.tapi apa, bila dan kat mana?? haaaa yang tu kena lah sabar, terus kan berdoa, memohon pada  ALLAH agar setiap urusan, rezeki dan setiap langkah perjalanan kita dipermudahkan senantiasa.. aminnn ya Rabb


emmm 30  tahun dah umo aku ni, tp x penah ada yg ckp aku ni umo 30..suma cakap aku ni umo 40..apa apa ja la tuan dan puan puan sekelian, janji tuan epi dan still nmpk saya dan masih mampu menilai umo saya, kerana selagi anda mampu menilai umo saya selagi itu saya sedar yang mati dan ajal sentiasa dekat dan bila bila bila masa bakal menjemput kita. expressi  umo bukan masalah, apa yg jadi permasalahan sekarang ini ialah HATI..hati kita ni mampu ke menghala dan menjurus ke arah yg  satu.ikhlas ke dgn pegangan dan takdir idup.adakah hati kita berbolak balik, adakah hati kita seringan lalang, adakah hari kita sekukuh tembok..semua tu tepuk dada Tanya hati dan soal pada iman..