BONDA

BONDA

20 October 2015

pemergian adik firdaus baru2 ini sangat terkesan...


kalau tuan puan dan kalian masih igt, kejadian tahun lepas telah menggemparkan Negara dengan kes pengabaian kanak2 yang pada aku sgt lah kejam. dalam ati pikir 'ishhhh ada jugak kes mcm ni' tp x pa lah yang berlalu biarlah berlalu. dan kini adik firdaus pun dah tenang di alam sana. alam yang menjanjikan syurga padanya. walaupun dia dilahirkan istimewa tapi aku harapkan dia telah ampun kan dosa2 dan kesilapan2 insan lain sebelum dia hembuskan nafas terakhir. mungkin kesilapan secara direct atau pun tidak. dia insan istimewa, mungkin kerap kali menaikkan amarah dan mencabar kesabaran sesiapa saja yang mendekati. sesiapa sahaja yang tidak mampu menahan sabar dengan karenah walaupun mereka tahu dia hanyalah insan istimewa. tidak mampu dan tidak berdaya seperti orang lain.. adoii sedihnya sbb terbayang2 lagi wajah adik firdaus. aku x knl dia pun sebenarnya, dan dia plak lg lg lg la x knl aku kan...hehheh


kisah adik firdaus dah berakhir, maka aku harapkan biarlah ini adalah kisah kekejaman terakhir yang berlaku dalam Negara kita. biarlah rentetan kisah ini mampu sedikit sebanyak membuka mata kita semua. sayang anak2 kita walopun ada kekurangan padanya dan apa yang kita anggap baik baik sahaja di luar sana belum tentu menjamin kebahgiaan. mksd aku, kalau kita rasa org2 diluar sana bahagia, belum tentu ianya benar. mgkn ada derita di sebalik kebahagiaan, ada duri dan sembilu di sebalik kesempurnaan. ada duka yang diselindungkan. macam kes ni, kalau kita tgk wajah mak kepada adik firdaus ni, kita nampak tenang tp kita x tau apa gelodak di dalam jiwa dan hati dia..mungkin bahagia, mungkin derita yang penuh dengan keterpaksaan.akhir kata, alfatihah pada adik firdaus dan pada ibu kepada firdaus, moga kisah ini menjadi teladan pada anda, moga kisah ini mampu menyedarkan kita semua bahawa kanak2 istimewa juga punya hak..bukan setakat untuk dilindungi dan di kasihi namun cukup sekadar diberi perhatian walopun secebis waktu.







No comments: