BONDA

BONDA

20 October 2015

dah lama rasanya x update apa2 cerita kat sini, mungkin terlupa sbb agak sibuk jugak la (jugakkk hokeyy), cerita untuk diceritakan sbg penceritaan tu saban hari ada cuma x sempat nak karang, x sempat nak olah balik, nk satu kan ayat2 untuk menjadi satu karangan
okey la, sepanjang beberapa bulan aku menyepi ni sbnrnya byk topic nk di keudarakan tp biasa la, aku amik balik alasan kat atas nu haa, SIBUK..


pejam celik pejam celik dah nk ujung tahun dah, rasanya mcm baru ja melangkah ke tahun baru 2015. dan apa yang membuktikan lagi yg tahun ni mmg dah betul2 diujung tahun ialah fasa2 sambutan kelahiran keluarga aku telah abih..sebab sambutan hari lahir kami semua pada bulan feb mac april mei julai dan oktober..of coz la oktober tu aku kan..maka tamatlah sudah episode sambutan hari lahir kami pada tahun ni, bila aku jadi org terakhir yang sambut besday, maka mmg benarlah ianya di ujung tahun. tetiba teringat lagu 'tragedi oktober 'plak heheh


dan sekolah rendah serta KAFA adli pun dah daftar untuk tahun dpn. tahun depan rutin berubah la plak, dah x macam tahun ni, ekonomi pun berubah sbb ank masuk darjah 1.duit harian nak kena bagi.tp rezeki ada di mana mana kan (baru darjah 1 noo, padahal kawen dah lama rasanya). pastu plak tahun depan hani daftar masuk tadika. plus plus suma ank 3 org yg akan sekolah (hani walopun tadika swasta, aku nak jugak tittle sekolah tu sbb nk bg nmpk hani tu dah besar) hehhehe


apapun aku bersyukur atas kurniaan dan pemberian dari Allah, apa yang kita mohon dan hajatkan pada Allah, mana yang belum dapat tu, yakinlah bahawa belum tiba masanya dan juga mungkin itu bukan lah yang terbaik bagi kita. ada sesuatu yang lebih menarik dan besar ganjarannya yang menanti kita di hadapan sana.tapi apa, bila dan kat mana?? haaaa yang tu kena lah sabar, terus kan berdoa, memohon pada  ALLAH agar setiap urusan, rezeki dan setiap langkah perjalanan kita dipermudahkan senantiasa.. aminnn ya Rabb


emmm 30  tahun dah umo aku ni, tp x penah ada yg ckp aku ni umo 30..suma cakap aku ni umo 40..apa apa ja la tuan dan puan puan sekelian, janji tuan epi dan still nmpk saya dan masih mampu menilai umo saya, kerana selagi anda mampu menilai umo saya selagi itu saya sedar yang mati dan ajal sentiasa dekat dan bila bila bila masa bakal menjemput kita. expressi  umo bukan masalah, apa yg jadi permasalahan sekarang ini ialah HATI..hati kita ni mampu ke menghala dan menjurus ke arah yg  satu.ikhlas ke dgn pegangan dan takdir idup.adakah hati kita berbolak balik, adakah hati kita seringan lalang, adakah hari kita sekukuh tembok..semua tu tepuk dada Tanya hati dan soal pada iman..

No comments: