BONDA

BONDA

30 August 2012

HAIRAN KE GERAM

aku x hairan tapi aku geram dgn gelagat anak2 sekarang..aku x hairan sbb kehidupan diorang diselaputi dan dikelilingi dgn teknologi yang sangat canggih..sdgkan budak umo 2 3 tahun pun dah tahu apa itu internet.duduk mengadap pc  5 6 jam pun orait katanya...ssb bnda tuh dah terbiasa.tah2 5 6 jam tuh luar biasa sbb selalu ngadap pc more than 10 hours..otak bdk2 mcm nih kosong lagi, fresh sgt mmg x da apa yg di save kan. tp bila kita asik input kan data2 yg x betul dlm fikiran mereka, itu lah yang mereka output kan untuk kita.. seeloknya masa2 cengginilah kita sumbat apa yang sepatutnya agar golongoan2 ini menyerap dan serap dan serap bnda2 yang positif sahaja. saya x nafikan internet dan komputer itu mendatang kesan negatif tp bkn sekarang masanya. biar lah dan berilah peluang kepada sel sel otak anak kita untuk menyerap ilmiah dan keagamaan terlebih dahulu, nnt bila diorang dh besar dan pandai segala itu ini, semulajadi mereka kan bljr sndri teknologi canggih segala bagai

follower

cakap psl follower nih terus terang aku nak kabo yang aku mmg x da fren follower..bkn x nk jd follower tp aku x reti camna nk follow blog org lain..camna arr?? kebetulan aku ada 3 org follower ja tuh pun masa kami join kursus pembinaan blog sama2 last year klu x silap..

28 August 2012

pena sepi

disaat kutitipkan pena sepi ini,aku diuji lg..
ujian yg kdg2 meragukan,ada ketika sgt meyakinkan..
ragu dgn segala laku yg telah kutafsirkan selama ini
apkh tingkah ku selama tidak mendapat iktiraf keredhaan Allah..
kehidupan ini ibarat institusi pengajian
di sinilah kita belajar, berilmu dan beramal
diketahui secara sengaja atau tidak kita sedang diperhatikan
dan markah kelulusan dicatatkan di haluan kiri atau kanan
bila saat kematian menjelma, bermula lah hari graduasi kita
menerima transkrip cemerlang atau gagal
terimalah seadanya kerana kita telah pun menunaikan apa yang seadanya di bumi Allah

munajat

Munajatku..
disaat nikmat2 dunia mkin berkurangan..
kemanisan iman bagaikan diracik perlahan2..
aku mula mengingati tuhan..
sedetik pun x ku lupa tuk munajat ke jalannya..
tidak seperti masa silam yg lalu
sesaat pun x pernah ku cuba tuk mendekat kn diri pada nya..
berzikir pun tidak apatah lg memuji keagungannya ternyata jauh sekali menyimpang..
sujudku..
tersedu di dalam sujud tanda menyerah pd mu
ku lontarkan doa2 permudahkan kehidupan
dan merayu tuk melicinkan perjalananku dlm bertemu mu satu saat nnt

24 August 2012

rabbani-munajat yg menyentuh jiwa

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

adik ahmad muhammad

raya ke dua mmg aku habiskan masa di umh sambil kms2 pa yg patut..sambil basuh kain buka tv 9..ada kisah kehidupan adik ahmad muhammad, kisah mereka nih pernah gemparkan negara sbb dilahirkan sbg kembaq siam. program tunjukkan pejalanan kehidupan mereka dari lahir sampi jalani pembedahan di arab saudi pastu sampi la mereka kehilangan ibu tercinta tahun  lps akibat barah payudara.
 
menangis aku sorang sorang sbb x tahan sedih tgk ketabahan yang ditunjukkan oleh adik ahmad dan muhammad..kecekalan mereka nih dah bg  1 inspirasi baru pada aku, mgkn kita rasa kita ssh tp masih ada yg lg ssh di luar sana. tp ada hikmah suma nih, tuhan maha adil.
 
menjalani kehidupan dgn sebelah hati, kaki sblh, pendek kata suma serba sblh la sbb share sorang sikit, ..bila tenung muka dua beradik nih, sayu ja hati aku, bergenang air mata, kuatnya smgt yg telah tuhan anugerahkan pada mereka dua beradik ni. tp aku syukur sbb tuhan anugerah mereka dgn seorang ayah yg sangat penyayang, sgt memahami perjalanan anak2 nya yg sukar. memulakn tugas di awal pg smpai la ke tgh mlm, kerja sbg tukang kimpal besi lgsg x ganggu rutin dia tuk jaga anak2.. klu dulu tugasan di rumah, si isteri yang buat tp takdir telah tertulis si isteri telah pergi menemui penciptanya sejak 9 bln yang lalu. ujian  demi  ujian diterima dgn redha. ya tuhan, kau permudahkan lah perjalanan kehidupan mereka sekeluarga ini..sesungguhnya tiada ujian yg diturunkan jika ia x mampu  ditanggung oleh hambamu. aku berdoa supaya mereka cekal kuat dan tabah...kita yang sempurna ini patut la contohi mereka kerana mgkn secara fizikan mereka kekurangan tp dari segi rohani dan smgt mereka, mereka terlalu sempurna pada mata aku..dan akan terus menjadi sempurna di sisi Mu ALLAH..................
 

kisah raya 2012

emmm salu sgt aku dgr org mengeluh ''alaaa baju raya aku tahun nih x sempat siap la''...bila aku pk2 balik, tu la sapa suruh hntr kat tailor lmbt sgt...tp ungkapan tuh terkena kata ku plak tahun nih..sehari sblm ry tailor msj ckp 'alaa sory la nomie, baju raya x siap lg la, nmpk gy mcm nomi kena beli baju yang dah siap dah la untuk pakai esok''..kuang kuang...nah hamik kau, salu sgt ngata kat org kan, las2 kena kat batang hidung sendiri..tp malang aku berbaloi sbb aku baru ja beli baju kurung ready made kat bazaar p.buntar tu, konon nk spare klu x da baju lerr..masin mulut aku wey, mmg x da baju pun.kebetulan plak aku beli kale hijau, mmg tema hijau pun tahun nih.walopun hijau x sedondon sbb tone kale lari sikit, but it's ok la than never..
 
raya petama ja bejalan sakan ke rumah sedara2 sebelah si suami sampi x igt dunia,,tp mkn tuh aku kurang sikit sbb memikirkan baju kebaya yang masih di dlm genggaman tailor tuh..klu brt naik mmg x muat la baju tuh weyy..
 
raya kedua n ketiga mmg dok umh ja x bejalan mana2 pun sbb husben keja, ok gak la sbb leh rehat kat umh..aku pun pasang la niat posa ganti, dpt la dua hari posa, berbaki lagi 6 hari..ok akn aku usahakan tuk habiskan posa yg tertinggal..
 
ry ke 4 ada jmputan knduri kwen dari old clasmet masa sekolah menengah serdang dulu...lgpun agak dkt, sungai  bakap ja haa..1st time aku jumpa dia lps lama terpisah sjk tahun 2002 dulu..lama gila kan, tp klu x silap aku mgkn aku ada penah jumpa gak kot dlm tahun 2005..mgkn aku yg loss my  memory..balik kenduri singgah umh mentua, perabiskan kuih ry mak, pastu g umh m.ndak milah plak..mcm tau2 aku x da baju ry, dia bg 2lai baju kurung moden..ooohh i like, rezekiiiiiii..baju aunty ju yg dah x muat, bila aku try muat2 elok ja, so aku pun rembat la
 
ry ke 5 ada jmputan kenduri di bandar laguna merbok, my old opismet...sepanjang highway menuju selatan utara lancar ja, dgn bangga nya bawa laju sbb line nk ke selatan mmg jem truk, maklumla cuti ry masing2 dah hbs. ada pulak excident kat tgh jln, lg lg lg jem la kome...
agak sng cari tmpt majlis tuh sbb glemer kan, lps knduri gerak balik ke sik, mula2 sesat gak la, asik terpusing kat jln yg sama ja...tp bkn slh aku, slh kan jln yg jem tuh huhuh. on the way, nmpk mcm2 excident, dlm hati berdoa agar tuhan selamatkan perjalanan kmi sekeluarga dan org2 yg berada di atas jalan ry agar selamat pegi dan balik..amin, doa termakbul, aku sampi gak di pondok tok..pondok yg simpan sejuta kngn antara aku ngan arwah mak n arwah adik. igt kna pegi ry ke 5 mmg x jumpa sedara dah, tp alhamdulillah ada gak org yg masih beraya di umh tok, mcm aku.  balik dari sik, singgah umh kakak aku, si azah hen hen, jmpa la dgn adik aku yg bongsu, baya n beraya umh abah..masa nih la nk bg wit ry kat suma org sbb hari nih ja yang berkesempatan..
 
raya ke 6 aku pun dah stat keja dah mcm besa..tp ok la sbb rini jumaat.sabtu ahad cuti plak sok heheh....

16 August 2012

SALAM AIDILFITRI 2012

Aku tertatih menjalani ini seorang diri tanpamu
Aku merasa diri ini selalu salah dan khilaf
Merasa bahwa diri ini selalu di hantui oleh dosa

Wajah Idul Fitri datang menghampiri
Dengan hati yang syahdu
Kita hulurkan jiwa raga menyambut Hari Raya

Subuh hari raya terdengar takbir
Yang Menyejukkan hati
Tiba hari lebaran yang dinanti-nanti
Bersamalah kita bermaaf-maafan

15 August 2012

andai aku pergi

Andai aku pergi..
jika esok ditakdirkan aku tiada lg
apkh insn2 sekelilingku mampu mneruskan hidup sperti azali
mampukah mereka mengharungi 1001 kesulitan dan sejuta satu rutin harian
tanpaku..
apakah mereka akn trus memahatkan memori indh
yg telah tercipta hingga hujung khidupan mereka..
atau apakah saat hilangnya aku di telan tnh bumi
maka hilang lah segala kngn2 itu..
tercatit kah nama ku di setiap benak pikiran insan2 ini..
tidak perlu ku persoalkan terlalu dalam
krna khadiranku di sisi2 kehidupan mereka
hanya ibrt seekor hama di dalam himpunan jerami.
.tiadanya aku di ssi seperti tiada apa2 terjadi...
andai esok aku tiada
tersenyumlah insan2 yang selalu mendoakan kecelaan ku..
bertepuk tgn lah mereka yg sering menidakkan kehadiran aku di ssi mereka
aku buntu dalm persimpangan ini
tp apa yg pasti..
jika aku tidak bernafas lg
apakah pemergian teragung ini akan diratapi..
munculkah pengganti bg kehilangan ini dlm kehidupan insan2 yang merinduiku???

marah ke cemburu??

Anda cemburu?
bernanahkah jiwa kita dgn kudis2 cemburu jika hak kita dirampas secara halus..manisnya mulut berbicara mengumpan apa yg ada,nmun bila kita berpusing ke blkg,ligat dia jnji bermadah dgn insan lain..
marahkah anda?
bila dia asik bercerita ttg sahabatnya..itu ini kiri dan knn suma ttg kelaku shbtnya..pdnya tiada apa2 ttpi pd kita apa yg kita rsa

cemburu itu wajar???

Bila kita cemburu..
itu tanda hak kita mkin tergugat.
tergugat dgn segala ancaman yg dtg
namun itu juga tanda kita syg..
melontarkan rasa ketidakpuasan hti
tatkala hak kita mula didekati
kita punya rsa dan hati..
mmg wjr cemburu itu wujud
bila kasih kita di samakan dgn org lain..
mula protes dgn apa yg ada..
bila dia cemburu..
itu tnda dia syg..
tp x semua syg itu cemburu.
cemburu dgn semua tingkah kita.
marah acapkali pujian diberikan pd org lain..
pujian bkn bermksd suka..
tp slagi kita knl hati n kwl perjlnn hti kita
biar seiring dgn ksih syg pada dia
insyaalah cemburu itu membw pd jln +ve..

09 August 2012

motif????

Dingin..
terjaga dr lena yg pnjg,ku buka mata yg tlh lama tertutup
dek diulit dgn mainan mimpi yg x pernah berkesudahan
terasa asing di dunia sndri,tgglm dlm kegelapan mlm yg hening
lantas ku lontarkan igtn pd tuhan yg Satu
apakah ada kebaikan yg telah ku kumpulkan pd hari sebelumnya?
atau hanya ku hanya byk menambah kan pemberat pada penimbang dosa
dingin...
terkenang pd cinta smlm
apkh hari esok masih lg cinta itu tersisa untukku
aku hanya mmpu menjadi pencinta
tp x arif menilai erti cinta
aku tau apa itu rindu
ugkpn keramat itu hanya di bibir semata
namun tafsirannya x pernah membekas di hati
dingin..
kngn silam itu muncul lg
apakah ertinya dia juga merinduiku
sekian lama tidak kulihat kelibatnya di depan mata
hanya bayangannya yang sering menemaniku


apa benda yang aku nk taip pun x tau la..
x da motif langsung huhuh
to be continue laaaaaaaaaaaah
x da modal plak

Lailatul Qaddar

hebatnya rasa kasih seorang ayh pada ank2nya yg dilahir kan 'istimewa'..
mengejar waktu yg x pernah bersisa
demi mencari sesuap rezeki buat anak dan isteri..
sesulit mana pun dia, masih cuba menyelit masa di celah2 kesibukan
untuk menemani permata istimewa menikmati keindahan alam,
menjamu mata dengan kehijauan lerengan bukit bukau,
tenangkan jiwa dengan kebiruan lautan yg meluas..
takdir yang telah di qadar kan buatnya bukanlah alsn untuk mencari di manakah salah sang pencipta,
namun takdir itu yg membawanya kpd zikir2 munajat,titipan tasbih satu persatu..
hingga lah tibanya satu mlm yg plg dinanti2,mlm lailatul qadar yang sering diimpi namun tidak diketahui oleh akal manusia..
berdoa lah dia seperti lazimnya
bermohon demi kesengsaraan yang telah ditanggung oleh ank setelah sekian lama
melihat ank tebujur sepi pun x mampu apatah lagi ank kecil itu yg menanggung derita sendiri
berharap derita itu ditukarkan kepada nya agar ank bisa menikmati hidup seperti insan lain
ank yang lgsg tidak mampu berjalan dan berkata2 itu hanya memandang dari jauh tika ayahnya menangis dan menitis kan mutiara2 tanda pengharapan
sangat mengharapkan derita anaknya itu diberikan padanya
Allah maha besar Allah maha agung
Setiap doa hambanya akn diperkenan kan
Maka terjatuh lah ayah setelah bangun dari sejadah kerana Allah telah menarik penglihatannya sikit demi sedikit, pergerakan yang makin kaku
Nafas yang makin mendesah tidak lg lancar seperti td
mengertilah ia bahawa terkabulnya doanya itu adalah tanda Lailatul qaddar
Dan 6 tahun berlalu
ayah terdampar kaku setelah sekian lama ‘menukar’ derita dgn anak
ank x jemu2 menemani ayah x mengira masa dan tika
Suapan demi suapan masuk ke mulut ayh untuk mengalas perut
Helaian tuala basah disapu lembut ke segenap kulit ayh untuk dibersihkan
Setiap kali selesai dari menghadap kaabah sehari smlm 5 waktu
Ank mendoakan agar  Allah yang maha kuasa memberikan penghidupan baru pada ayah
Agar mereka mampu menjadi sempurna seperti keluarga lain
Biarpun kesempatan itu seketika namun ia mampu menjadi kenyataan
Sekejap mana pun kenyataan itu, ia mampu mempotretkan kngn manis
Yang mampu dikenang hingga akhir nyawa
Allah maha besar
Doa ank yang mulia hatinya itu
Ank yang masih suci dari dosa2
Ayah yang terbaring kaku mula menggerak2 kan sendi2 anggota
Tersenyum dalam tangisan keluarga daif  itu buat seketika..
Aminnn ya tuhan ku
Kau telah kabulkan permintaan ank kecil ini
*********************************************************
hebatnya kasih ank pada ayah
andai dibayar dengan segunung permata pun x kan mampu membalas jasa ayah

******************************************************
satu kisah yang mampu membuat aku menangis dalam diam
bkn kerana murahnya air mata ini
tp mungkin kerana terlalukan rindukan arwah mak, dan juga rindukan 'abg aku yang istimewa'
ingin sekali kuhabiskan kehidupan yang bersisa ini untuk berbakti pada mereka namun
apalah daya diri yang kerdil ini untuk melawan takdir yang telah digarapkan untuk aku

01 August 2012

adilkah tuhan????

Adilkah tuhan?
saat kita diuji, akn terdetik di hati kita
'mengapa aku,mengapa tidak kau jatuh kan ujian ini pd org lain'
'apakah dosa ku,adakah org lain x punya dosa'..
kita julurkan jari telunjuk menyalahkan tuhan
dan org lain bg menutup kealpaan diri..
namun..
bila saat kita di berikan ksngn,pngkt dan drjt
akn kita laung2 kan
'ini lah usaha dan pngorbanan ku selama ini'
'ku trima ksngn ini bkn krna org lain tp krna usaha dri sndri'..
tidak malukah kah kita pabila
bgitu berbeza nya karakter bila kita mnerima tempias kssahan dan ksngn dari tuhan
Allah turun kan ujian bkn tanda Allah jauh dr kita
ksngn bkn juga tnda Allah sntiasa dkt dgn kita
tp itu hanya igtn2 igtn kecil bahawa tuhan masih syg kan kita
tuhan menuntut supaya kita kembali padanya yg hak
menggali lubang2 dan menanam segala keburukan
memboloskan diri dr segala sifat prasangka..
leburkan keegoan dan kehidupan kita
yang sentiasa berada dalam iklim kesombongan
igt lah bahawa kesempitan yang Allah turun kan itu adalah kesenangan sbnrnya
dan ksngan itu adalah ujian tuhan semata2

aku menulis kerana....

ada kala aku menulis kerana..

mgkn kerana suka
senyuman yg x lekang di bibir sehingga x mmpu tuk ku tafsirkan kebahagiaan itu..
ku terjemahkan lirikan senyuman dlm bait2 tulisan..

mgkn kerna duka...
pilu yg x tertanggung
hti kcil ini dicarik2 dgn kritikan dan hntmn
smgt hancur dimamah titis2 ego..

mgkn kerana sepi
saat yg berlalu dirasakan begitu pnjg
menanti dan trus menanti..
namun x kunjung tiba
tiada hilaian,tiada sapaan,dan sepi terus beraja..

mgkn kerana rindu...
hebatnya perpisahan antara dua jiwa
hingga mmpu mengagungkan kasih
stp pertemuan psti diakhiri dgn perpisahan
namun x semua perpisahan di sudahi dgn pertemuan
perpisahan dua alam hnya mmpu memisahkan dunia
namun x mampu memisahkan jiwa dan rasa..

mgkn juga kerana ku rsa kan terlalu kerdil...
kcilnya diri bla di bnding2 dgn keistimewaan org lain
pd ku di luar sana,mereka2 itu terlalu lgkp dgn ksempurnaan
usah disingkap tabir kehidupan mreka tuk mncari kekurangan yg ada
pasti tiada yg kutemu..
aku sbg insan yg masih tahu nilai2 kesyukuran
ku sujud menyembah Mu tuhan,
ku pasrah kan diri dan serahkn hidup ku dalam ketentuan Mu
dan tawakal dalam setiap perincian rancangan Mu