BONDA

BONDA

29 November 2012

derita dan resah....

derita,tak akan memahami jika tak pernah melalui.
sengsara,tak pernah merasa jika tidak menempuh.
kepahitan,x kan sakit jika x pernah menelan.
hanya hambaNya yang terpilih diberi peluang tuk merasai badai yg telah ditakdirkan.
bkn untuk menguji tp ini lah bait2 kasih pertalian antara kita dgn pencipta.
ujian itu tanda kasih,sakit itu tanda sayang..

resah aku resah..
hari hari mendatang begitu membuatku gundah..
resah menanti kunjungan kasih hantaran dari tuhan.
gundah jiwa gundah..
bimbang dan ragu makin beraja di pangkal rasa.
mampu kah aku?????

23 November 2012

memuja dan dipuja..

memuja dan dipuja
sama ke perkataan ni
memujalah sepenuh hatimu,
julanglah ia setinggi2 martabat
junjungi ia setinggi langit
tiada terkesan jika tiada hirauan
tiada balasan kerna memuja insan itu terlalu indah
memuja x bererti bermimpi untuk memiliki
cukup sekadar melihat insan itu tersenyum riang di samping kegembiraannya
tidak juga memuja untuk mendekati
skdr memuja dr jauh tiada panahan mata ke mata sdh mampu mengusaikan jiwa si pemuja

indahnya dunia jika kita dipuja
namun jangan hanyut dalam dunia pujaan
ke kiri ada renungan
ke kanan ada sapaan
ke atas ada lambaian...
ke bawah??masih ada peneman??
 


21 November 2012

bukan salah sesiapa

aku nih bkn nk salahkan penjual insuran..x salah keja tuh tapi jangan terlalu memaksa jika kita x tau kemamupuan kewangan seseorang tu..kawan tu kawan juga tp kawan bukan tiket tuk kita paksa kwn kita tuk beli apa yang kita jual..terang la, cakap la n beri la penjelasan apa pun, elak sana elak sini tp penjual insuran tetap memaksa..aku minta insuran free pandai lak dia buat alasan..bkn x sayang masa depan n nyawa sendiri, tp faktor kwgn yang makin mengekang skrg ni mmg x leh nak elak la..katanya aku nih  x sayang masa depan, kalau jd apa2 lg ssh nanti..kita pun x minta sesuatu yang buruk jd pada kita kan, tp kita boleh elak,,andai itu takdir mmg x boleh nk buat apa la..mmg rugi klu x beli insuran n dlm masa yg sama kita dilanda bencana..tp rugi klu beli n x dilanda musibah..benda nih gamble ja la..akupun nk jaminan masa depan under insuran tp nk buat camna SEKARANG BUKAN WAKTUNYA....PAHAM X WAHAI PENJUAL INSURAN>>>>>>>>>>>>>>>>

19 November 2012

semarak perubahan

Jangan berkata tapi pada satu titik perubahan
jangan berkata tapi jika ingin tebarkan kebaikan
jangan bertapi-tapi jika mahukan kesempurnaan
kelak pasti memakan diri
tak kan terbentuk jiwa yg ikhlas jika masih mengharapkan ganjaran
jika tersesat kembalilah ke asal
jika memberi usah menanti balasan
kelak diri yang rugi
yg lurus jgn dibengkokkan
yg satu jgn diduakan
yg hak jgn dibatilkan
bimbang hilang reda illahi
Pada yg masih di landasan yg lurus
bantulah yang tersasar
pimpini mereka agar bersama2 melangkah kearah kiblat yg 1
pada mereka yang terkandas
bangunlah, baiki jalanmu dan teruskan melangkah kerana janji tuhan itu pasti
kejayaan pasti ada buat hambanya yg berusaha

16 November 2012

puing-puing cinta

Aku x pandai menilai cinta..
sekali ia hadir biarlah ia berlalu
tanpa persinggahan tanpa kesan
walau ku tahu perginya itu membawa 1000 luka

aku x mahir bermain cinta..
lurus jlnnya lurus lah aku
berliku cabangnya begitulah aku
kuturuti kehendak cinta kerna sesungguhnya begitu kerdil aku dlm permainan sekeping hati

tidak betah ku dgn cinta..
apa ada padanya ku biarkan
apa yang kosong ku diamkan
x terlayan kita dgn cinta andai terlalu menurut dan meminta2 kerana nafsu itu x pernah kering

tidak lalai ku dengan cinta..
biarkan saja apa yang berlaku
relakan semua takdir yang tlh tersirat
redha dgn siratan rantaian permainan cinta
kerna hadirnya x pernah menggoyah kehidupanku

tiada cinta tiada lah kehidupan
terima kasih cinta atas pemberian ini
syukur ku pada cinta kerana kebahagiaan ini
anjung kasih yang mampu membuat ku tersenyum
 

14 November 2012

aku tidak sesempurna itu

andai hati itu memahami
pasti bukan begini pengakhirannya
pasti ada jiwa2 yang tidak terluka
tiada nadi2 yang berdenyut sambil megempang duka di kolam hati
tiada nafas2 yang mendesah menghitung hari ke hari

andai hati ini memahami
pasti jalan dan lorong kelam itu aku redahi
pasti luka2 itu aku rawati
kerna ku tahu aku tidak sesempurna saidatina aisyah
aku tidak semulia saidatina khadijah

hidup di persada dunia ini aku teruskan seadanya
kerna dimana tunjangku bertapak disitulah dahan dan pepohonku bernaung
musim luruh tiba, luruhlah dedaunan ku
tatkala kitaran musim bunga, lebatlah putik2 wangian kelopakku
musim panas menjelang, layu lah daku tanpa setitis air buat bekalan
musim sejuk paling dinantikan, berpeluk tubuh sambil menyapa deraian salji
bahagianya hamparan kehidupan ini...

namun masih ada hati yang tidak menyedari
masih ada yang bersembunyi mencari kekhilafanku
aku sedar aku tidak sesempurna mana
cari lah di celah2 keping hati,
selaklah di helaian2 kehidupan ku
semuanya berbekalkan air mata...
tiada yang indah menemani
tiada senyuman di sisi

aku pasti di setiap keping2 hati yang pernah mendekati
pasti memahami seadanya
menerima dgn hati terbuka tanpa prasangka
ayuh, ikhlas lah duhai teman menerima ku..
jalinan perhubungan yang dibina ini kuharap kan berkekalan..
terima kasih teman kerana menjadi pelindung di saat aku tidak memerlukan
menjadi saudara jauh tika aku sangat merindui....





 

KPI KPI KPI

hujung2 tahun cenggini mmg kompom la musim SKT (sasaran kerja tahunan) KPI dan LPP (laporan penilain prestasi)....SKT dan LPP ok lagi, tp mai bab KPI (key performance indicator) untuk tujuan pengiktirafan universiti dan pusat pengajian, mmg sakit jantung, kepala n so on la...haru biru..dari stat dapat surat, smpai la due date yang diberikan, hari nk hntr ke pejabat inovasi..bila dah submit tuh mmg rasa lega sikit tp bila pihak inovasi buat semakan dan ada pembetulan yg tuh yg haru tuh...sikit2 pembetulan dan edit..bosan tul la..tp ok gak la keja sektor IPT nih, leh tau selok belok pengajian tinggi walopun sebok nya mengalahkan hapa lagii....untuk bahagian aku, kena kumpul kan data2 segala jurnal , publication, proceeding , bab dlm buku yg dipublishkan oleh ahli akademik..pening gak la sbb nk proof sekali..proof tuh plak bkn sng nk dpt, kna dpt drpd lecturer yg berkenaan la..tp dah lama2 buat sng la jdnya..bagi aku yg mmg x mahir2 sjk aku ambil alih tampuk ni mmg asik silap ja memanjang heheheh..sbb dari data2 yang kita submit akan mewakilkan markah yang kita dpt, klu tinggi markah kita dapat berbanding dgn pusat pengajian yang lain2, alamatnya pusat pengajian mmg mng besar la dpt peruntukan jutaan2 juta juta ringgit....

09 November 2012

hari warga staf usm 2012


 
 
Kngn manis, 1st time aku join pertandingan masak memasak mcm ni..msk untuk 150 org, bahan mentah yang dibekalkan hanya 15kilo daging lembu hasil sumbangan ikhlas prof. Azazi dan 11 ekor ayam dipotong 16..dibekalkan dgn RM200.00 unutk beli bahan2 lain mcm sayur2, n bahan2 mskn yang lain. Wajib msk 3 jns , so kmi decide msk daging kicap rempah berstyle, ayam kuzi secret resepi, kerabu taugeh glamm..masa yang diberikan hanya 2 jam 30 minit..school kimia join dgn jabatan pembagunan, 4 org wakil dr pembangunan dan 8 org dr kimia....waaa hebat ni..selepas masing diberikan taklimat, pertandingan pun bermula yang di jurikan oleh wakil2 dari ex-chef segala bagai hotel..aku mmg amik port potong memotong ja la..sayur la bawang segala macam yang boleh dipotong..klu nk soh memasak mmg hampeh la. Sbnrnya kmi nih begantung harap pada usop ja (penolong jurutera kat kimia)..sbb dia yg pandai masak..dia yang ounya resepi, dia yg beli itu ini , plan itu ini..tp nk jd cerita sehari sblm lwn memasak mak mentua dia telah kembali ke rahmatullah.semangat kami semua bagai direntap sbb  kmi mmg smgt sbb ada dia ja..sedap xsedap mmg begantung kat dia ja..bila kami dgr berita kematian mentua dia, mmg kami jadi putus harapan la, mmg x da smgt lgsg. Aim dah berubah, dr semangat  nk mng, kmi mmg ubah niat tuk siapkan mknn tepat pada masanya ja..mennag x menang blkg kira jnji leh serve pada org ramai. Pada kami, mmg dia x dpt join pada hari lwn memasak tuh sbb dah sah2 la dia sibuk dgn urusan pengebumian jenazah (lagipun mentua dia meninggal di rumah dia)..ptg tuh kmi sempat la pegi umh dia n minta dia turunkan resepi apa yang patut..kalut2 ja sembang sbb dia pun sibuk gak kan. Tp Alhamdulillah dlm kejatuhan semangat kami sbb esok usop tak dpt hadir, tgk2 bila sampai ja hari pertandingan usop hadir tuk masak bersama2 ...alhamdulillah ..syukur...smgt kami dah meninggi semula..masa memasak, kmi masak dgn besungguh2..bila tamat ja masa yg diberikan kami mula menunggu juri mai merasa apa yg kmi  masak n bg markah sekaligus komen mengomen..kata juri mmg sdp leh buat kenduri dah nih. Lg 1 dia puji gila2 puding caramel yg kmi sediakan padahal mknn desert ni x diberi markah pun..sj just for fun. Last2 bila diumumkan kami dpt nom 3 daripada nom 4 ..ok la dpt periuk sorang sebijik hehheh....

06 November 2012

baucer 1k vs katil double decker vs sewing machine

aku ni dah terima baucer court memot yang aku mng tuh tp telupa plak nk amik gambo..kot2 la nak buat kngn kan.nnt bila ank2 beso boleh la tunjuk kat depa yg bonda depa dulu2 suka masuk petandingan walopun jarang sesangat la nk menang...
lebih kurang seminggu lps posmen anto ke rumah, aku pun kebetulan hari jumaat last week amik hafday sbb 3-3 ank3 demam..konon nya klu dah 3-3 demam should be pegi  klinik la kan..tp aku amik jalan penyelesaian tuk legakan demam ank3 dgn bw depa pegi tepeng..klu dah tepeng tuh pa lagi..court memot la jwbnya hehheh..sevey punya sevey, plan nk cari katil yg ala2 childish sikit la sbb nk bg along and alin rasa bilik tuh depa yg punya n smgt nk tido dlm bilik tp nk buat camna katil camtuh dah out of stock..so tepaksa la amik yg matured sikit..yg besi kale maroon tuh kan standard kan hehe..aku mmg target nak amik katil yang single atas n queen kat bwh sbb tilam queen dah tersedia ada tuk di gunapakai di rumah..leh la jimat kos hehe..

lps court memot hanto, adli n alin pa lagi mmg 'cewi' n 'perak' gila2..almaklumla x penah2 dpt katil 2tgkt...sblm tido n sblm pegi umh pengasuh mst nk main2 atas katil dulu...tp aku sj x beli lg tilam single yg kat atas tuh x mo bg depa panjat n main kat atas..bahaya maaa..

aku plak x penyabo nk guna mesin jahit tu...waaa pasni hebat la aku, mesin tuh ok gak la leh buat 14 jns jahitan pastuh butang baju tekuar pun boleh jahit gak..sng ati la laki aku pasni..xyah jahit tgn dah hehhe..
nnt ada masa aku snap picture n uplod dlm blog ni hhahah...
daaaaa

01 November 2012

pagi yg sangat menekan perasaan

boleh x klu aku buat pemintaan specel kat doremon/wonderpet, klu ank3 buat hal aku nk lari ke planet pluto??aku rasa mcm pg nih aku mmg dah x boleh nk kawal situasi la...mgkn masing2 rasa kesihatan terjejas kot..musim ujn la katakan...rasa mcm nk mohon tuk lari ke planet marikh atau yang seangkatan pastuh bila anak3 dah reda aku balik la ke bumi balik...can ke mcm tu???3-3 menangis serentak, aku dah x thn rasanya, camna la nk hendle 4 org tahun dpn ni..tuhan , bekalkan aku dgn kekuatan yang maksimum, kesabaran yg tiada had..amin