andai hati itu memahami
pasti bukan begini pengakhirannya
pasti ada jiwa2 yang tidak terluka
tiada nadi2 yang berdenyut sambil megempang duka di kolam hati
tiada nafas2 yang mendesah menghitung hari ke hari
andai hati ini memahami
pasti jalan dan lorong kelam itu aku redahi
pasti luka2 itu aku rawati
kerna ku tahu aku tidak sesempurna saidatina aisyah
aku tidak semulia saidatina khadijah
hidup di persada dunia ini aku teruskan seadanya
kerna dimana tunjangku bertapak disitulah dahan dan pepohonku bernaung
musim luruh tiba, luruhlah dedaunan ku
tatkala kitaran musim bunga, lebatlah putik2 wangian kelopakku
musim panas menjelang, layu lah daku tanpa setitis air buat bekalan
musim sejuk paling dinantikan, berpeluk tubuh sambil menyapa deraian salji
bahagianya hamparan kehidupan ini...
namun masih ada hati yang tidak menyedari
masih ada yang bersembunyi mencari kekhilafanku
aku sedar aku tidak sesempurna mana
cari lah di celah2 keping hati,
selaklah di helaian2 kehidupan ku
semuanya berbekalkan air mata...
tiada yang indah menemani
tiada senyuman di sisi
aku pasti di setiap keping2 hati yang pernah mendekati
pasti memahami seadanya
menerima dgn hati terbuka tanpa prasangka
ayuh, ikhlas lah duhai teman menerima ku..
jalinan perhubungan yang dibina ini kuharap kan berkekalan..
terima kasih teman kerana menjadi pelindung di saat aku tidak memerlukan
menjadi saudara jauh tika aku sangat merindui....

No comments:
Post a Comment