Seingat aku, setiap
pembelian pek DUMEX pada musim
perayaan Aidilfitri tahun lepas akan menerima 1 pek sampul duit raya edisi
khas. Aku mampu mengumpulkan lebih kurang 50 keping sampul untuk diberikan kepada
tetamu kecil yang bertandang. Anakku, Adli yang teruja memasukkan duit ke dalam
sampul. Bila menjelang hari raya, Adli yang menolong menyerahkan sampul
berkenaan kepada kanak-kanak. Mungkin dia berbangga bila dapat menyerahkan sampul
yang berprodukkan susu kegemarannya. Bila kami bertandang ke rumah saudara
mara, Adli tidak mahu menerima sebarang sampul duit raya kerana alasannya dia hanya
mahu menerima sampul yang berwarna hijau
yang tertera 'DUMEX DUGRO'. Adli tidak begitu memahami nilai wang yang terkandung
di dalam sampul tapi dia lebih mementingkan corak sampul itu semata-mata. Banyak
kerugian pada tahun lepas namun itu lah diantara kenangan yang tidak mungkin ku
lupa dan diharapkan tahun ini dan tahun seterusnya, DUMEX akan membekalkan lagi sampul dan Adli akan tersenyum riang.
No comments:
Post a Comment