BONDA

BONDA

13 January 2012

akukah perempuan itu

perempuan adalah daun
lelaki adalah angin
yg datang tiba-tiba
meniup rindu menghembus asa
membuai daun hingga kadang daun menjadi hijau segar
namun ketika angin berlalu hilang begitu saja di putaran waktu
daun itu menguning sebelum sang waktu menjemputnya
kerana terjatuh di tanah
inginku biarlah daun itu gugur
kerana kehendak Sang Alam
bukan kerana tiupan kencang sang angin kembara
atau bukan kerana tangkainya menjadi lemah
ketika tahu angin tlah pergi menghilang
tanpa bekas meninggalkannya layu
membiarkannya kering terjatuh terkubur debu bumi
itulah perempuan tempatnya mencari kesejukan
dan dipaksa dikeringkan yang sering tak terpikirkan
dilupakan akan kekuatannya buat abadikan cintanya

No comments: