BONDA

BONDA

13 January 2012

betapa ku rindu padamu ibu ....siti zaharah

Kalian...
Pernah aku ditegur
Kata mak untuk kebaikan
Pernah aku dimarah
Kata mak membaiki kelemahan
Pernah aku diminta membantu
Kata mak supaya aku pandai
Ku tak kisah andai dilabel anak mak..
Kerana dia adalah mak aku..
Segalanya untukku..
Mak…..
Pernah aku merajuk
Kata mak diriku manja
Pernah aku melawan
Kata mak diriku degil
Pernah aku menangis
Kata mak diriku lemah
Mak…..
Setiap kali aku tersilap
Mak hukum aku dengan nasihat
Setiap kali aku kecewa
Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat
Setiap kali aku dalam kesakitan
Dia ubati dengan penawar dan semangat
Dan Bila aku mencapai kejayaan
Dia kata bersyukurlah pada Tuhan
Mak……
Mak senyum bila diriku senyum
Mak ketawa bila diriku ketawa
Namun…..
Tidak pernah aku lihat air mata duka mak
Mengalir di pipi mak
Begitu kuatnya diri mak….
Mak….
aku sayang pada mak…..
Tuhanku….
Aku bermohon padaMu
Sejahterakanlah dia ibuku Selamanya…
Tiada yang terindah
melainkan bila kita berada di sisi insan yang bernama ibu..
Wanita pertama dalam hidupku... Ibu...
alfatihah buat ibu ku siti zaharah abdullah

No comments: