BONDA

BONDA

29 September 2014

ibu pengasih dan anak penyayang

Ku ingin menulis lagi..hari ni adlan demam, kukira suhu agak tinggi dr biasa.gagahi juga mengusung anak4 sendirian ke klinik di parit buntar kerana si suami terlibat dgn perlawanan futsal antara seluruh imigresen didalam malaysia.target aku mencari parking yg plg berhampiran dgn pintu klinik dan yg pasti x perlu melintas jalan.pada aku bahaya kalau nak usung4-4 melintas jln melainkan si ayah ada bersama.memasuki ruang pendaftran si kaunter hadapan, terpandang sesusuk tubuh x bermaya seorang ibu tua yg agak uzur kelihatan juga di sebelahnya seorang lelaki dalam lingkungan 30an kukira itu ank nya.di genggaman ibu itu terdapat dompet kecil  mingkin diletakkan duit untuk bayaran ubat nanti.sejurus saja pembantu klinik memanggil nama ibu, anaknya bingkas bangun sambil menghulurkan tgn untuk dipaut oleh si ibu.si ibu berdiri sambil teragak2 mungkin kerana tidak yakin dgn struktur kakinya.si anak mengampu ibunya sambil berjalan perlahan2 ke bilik doktor.sejurus kemudian, keluarlah dua beranak itu dgn wajah kepuasan mgkn sbb menerima penerangan yg lgkp dr doc.sejurus duduk sambil menunggu mengambil ubat, ibu itu membuka dompet kecilnya dan mengeluarkan wang rm10 dua tiga keping sambil mengira berulang kali.wajahnya bertiukar gusar memikirkan kos yg mungkin perlu dibayar.setelah namanya dipanggil,si anak lantas mendapatkan ubt di kaunter.dr jauh ku perhatikan dia membayar lebih kurang rm40 untuk keseluruhan kos.kupandang ibunya, ibu itu menyimpan kembali wang di dlm dompet usang itu.sekali lg si ank menghulur tgn pd ibu kali ini untuk bangun dan bergerak pulang.air mata ku jatuh tanpa pamitan dan tanpa segan.kenapa? Sbb aku x berpeluang berbakti sebegitu rupa pd ibu dan ayh.aku x sempat nak merasai kenikmatan menjaga ayh dan ibu dikala mereka tua dan uzur.lagi pula siibu pasti merasa bersalah kerana telah mengganggu aktiviti anaknya.aku dpt rasakan kerana ibu itu ingin membayar kos ubt dgb duit beliau sendiri dan tidak rela membiarkan ank mengeluarkan wang poket kerana ibu merasakan dgn membawa beliau ke klinik itu pun sudah dikira menyusahkan. menitis air mata aku, aku sebagai ibu, tapi aku x sempat nk berbakti pada ibu dan abah..aku x sempat nak merasai jerih menjaga ibu dan abah semasa mereka tua..yg ada sekarang ibu dan ayah mertua..moga aku di beri kesempatan untuk berbakti pada ibu dan ayah mertua amin..sedih sgt sbb aku mmg x kan dpt memaut bahu ibu dan abah kandung sebagai mana ank lelaki ibu tua itu lakukan

25 September 2014

dulu lain sekarang lain


Sian dgn anak4 aku.hidup x la ssh mana, kaya pun x la kaya mana..alhamdulillah cukup makan pakai..sian sbb aku ni garang sgt kot.slp ckt nk marah, kdg2 naik tgn jugak.bila pk2 balik, betul la...seingat2 aku dulu arwah mak dulu garang macam aku la.anak2 suma takut.klu abah lg la suma takut.takut sungguh ..tp ank2 takut tu la yg buat ank2 respect n hormat mak pak..macam zaman skrg ada stgh  mak ayah yg tkut dgn ank2..Allah, mohon jauhkan kami dr sifat2 ini.dulu cara membesarkan ank2 x sama.jauh beza dgn zaman skrg.dlu klu cikgu mnta parent mai skolah tuk meteng PIBG ,kami anak2 x ksh pun mak ayah boleh dtg ka x sbb memahami keadaan.x penah merap pujuk bagai nak rak sbb dah tau at last penampo yg kami dapat... sbb dulu majoriti mak masing keja surirumah..ayh sorang ja kja tanggung kita anak beranak.so klu cikgu jmput ke PIBG tu mmg paham la sbb mak x leh dtg sbb ada adik2 yg masih kecik, ayah plak sibuk.tp aku tgk zmn skrg mmg 200% tebalik..mak pak plak ssh hti klu x dpt join majlis anjuran sekolah.konon takut anak kecik ati, malu dgn kwn2 sbb parent diorang suma nya hadir.anak plak kompom tarik muka muncung 14inci klu mak pak x hadir.aku x kata kt org lain, aku ni mengutuk diri sndiri juga sbnrnya.ank aku baru pra skolah kot tp dh mula protes.seingat2 dulu klu ada syarikt buku mai juai buku kat kantin sekolah,diorang msti bg list buku (checklist) pd stp murid konon untuk di bawa balik tunjuk kat parent n thick ja nak beli buku mnaa.dan stp klai dapat list tu kami anak2 golongan sederhana ni setakat boleh baca dari atas ke bawah ja la senarai buku yg akan dijual .nak bawa balik tunjuk kat mak pak mmg awal2 dah tau jawapannya..xda duit mak ckp.x yah la beli, kalau nak baca jugak g la pnjm kat lbrary.sedih kan..x macam bdk skrg, dpt ja list tu mmg tandakan siap2 nak buku yg mana.balik umah just suruh mak jumlahkan harga n minta duit..on de sport dpt duit sbb skrg taraf hidup tinggi.semua mampu.golongan sederhana skrg ibarat org kaya pada zaman dulu2.

syurga menanti mak

Selalu aku bayang kan dan terfikir, syurga pasti menanti arwah mak.walopun byk liku2 hidup yg mak lalui tp mak tabah.mak kuat smgt demi ank2, mak tetap kental.sanggup pertaruhkan kehidupan nya untuk membesarkan kami.aku yakin syurga pasti menanti mak.yakin sgt sbb 3org ank mak meninggal dlm keadaan ahli syurga.seorang pun dh cukup meyakinkan posisi mak di syurga apatah lg 3 org...mula2 arwah abg aku meninggal masa umo seminggu sbb dmm pns.then, adik aku lelaki meninggal masa umo 14..belum pun akil baligh.dan last sekali abg aku (sulong ganti) meninggal tahun lps umo 33, yg ni mmg kompom ahli syurga sbb dia insan istimewa..dilahirkan sbg pengidap sindrom down..rindu mak alfatihah

09 September 2014

11 TAHUN BERLALU WAHAI BAJU

Sdg kusyuk iron bju dlm bilik tgh a.k.a bilik adik aku dok ltk n himpun kain bju n buku2 dia..tetiba mata terpandang sepasang bju kurung ala2 cheongsam.(sbnrnya adik aku baru mai ltk bju tu smlm)...haaaaa bju ni la yg aku cari setelah sekian lma.upanya skrg adik aku yg amik alih pkai bju tu.knapa dgn bju? Apa sejarah bju tu?sbnrnya msa aku sem 1 di poli,umo pun sweet 18 gitew,ada classmate aku ni bdk melaka, bdn agak chubby.dia yg offer bg bju tu kat aku kononnya dia dh x muat pkai bju tu.dia igt aku ni selim melim sgt la kot kan.aku pun amik la dgn hti yg x berapa nk rela, hti yg brt x berapa nk brt hiihii.sbb bju tu kale merah ang ang habaq mai...dedulu kn mna ada trend pkai bju kale striking gitew, pastu plak pattern nya ala cheongsam.almaklumla kwn aku ni kn made in melaka huhuu.so aku amik jugak bju tu, pkai pun sekli ja kot hanya skdr nk amik ati kwn tu.lps tu aku bw blik kg, smpn dlm lemari.tahun demi tahun, kmi pindah umh..pastu pindah umh lg..dlm ati ni sentiasa tingat kat bju tu.niat nk cari tp x tau kt mna nk selongkar sbb 2x pndh umh.klu cari pun sure x jumpa.alhamdulillah upanya adik aku bekenan bju tu n dia amik simpan n dok pakai g kuliah kot rasanya.so smntra bju tu ada d umh aku, beter aku hntam pakai buat kali kedua n seterusnya.terima kasih byk2 pd kwn melaka aku yg sudi bg bju tu, a big big tq to azlina abdullah..bju tu masih elok dlm simpanan.dan most important thing is baju tu still muat dgn aku yeyeyeeeeeeyeee.walopun 11 tahun dah berlalu..alhamdulillah...

08 September 2014

BUDAK DULU VS BUDAK SEKARANG

Budak2 Dedulu mesti ada buku biodata.bdk skrg x pasti la mcm na.klu dulu, ujg tahun ja mesti buku biodata bertukar tgn.jenuh nk nulih lahaiiii.nama penuh, hobi , cita2 , alamat dsb....mai tang cita2 tu yg membuatkan aku nak menulis ni..dulu kecik2, tanya la budak mana pun, termasuk lah hakuuuu ni kan mesti suma pakat nak jd cikgu, doktor, polis,peguam.itu ja la cita2 yg kami dok target.ya la, zmn dulu mana nak ada profision penganalisis IT, politician, businesman..mungkin ada tp kecenderungan ke arah itu agak  kurang la.yg dok nmpk polis ckgu peguam hihii.aku ni sebenarnya bila mai bsr ni  teringin plak nk jd wartawan aka pemberita.knapa arr? Sbb aku suka bergosip n kritik org kot.tp kalau la aku ni betul2 jd wartawan, mungkin aku ditugaskan di unit hiburan kot.sesuai dgn aku yg bz body ni hiihi.bla msa berganti masa,abad berganti abad,zaman beralih zaman,tahun bersilih ganti,aku mmg x sangka teknologi skrg mmg canggih 100% perubahan melanda..sbb tu dlu kami ni dok taget cikgu polis peguam.makin lma makin byk profision yg berkembang selaras dgn zmn.skrg zmn it, zmn teknologi..semua di hujung jari.dh byk job, bisnes online, komputer enginer, enginer software, jual software itu software ini.. berkerja dari rumah tp mampu menjana income masyukkk.klu dulu org jd cikgu sbb mmg mnt mendalam tp xmn skrg aku tgk byk yg jd cikgu hanya sekadar untuk 'mewujudkan kerjaya' semata2 nak elaj dr menganggur.tp ampun maaf dipinta x semua org mcm tu, ada jugak org zmn skrg yg mmg mnt jd cikgu.yg aku nk cerita ni psl yg x mnt nk jd cikgu tp apply juga sbb x nak tnm anggur blkg umh.sbb tu pengajaran dan pembelajaran x 100% yg sampi ke murid sbb tiada penghayatan.ajar sekadar ada semata2 cukup kan silibus.bdk2 skrg pun bkn mcm dulu, dulu klu homework byk, pulun buat sampi siap tkut cikgu rotan.tp skrg, asal homework byk mesti report parent ckp cikgu denda..cikgu x ajr lgsg dlm kls tp bg homework byk bergunung ganang..mak pak pun start enjin keta g serbu cikgu.klu dia rajin cikit dia mesti sangup dpn bilik cikgu besar

02 September 2014

isu kipas shiling pulopppp

umah sapa ada kipas syiling??? mmg bodosss soklan aku ni kan...kebanyakkan umh zmn skrg ni mesti ada kps ni kan.dan ada jugak umh yang gantikan fungsi kps ni dgn khidmat aircond..alatan elektronik yg terbaik dr ladang.ok masuk tajuk balik, kipas shiling ni kalau ditenung,diperhati,di belek2, sebenarnya sama juga dgn kitaran hidup kita yang bernama manusia.perjalanan dan kelancaran kipas ini dicontrol oleh control panel untuk kawal kelajuan mengikut apa yang kita inginkan.kalau rasa panas, setkan kelajuan nya pada max speed iaitu speed 5..kipas akan berputar seiring dgn arahan dan keadaan.kalau musim sejuk, fungsi kipas ni dikurangkan..di setkan ke minima speed yaitu speed 1 sejajar dan selari dgn musim sejuk tp kadang2 bagi yang tidak memerlukan, kps ni di switch off trus..mcm tu jugak dgn perjalanan kehidupan kita.kita juga di kawal dan dikontrol.siapa yang menentukan perjalanan hidup dan mati kita? Allah maha agong yang telah menentukan segalanya melalui qadaa dan qadar serta takdir yang telah tertulis sjk dari kandungan lagi.allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita, apa yang telebih dikurangkan kita tahu erti syukur, apa yang kurang dicukupkan agar kita sedar bahawa tuhan sentiasa mendengar rintihan kita hamba hambanya.namun x semua yang kita harapkan dan kita perlukan akan direstui allah,x semua akan dimakbulkan kerana allah tahu apa yang terbaik, samada permintaan kita ditunda atau digantikan dgn sesuatu ganjaran yang lebih besar dan bernilai maknanya.sehinggalah akan sampai masa telah ditentukan, kehidupan kita diberhentikan tnpa ditunda sesaat pun.

pukul memukul anak....

Kdg2 aku marah dgn diri sendiri sbb memukul @ mendenda anak tanpa sebab.tp jgn slh anggap plak, bkn nya pukul sampai pth tulang selangka yerr..stkt pukul dgn rotan tu standard bg aku n standard bg ank2 aku.kdg2 aku pukul tanpa sbb sbb anak2 aku tu bebai tanpa sebab.so tanpa mencari sbb musabab aku pun bantai ank2 aku.bila tanya ank4, ' along, kakak dan hani, bonda ni garang sangat ka'..ank2 jawab,  x garang pun tp x la baik sgt..hahaaa jwpn yg x boleh blah dr kanak2.kalau mengimbau kngn aku masa kecik2 dulu, mak abh mmg garang, nk bercerita dan bersembang lebih kurang pun takut.tp makin lma, makin membesar keadaan dah berubah.bila bsr, mak dan abh la kawan aku.bercerita itu ini tp 'kawan' aku ni hanya pinjaman yg sementara.kalau dihitung, aku fulltime duduk dgn mak abah hanya selama plus minus 12tahun ja.ok la lbih cikit kot, mgkn dlm 13 tahun.sbb f3 umo 13 aku dh masuk hostel sampai ke f5..hbs f5 smntra nk dpt sambung study aku kja klg pg ptg siang mlm.pastu dpt masuk poli kat kelate.x smpt abih poli, allah dah jemput mak kepangkuannya..tamatlah sdh kisah aku dan mak.yg tinggal hanya memori lampau yg masih terpahat.sbb tu la aku ni bab bab msk mmg fail sikit la..bkn fail ckt kot tp mmg fail trus la..sbb x byk msa aku kt umh, klu cuti skolah pun, blik dr hostel asik nk bercerita itu ini, pastu msk yg masak sdp2 sbb jrg jrg balik la katakan...last2 sampi dh kawen pun x reti masak lg..pdn muka hakuuuuuuu...ok masuk bab balik, nnt ank2 dah bsr, aku pun dh nyanyuk dah kertu, mcmna la hbgn aku dan anak2, mesra bgai kan kwn karib ka , sepi dan dingin ka ar..takut tau, takut sbb rasa mcm ank2 akan bls balik apa yg aku dh buat pada mereka msa kecik2.yala slh sikit, rotan.silap sikit kna cubit.ya allah, kau pupuklah kasih syg di dlm jiwa stp ank ank ku ya allah penuhilah kolam2 hati mereka dgn limpahan cinta kepadamu dan kepada kami ibu bapa mereka.bdk2 ni klu x dipukul dan x dijentik lgsg kang naik kepala plak.last2 klpa kita yg dipijaknya..ya allah,moga dipermudahkan segala urusan kami anak beranak

senyum nangis marah...


 

kopi pak belalang

Lps pekena dua sachet kopi brand pak belalang, rasa mcm mata ni asik tekebil2 x mau tutup.puas telentang sana telentang sini, konon paksa mata untuk pejam, tapi makin dipaksa makin pening n pinau mata aku ni..bumi seakan2 pusing 360 darjah..perut melugai, rasa mcm nak cirit birit, macam sakit nak bersalin pun ada..ishh teruk beno penangan kopi ni ..tp kopi ni mmg sedap tapi......adakah masa aku dah sampai?? hehhehe....


alhamdulillah tuhan masih memberi nikmat lidah tuk merasa kelazatan dan keenakan mknn dan minuman.masih dikekalkan nikmat penglihatan (walaupun rabun 350 kiri 200 knn),punyai nikmat pendengaran tuk saling mendengar alunan zikir dan selawat ( dgr dr utube ja smbil dgr smbil buat kja opis), alhamdulillah tuhan masih kekalkan pinjaman sepasang kaki untuk terus melangkah menyudah kan keja2 di pejabat dan bejalan ke surau tuk fardhu zohor dan asar ( fardhu lain buat d umh), kekal dalam nikmat bernafas untk terus menghirup udara segar(walopun skrg byk kes air pollution),masih dipinjamkan dua tangan tuk terus mengangkat tgn tanda berdoa, menyampaikan sedekah dan sepotong doa buat insan tersayang di alam sana.ya allah kumohon kau pinjamkan lah segala deria dan anggota ku ini selama mana hayat ku ada agar ku bisa terus membelai dan mengasihi pewarisku, ku mohon moga deria dan anggota pinjaman ini bisa menjadi saksi kepada tumbesaran anak2 ku. melihat dan menyaksikan sendiri  perubahan demi perubahan yang berlaku selaras dgn peningkatan usia mereka.kdg2 termalu pada sang pencipta kerana adakala aku bongkak dgn pemberian ini, kdg2 hilang rasa syukur seketika tatkala aku diuji dgn sedikit kesenangan.sikit ja la, idak le banyak mana..btul kata org, sng itu ujian dan perit ujian itu hadiah sbnrnya...apa aku merepek ni, alkisah mula2 nk story psl kopi pak belalang ni ja tp terpesong plak..btw ok la, jgn terpesong akidah udah la ya..pendek kata, sayangilah dan hargailah segala apa yg telah dipinjamkan kepada kita khususnya anak2.saya syg ank4 saya walopun aku ni baik sikit ja dari rimau