Ku ingin menulis lagi..hari ni adlan demam, kukira suhu agak tinggi dr biasa.gagahi juga mengusung anak4 sendirian ke klinik di parit buntar kerana si suami terlibat dgn perlawanan futsal antara seluruh imigresen didalam malaysia.target aku mencari parking yg plg berhampiran dgn pintu klinik dan yg pasti x perlu melintas jalan.pada aku bahaya kalau nak usung4-4 melintas jln melainkan si ayah ada bersama.memasuki ruang pendaftran si kaunter hadapan, terpandang sesusuk tubuh x bermaya seorang ibu tua yg agak uzur kelihatan juga di sebelahnya seorang lelaki dalam lingkungan 30an kukira itu ank nya.di genggaman ibu itu terdapat dompet kecil mingkin diletakkan duit untuk bayaran ubat nanti.sejurus saja pembantu klinik memanggil nama ibu, anaknya bingkas bangun sambil menghulurkan tgn untuk dipaut oleh si ibu.si ibu berdiri sambil teragak2 mungkin kerana tidak yakin dgn struktur kakinya.si anak mengampu ibunya sambil berjalan perlahan2 ke bilik doktor.sejurus kemudian, keluarlah dua beranak itu dgn wajah kepuasan mgkn sbb menerima penerangan yg lgkp dr doc.sejurus duduk sambil menunggu mengambil ubat, ibu itu membuka dompet kecilnya dan mengeluarkan wang rm10 dua tiga keping sambil mengira berulang kali.wajahnya bertiukar gusar memikirkan kos yg mungkin perlu dibayar.setelah namanya dipanggil,si anak lantas mendapatkan ubt di kaunter.dr jauh ku perhatikan dia membayar lebih kurang rm40 untuk keseluruhan kos.kupandang ibunya, ibu itu menyimpan kembali wang di dlm dompet usang itu.sekali lg si ank menghulur tgn pd ibu kali ini untuk bangun dan bergerak pulang.air mata ku jatuh tanpa pamitan dan tanpa segan.kenapa? Sbb aku x berpeluang berbakti sebegitu rupa pd ibu dan ayh.aku x sempat nak merasai kenikmatan menjaga ayh dan ibu dikala mereka tua dan uzur.lagi pula siibu pasti merasa bersalah kerana telah mengganggu aktiviti anaknya.aku dpt rasakan kerana ibu itu ingin membayar kos ubt dgb duit beliau sendiri dan tidak rela membiarkan ank mengeluarkan wang poket kerana ibu merasakan dgn membawa beliau ke klinik itu pun sudah dikira menyusahkan. menitis air mata aku, aku sebagai ibu, tapi aku x sempat nk berbakti pada ibu dan abah..aku x sempat nak merasai jerih menjaga ibu dan abah semasa mereka tua..yg ada sekarang ibu dan ayah mertua..moga aku di beri kesempatan untuk berbakti pada ibu dan ayah mertua amin..sedih sgt sbb aku mmg x kan dpt memaut bahu ibu dan abah kandung sebagai mana ank lelaki ibu tua itu lakukan
No comments:
Post a Comment