BONDA

BONDA

28 August 2014

senyum

Senyuman mampu menipu kita..
pd yg betul2 bahagia, seseorang itu akan tersenyum seikhlas hati.
senyum tanpa dipaksa, sentiasa tersenyum walaupun tanpa punca.
senyuman manis mampu mengundang ketenangan dalam jiwa2 yg memerhati.
walau diasak dgn sejuta onak ia tetap tersenyum kerana senyuman mampu mendepani apa saja kekangan.
tapi saya sgt menghargai  insan2 yg jiwa nya sentiasa bergelodak, dirundung duka tapi masih mampu tersenyum walaupun kelat.
senyum lah semanis mana pun, namun di hujung2 senyuman pasti diakhiri dgn duka dan tangisan.
itulah ketentuan tuhan, diuji selagi mampu mendepani,
diuji selagi mana kita redha,
dan terus diuji kerana ia adalah ujian yg diiktiraf dalam bentuk hadiah tanpa kita sedari

andai aku tiada lagi

Andai esok aku tiada..
kenanglah daku apa adanya..
walaupun hanya secebis kemanisan yg aku tinggalkan,
cukup lah membuatkan ia mampu untuk di kng.
segala memori pahit dan kelat yg kupahatkan,
kau patrikanlah ia di pelosok sanubarimu sebagai pedoman dan sempadan di hari muka.
aku hanya insan biasa,
seorang hamba yg biasa,
makhluk jadian tuhan yg biasa lg sederhana,
tiada apa sesuatu luar biasa yg mampu potretkan untuk tatapan.
andai esok aku tiada,
jgn lah mencari pengganti yg sejati seperti ku.
tp kumohon,
carilah pengganti yg jauh lebih baik dan  sempurna dari ku.
sesungguhnya aku tidak mampu untuk memenuhi dan melengkapi setiap kehendak serta permintaan.
carilah insan lain yg mampu menampung lompang2 ketidaksempurnaanku.a
ndai esok aku tiada...
usahlah ditangisi suatu pemergian yg selalu diharap2 kn.
kerana sepanjang hayatku,
kehadiran ini hanya dianggap  menyesakkan..
kini aku telah pergi,
kulapangkan semua kesesakkan itu,
kosong bagaikan tiada apa penghalang untuk setiap pergerakanmu.
sepotong ayt suci ku mohon,
sedekah kan dan sampaikan lah padaku bg melapangkan perjalan ku di alam sana sepertimana kau terasa lapang selepas ketiadaanku.

hujan rahmat

Alhamdulillah..
basah lg bumi nibong tebal @a.k.a smpdn p.buntaq mlm ni.kita manusia ni kdg2 ssh nk terima hakikat.hujan slah,x ujn pun salah.( sbb klu hujan ja manjang, baju yg di basuh hari2 tu x smpt nk kering.penuh ja ampaian.pastu klu ampai dlm umh pun kna pasang kps 24jam, tp bju tu alami proses pengeringan yg kurang srmpurna membuat kan baju2 menghasilkan satu bau yg bernama 'masam dan hapak'. .kalau kemarau pnjang pun kita komplen jugak.pns la, pokok tnmn mati la, ank2 jd x sht la sbb cuaca terik sgt,pastu mula la asik nak moody ja sbb salu dlm 'hot situation' hihiii.klu dulu kita dh bileh agak, ujg tahun msti musim tengkujuh, so bersiap sedia la nlyn2 tuk cari partime sbb msa tu dh x boleh trun kelaut.pstu mula la penggemar seafood beralih arah sbb mknn hasil laut naik harga berganda2 sbb bergelora katanya,ssh nlyn nk turun ke laut..jgn kata harga seafood, harga getah pun mancanak2 naik sbb rubber taper ssh nak g motong hihii..awal tahun plak bersiap sedia dgn musim pns..masa ni harga gth turun, harga seafood pun back to normal la kan.yg nak lakunya org yg meniaga air tepi2 jln..sure laku punya sbb pns terik..tp tu dulu la kan.skrg putaran alam dah brubah.musim ujan dan pns dh x mcm dulu lg.bla2 sj boleh ujan, banjir dan bah tanpa kita sedar.hari ni banjir kilat, esok plak pns terik.sedarlah kita bahawa bumi kita makin di mamah usia.usia nya sdh tua.ayuhlah kita berbudi dan berbakti sblm terlambat

nak jadi apa???

Jadikan lah diri sehijau warna alam.memberi nafas dan udara kedamaian, tenang perjalanan kehidupannya.biarpun betapa rakusnya tgn2 menceboroh hidupnya ia tetap teguh berdiri memberi khidmat bakti pada yg masih memerlukan dan menghargai kewujudan alam.aduh bsr jasamu alam.ingin menjadi biru?sebiru titis air rahmat di lautan luas terbentang.walau dicedok beribu baldi ia tetap kekal disitu.memayungi dan berinspirasi kepada hidupan2 air.biru yg menenangkan, sejuk dan dingin terus memperjuangkan nasib dan percaturan hidup warga lautan.jadilah seputih salju, putih yg suci lagi mendinginkan.dr kejauhan umpama selembut baldu bak kapas namun pabila ia mengganas ia mampu menundukkan apa saja.sifatnya menjadi keras apabila jiwanya bergolak.embun, inginku menjadi sejernih embun.walaupun hanya titisan yg kelihatan di permukaan dedaunan tp itulah keindahan yg sebenar.memancarkan kilau dan silauan, memperjuangkan keindahannya sebelum ia hilang dimamah mentari.tetap berusaha mempertahankan panoramanya walaupun tahu hayat nya tidak lah lama bakal lenyap dengan rela.rela dan ikhlas kerana ia tahu pd dingin subuh esok dia akan kembali hadir dan menjelma untuk menyerlahkan sinaran kilau itu.ada baiknya menjadi hitam walaupun sering dicela.hitam ada tarikannya dan ada peminatnya.yg hitam tidak semuanya hitam.jika cuba diselak helaian hitam itu pasti ada titik putih yang menyerikan kehidupan hitam.andai disorotkan dgn satu sinaran cahaya, hitam mampu membukti kebenaran yg tersmbunyi di sebalik gelap.wallahualam

22 August 2014

mentari dan rembulan

Teriknya siang kerana mentari..Terang mlm kerana bulan..syukur pada mu ya rabb kerana masih lg meneruskan perjalanan pertukaran antara sang matahari dan rembulan..aturan alam yg telah terpatri sekian lama.hilang mentari hilang lah sinaran..
muncul pula sang rembulan membawa sejuta cahaya menerangi pelusuk alam. Namun bulan tiada keseorangan.sentiasa ditemani bintang2 berkilauan di setiap sisi2 nya.berbaktilah ia sepanjang malam tanpa sunyi kerana sentiasa dikerdipkan dgn  sinaran 'peneman' .begitu jua kita, bernafas dan meneruskan kehidupan selagi mana  diizinkan tuhan.aturan kita juga seperti bulan dan bintang.siang mlm silih berganti..
tatkala mata terbuka dia hening subuh, bersyukurlah kerana masih di beri ruang dan peluang untuk 'menzuriatkan' pahala..bagaimanakah jika mata terus terpejam lena..allahuakbar

21 August 2014

menantu vs mertua?????


Dulu dulu masa zaman sekolah ( jiwa tgh galak2 remaja giteww)..bila bercakap n bersembang dgn geng2 psl kawen mestiiiiiiiiiii risau..sbb apa sbb takut dapat mentua yang x sebulu, dpt ipar duai yang x sporting..cukup risau klu pikir bab ni.nak nak plak klu tertonton drama @ pilem yang kisahnya berteraskan menantu hantu dan mentua haprak..auihhhhhhh gayat ja rasa nk kawen.pastu ada plak kawan2 yang dah ada kakak ipar, diorang mesti crita:


 ' ehhh tau x, kak ipar aku kan masak nasik pun hangit"....


" Haaaa nak tau x, bini abg aku tu x penah tunjuk muka kat dapur, asik teperap dlm blik ja"...


" Mak aku kan cukupppp meluat dgn menantu pompuan dia yang sorang ni sbb dah la muka x cantik,perangai pun x cantik"....


emmm mcm2 komplen yang aku dgr dr pihak adik ipar  pompuan kpd si menantu...rasa mcm x adil pada mereka bila cerita asik di canang ke merata2 alam.. mgkn aku rasa x adil sbb aku pun pompuan..satu hari nnt aku pun akan kawen (tupun klu laku la, tapi harap2 laku lerrr sbb manis tu ada walopun rupa ku hancusss) aku akan ada mentua, akan ada adik / kakak ipar pompuan..dr sudut apakah aku akan diadili nnt..setakat manakah kisah kemalasan dan kekurangan aku akan dijaja oleh keluarga mertua.ketaq lutut n dagu kalu pikir bab ni..tpi itu dulu....sekarang aku bersyukur sbb aku dkurniakan keluarga mertua yang sgt hbt.hbt ni bkn dr segi harta dan pangkat kerjaya , tapi terapan  kasih syg yang ada dalam keluarga mertua aku ni sgt lah hebat ( bg aku yg yatim piatu ni mmg terasa bagaikan diri ini dikelilingi dgn ibu dan bapa kandung) alhamdulillah..dr saat knl , belum kawen, sampai la ke saat bertunang dan ijab dan kabul, perjalanan hidup keluarga mertua sgt lah sempurna..mak dan ayah yg sgt memahami, nak nak plak hubby aku ni kja lain dr org lain..dua hri kuar keja x balik2, dua hari cuti...mgkn keadaan aku yg sering 'ketiadaan' suami di rumah menyebabkan kebimbangan melanda di hati mertua aku.mana tak nya, anak2 suma kecik2 lagi..klu jd apa2 tgh mlm mmg meraban aku menggagau..


Tq n syukur allah kerana menganugerahkan aku dgn nikmat ini..pada aku, keluarga mertua aku la keluarga terbaik abad ini..pada sapa2 yg terbaca entry ni mesti terjelir lidah sbb muak dan meloya dgn statement aku..tp tu pada aku la, pada korang famly mertua korang la yg terbaik dlm dunia.aturan dan ketetapan allah itu ada hikmah dan punyai jalan penghujungnya yg tersendiri..

nak family ke nak gadjet

ok, dah nk genap sebulan perasmian pasar besar mydin kat p.b ni tp semalam secara rasminya aku n seisi keluarga berkesempatan window shoping sama2. Ok aku tinggal di area pusat bandar p.buntar.tapi idak la tgh2 bandar tu tapi plus minus 5-10 ja kot nk kuar g p.buntar.. nk kata window sgt tu x la, kmi bli jugak la pampers n keperluan anak2.mulanya plan nk kuar mkn kat food court mydin tu ja sbb ada playground tuk bebudak kan.sampai ja kami kat situ, dah siap pilih meja..aku terpandang dan dihidangkan dgn pemandangan meja depan aku tp kearah knn sikit..family ni ada dua anak, yg sulong mgkn umo 11@12 tahun kot.tp bdk ni mmg x pandang kiri@ knn dah sbb leka dgn gadjet.jari asik ralit menekan button di skrin.ok, anak yg kecik plak umo dalam 2@3 tahun.si ayah yang sibuk melayan karenah si kecik tu.ank nak air, ayh nya pegi belikan..ank bg tumpah air, si ayah cpt2 dukung bdk tu n bawa ke stall yang dkt2 n minta tisu.si ayah la yg suapkan makan, lap mulut ank kecik tu.aku kagum dgn ayah bdk ni.ok, aku pandang plak pada maknya..igt kan si ayah tu bapa tunggal, upanya si isteri ada di depan si suami.tp mcm keadaan ank sulong jugak la, si mak ni sibukkkk dgn smartfon.sedih, pilu aku rasa..sbb waktu macamni la keadaan yg plg sesuai untuk kita beramah mesra dgn anak,suami dan isteri.kalau kat umah mmg x jamin la leh nyembang 24 jam sbb masing2 anak dok dalam bilik.buat hal masing2.lg sedih bila aku tgk si ayah ni pandang n perhati ja gelagat bini dia.apa yg si suami tu rasa arr.. X tercabar ka.x marah ka dalam keadaan bersama famli pun isteri masih sibuk melayan perkembangan alam maya.aku sng ja, pikiaq ja positip.pada aku, si bini tu mgkn berpangkat profesor..sbb tu sibuk smacam ja.rini aku menyeru kpd kaum wanita ( ala2 aku ni wakil istri yg prihatin), aku menyeru hargailah masa ketika bersama keluarga..masa kerja kita kerja, masa ' beralam maya' kita login ja la sekadar ingin tau berita uptodate..jgn sampi menyesal d kemudian hari.keluarga adalah tonggak kita.facebook klu kena block, kita boleh register ats nama lain.tp kalu family kita dah di 'block' kan dari kita, mmg nyesal xsudah la jawabnya (aku tegur ni untuk diri sendiri jugak sbb kdg2 aku pun terlepas dan terleka dgn keadaan yg sebegini rupa)..
ayuh para2 isteri yang terlalu leka dgn 'perjalanan alam maya' ayuhlah kita berubah menuju ke arah 'perjalanan membina sebuah kehidupan yang bernama keluarga'

15 August 2014

tajuk apa arrrr


Sekarang ni macam macam hal la kan..kes pompuan mandrem laki, laki mandrem pompuan??kenapa??  sbb pulun la nk tambat hati pasangan masing2. Dan pengakhirannya, termakan diri sendiri..mula la nk menyesal itu ini..kisah mcm ni banyak dah terjadi cuma kita ja yang menutup mulut dan mata sbb mindset dah set ‘’x mo amik port hal org lain’’ ‘’lantak ko laa’’

Tapi kalau sesuatu hubungan tu terbina atas jalinan kasih sayang yg betul2 kukuh pun,  mesti ada mulut2 yg jahat bercakap itu ini..ya la, manusia ni x kan berdiam diri kalau tgk org lain berbahagia..nauzubillah..

Cakap psl berbahagia bagai ni,  smlm sempat pegi majlis walimatul urus kawan lama aku, dan kawan lama husband..kawan lama aku ni knl masa dari f1 – f5..dia ni mmg berbakat, ketua itu ini, ketua aspuri..target semalam masa pegi majlis dia plan nk jumpa ramai kawan2 lama, tapi masa x mengizin kan sbb nk pegi kenduri kwn lama husband plak.sempat jumpa 2 3 orang kawan ja dan yg paling teruja, dari kejauhan ternampak sesusuk tubuh sdg makan di bawah khemah…ooooohohoh  my ex warden, ustazah norita dan ustaz Rahim kesayangan ramai dan pasangan warden yang paling sensasi dan hot dgn latar blkg agama..aku pun pegi salam dgn dia, cium  tgn dia, dia yg aku anggap mcm ummi..mau x nya aku menginap di hostel sejak tahun 1998 – 2002..dia dan ustaz Rahim yang banyak mengajar apa itu erti hidup..prinsip ustaz Rahim  dan ustzh norita ni sng ja ‘’kitaorang x kaco korang tapi kalau korang kaco kitaorang, kitaorang makan korang’’…..ni la ayat2 prinsip yang aku igt sampai sekarang..masa nak balik tu aku tnya ustaz Rahim, ‘’ustaz, masih igt lagi x nama saya’’…  Ustaz cakap ‘’emmm, nomek kan kan’’….terharu dan tersentuh sbb ustaz masih igt nick name aku walopun dah 12 tahun aku meninggalkan dunia ASMKS..ASMKS satu tempat yg byk memberi pengajaran kepada aku dan zaman kepimpinan ustaz  rahim (UR)  dan ustazah norita (UN) lah yang banyak melonjakkan nama ASMKS ke setiap ceruk dan tempat..sampai kan semua sekolah rasa gerun dgn ASMKS ni..nama ASMKS dah jadi bahan bualan di PPD kulim..mau x nya, setiap tahun kalau ada pertandingan kecantikan asrama, ASMKS la yg akan dapat 5 bintang..bila dapat adiah hasil dr kemenangan tu, UR n UN sewa bas 4 5 bijik n bawa kmi suma warga ASMKS ke lata lata peranginan..bestnya bila teringat semua memory dedulu…

pertemuan dan perpisahan


Emmm dua tiga hari ni asik dgr berita tentang kematian ja..rasa takut, insaf dan patut diambil iktibar pada setiap kematian itu, kenalan lama (najib yahaya), bekas cikgu (che marzuki) , ex staf usm, pegi dijemput Illahi..moga kalian tenang di sana. Dan satu lagi yang paling meruntun hati aku, kenalan lama aku sorang ni pun melalui pnglmn yg sangat sedih, dia kehilangan ank sulong nya pada mei lepas (umo 10 bulan kot) ..yg sedihnya sbb aku pun baru tahu (skrg pun dah bulan 8)..napa la aku  terlepas pandang wall dia di dalam fb tu..setiap rentetan perasaan dan luahan dia di fb aku lgsg x penah tahu..Allah, kawan ku sdg diuji. Diuji dgn kehilangan ank tercinta..bila dah tahu tentang kisah ni, aku cuba scroll down suma kisah n pic dia di FB.subhanallah, setiap komen dan status yang di post di wall fb tu mmg menunjukkan betapa rindu dan sarat nya beban yang dia tanggung. Ya la kan, bayi yang kita tatang dan dukung saban hari, tiba2 mula menunjukkan potensi kesihatan yang kian menurun, demam  dan batuk..terus dibawa untuk di rawat di KPJ, Bandar perda..untung nya sahabat ini, setiap moment indah dgn si ank kecil itu semasa terlantar di katil hosp, sentiasa di rakam dan dimemorikan di dalam memory handfon dan di post kan di ‘muka buku’ ..untuk diabadikan  dan juga sedikit sebanyak mengharap kan setitis doa dan harapan dari sahabat/kenalan di laman ‘muka buku’..alhamdulillah, setiap saat dirakam dgn niat sekadar kngn ketika di katil hosp, siapa sangka dan siapa menduga, ank kecil itu pergi mengadap illahi kerana doc mengesahkan paru paru si kecil itu dijangkiti kuman..hidup kawan aku tu mesti bagaikan direntap2, bagai kan jatuh terduduk di saat doc mengesahkan kematian ‘ahli syurga’ itu.sakit mmg sakit, perit itu pasti, sepedih mana pun perpisahan itu, pasti harus ditempuhi jua..tabahlah duhai sahabat.takziah dari ku.tahniah jua ku ucapkan kerana anak kecil itu sdg menantimu di pintu syurga..agak cemburu tapi  x sangup rasanya untuk menempuhi saat kematian dan perpisahan dgn anak2.

 

Tapi setelah sahabat ini diuji, kemudian di anugerahkan semula dgn khabaran gembira, beliau kini mengandung kan seorang lagi pewaris sebagai pengganti kepada kehilangan lalu. Moga sahabat ini kuat semangat dan tabah.. Allah maha besar, x kan diuji seseorang hamba itu jika di luar kemampuannya..

Tertanya2 dan terfikir jugak, apa perasan ibu2 yang melalui kesedihan sebegini…sedangkan, kita pergi kerja pun dah rindu ank tahap cipan. Rasa x sabar nk pulang dan jemput anak2 di umah pengasuh.. bagaikan nak di peluk2 dan nak gigit2 ja kan

14 August 2014

emmm tajuk apa yang sesuai ekkk

Terbaca status di muka buku seorang teman,katanya seronok ja tgk kebahagiaan org lain.adakah mereka tiada mslh lgsg atau apa itu semua sekadar berkongsi suka di sebalik duka.pd sy status yg di post itu betul.kdg2 merasa kan semua org di sekeliling kita bahagia bagaikan tiada lgsg duka..ada kah kerana kita sering bersedih dan terbeban dgn masalah sehingga kita berfikiran sedemikian,merasakan seolah2 semua org tiada gundah berbanding kita.terpulang pada yang menilai kita.jika mereka beranggapan kita bahagia, maka bahagialah kita. perlu igt kerana setiap apa pandangan dan tanggapan org luar itu adalah satu harapan dan doa. jika mereka merasakan kita 'kurang' bahagia, maka begitulah jadinya..saya x cakap saya bahagia dan tak pula menderita.bahagia itu ada tempatnya dan derita itu ada masanya.rsa bahagia bila kita brtemu jodoh, menerima tetamu baru iaitu zuriat kandung, miliki segala aset, kereta hebat, rumah agam, kerjaya berkaliber dan dihormati org..percayalah dalam pada kita sibuk berbahagia pasti ada ujian yang datang..usahkan kita rakyat biasa, malah darah darah diraja pun x tekecuali dr bahagia dalam penderitaan ini.semua bahagia dan ujian penderitaan ini ada hikmah dan kisah tersendiri..terserah pada diri kita untuk menilai dan meletakkan ia di takuk dan tahap apa..akhir kata, tidak bahagia hidup jika tidak diuji dan tidak sempurna hidup jika kebahagiaan tidak mengiring kita. 


Ok ni bab lain plak, skrg ni kan bln syawal ( tp aku sendri x igt berapa syawal tp yg psti still dlm syawal lg la)..saudara mara kunjung mengunjung..rasa seronok dan tumpang bangga bila lalu di depan rumah2 yang di depannya penuh dgn kereta2 hebat, besr dan mewah..mesti ibu bapa bangga kan..kadang rasa sayu plak sbb kami dah tinggal 4 beradik ja dari pada keluarga yg agak besar iaitu 9 org..yg pastinya anak2 arwak dan abah pastinya sedang menunggu di pintu syura sebab anak2 mak pegi dalam keadaan yang tiada dosa.. abang sulong pergi masa umo 2 bulan, abang am (sulong ganti) dilahirkan sebagai insan istimewa, dah tentu2 dia tiada dosa, dan arwah adik pegi dalam usia 14 tahun, masih belum mencapai usia akil baligh...moga mak abah, adik dan abang2 tenang di sana aminnn...

07 August 2014

perjalanan hidup seorang hamba

Perjalanan hidup kita ini singkat sebenarnya..tambah tolak darab bahagi dgn amln,pahala dan dosa yg telah dilakukan samada secara sedar ataupun tidak. Mati itu pasti,gerun dan takut jika mati kita dan saat kita ditarik nyawa itu tanpa sempat kita bertaubat dan memohon ampun dr sang pencipta..tanpa sempat memohon keampunan sesama manusia jika terdapat salah dan silap.ALLAH maha pengampun tapi kita ...yg sering terleka dgn permainan duniawi.sering merasakan diri ini sentiasa suci dan bebas dari takhlukan dosa dan debu debu noda..ya ALLAH ampun kan hambamu ini.aku yg sering lalai dlm menunaikan perintahMu.sering terleka dalam menuntut kalamMu.sering dibayangi dgn noda2 kerdipan dunia sehingga aku lupa bahawa daku hanyalah seorang hamba.ya ALLAH jika ini satu pegjrn Kau fahamilah aku.jika ini satu peringatan Kau sdr kanlah aku.andai ini satu ujian Kau bimbinglah aku..

dari jauh ku perhatikan, terfikir seketika..apalah sgt bezanya jika ku tiada. tiada goyah dan terkesan di dalam jiwa2 mereka.
namun bila ku dekatkan diri dengan mereka, baru kesedar walaupun aku hanyalah ibarat setitis air di muka lautan, sebutir beras di celah himpunan padi, namun sedikit sebanyak masih ada insan lain yang perlukan kita..walaupun x sebanyak mana, tapi hadirnya kita masih lagi diperlukan walaupun tidak membantu..

ada atau tiada kadang2 tiada beza, hingga kematian dua alam yang memisahkan, ketika itu barulah kita sedar betapa pentingnya ''keberadaan' seseorang itu disamping kita..

kematian, peritnya menghadapi perpisahan melalui kematian..terasa seperti ingin mengikut pergi bersama. tapi kenapa kita masih di sini?masih menghirup udara yang telah Allah pinjamkan kepada kita, jantung masih lagi berdetak seolah2 tiada kesudahan..kerana Allah mahukan kita kembali padaNya..mahukan kita bersujud padaNya..mahukan kita melakukan perubahan dan penghijrahan dr sesuatu yang jahil ke sesuatu yang lebih baik

01 August 2014

SYAWAL TIBA LAGI, ABANG KANDUNG PERGI

salam 5 syawal dari saya sekeluarga..dr awal2 lagi dalama ti ni rasa getir, resah, ssh ati, serba tak kena ja untuk sambut ramadhan dan syawal tahun ni. mgkn jugak sbb pengalaman raya kedua tahun lps, keta kami excident sbb tu rasa takut kot..tp try sdp kan ati mcm na pun, resah dan dub dab dub dab tetap x hilang..kenapa ya..sepanjang mlm masa tido mesti mimpi benda bukan2 seolah2 akan berlaku perpisahan dgn saudara terdekat @ jauh, sahabat handai @ kenalan..tp ati aku ni kuat mengatakan ada sesuatu akan berlaku cuma x pasti apa dan kenapa (sebab dan musabab)..


bila ramadhan dah tiba, ok dan selamat ditempuhi macam biasa ( luar biasa la jugak sbb asik perang dgn anak2, tp x da bnda yang extreme sgt pun) Alhamdulillah la kan..bila masuk ja 1 syawal pun ok, beraya dgn keluarga mertua dgn gumbira nya..syok la sbb ank 4, duit raya pun belambak2 la ..(riak x??, x la byk mana pun tp klu ikut kan nudak2 diaorang dah rasa seronok la sbb dpt lebih kurang RM 500.00..ok la kan sbb leh saving dalam ASB hehhe..envelope raya pun stp jenis tu mst ada 4 set hehheh..klu x sukup 4 tu mksdnya ada la ank4 amik main @ bg ilang masa sedara2 sedekah kan duit raya..


ok  bila masuk 2 syawal, kmi beraya di sebelah I plak lerr..adik beradik suma berkunjung ke rumah nenek di sik Kedah..sedih plak sbb 2-2 nenek kami masih ada tapi 2-2 ibu bapa kmi dah x da..org kata antara ank n ibu bapa, x semestinya mak @ ayah yg pergi dulu..konvoi dua bijik keta ja, adik bongsu and abg sulong naik dgn kakak..singgah merata2, tp aku tgk keadaan abg mcm x ok ja (sbnrnya abg aku ni sindrom down umo 33 tahun)..dia asik batuk, nk jln pun x larat, lps mkn mesti muntah pastu air liur meleleh2 kuar lps mkn.rasa x sdp ati tp dlm ati ni cakap dia mgkn mabuk kereta sbb jln jauh kot..ok la, lps satu umh, kmi pegi satu umh..tu pun abg x  boleh duduk lama2 lps dia batuk2 mesti kmi minta bantal dkt tuan umh untuk bg abg baring2 untuk dia rehat..kmi suma sangka konon2 abg tu mabuk keta..bla bla la btolak balik dr sik pun lps magrhib kot..tu la kali terakhir aku tgk dia, smpt la pimpin dia bjln...ok, bila sampi di Kulim, abg muntah dlm keta..
syawal ketiga, pg tu kakak n adik kejutkanabg tuk bangun mkn tp abg x bngun, mgkn x larat sama kot..tp bila suruh mandi, dia bangun n mandi lama sgt..kakak kata x penah dia mandi lama mcm tu..lps mndi kakak paksa dia duduk n makan bihun sup, dia x mkn pun, just hirup kuah sup ja..tp air minum byk sgt.. byk gelas  jugak la dia minum.. pastu dia trus masuk dlm bilik n baring.. mlm tu, lps isya kakak minta adik kejut kan abg lg sekali , nak ajak mkn la sbb kompom la dia lapaq sbb x mkn dari pagi..harapkan minum kuah sup ja mmg x kan kyg la..sekali masa adik try kejutkan dia, tgk2 abg tgk nazak sorang2 atas katil.. melompat adik panggil kakak dan abg Ipar.. syukur sbb ALLAH gerakkan ati kakak dan adik untuk kejutkan abang, klu x mmg x tau la nak ckp mcm mana..bila abg ipar dating and pangku kepala abg, mata abg pun dh layu, sambil tarik nafas..kakak, adik n abg ipaq menangih sambil mohon ampun maaf, mengucap di tepi telinga abg..dua kali abg tarik nafas akhirnya abg telah kembali ke pangkuan ILLAHI..


seronok tgk org yang x da dosa ni, senyum dan suci  ja ..abg mmg x da dosa, kmi yang byk dosa dgn dia..kakak dan adik smpt jugak la mohon maasf dgn abg, tp aku ni x smpt nk minta ampun dan maaf dari dia.
moga arwah tenang di samping arwah mak, abah dan adik di akhirat sana..aminnnn