Perjalanan hidup kita ini singkat sebenarnya..tambah tolak darab bahagi dgn amln,pahala dan dosa yg telah dilakukan samada secara sedar ataupun tidak. Mati itu pasti,gerun dan takut jika mati kita dan saat kita ditarik nyawa itu tanpa sempat kita bertaubat dan memohon ampun dr sang pencipta..tanpa sempat memohon keampunan sesama manusia jika terdapat salah dan silap.ALLAH maha pengampun tapi kita ...yg sering terleka dgn permainan duniawi.sering merasakan diri ini sentiasa suci dan bebas dari takhlukan dosa dan debu debu noda..ya ALLAH ampun kan hambamu ini.aku yg sering lalai dlm menunaikan perintahMu.sering terleka dalam menuntut kalamMu.sering dibayangi dgn noda2 kerdipan dunia sehingga aku lupa bahawa daku hanyalah seorang hamba.ya ALLAH jika ini satu pegjrn Kau fahamilah aku.jika ini satu peringatan Kau sdr kanlah aku.andai ini satu ujian Kau bimbinglah aku..
dari jauh ku perhatikan, terfikir seketika..apalah sgt bezanya jika ku tiada. tiada goyah dan terkesan di dalam jiwa2 mereka.
namun bila ku dekatkan diri dengan mereka, baru kesedar walaupun aku hanyalah ibarat setitis air di muka lautan, sebutir beras di celah himpunan padi, namun sedikit sebanyak masih ada insan lain yang perlukan kita..walaupun x sebanyak mana, tapi hadirnya kita masih lagi diperlukan walaupun tidak membantu..
ada atau tiada kadang2 tiada beza, hingga kematian dua alam yang memisahkan, ketika itu barulah kita sedar betapa pentingnya ''keberadaan' seseorang itu disamping kita..
kematian, peritnya menghadapi perpisahan melalui kematian..terasa seperti ingin mengikut pergi bersama. tapi kenapa kita masih di sini?masih menghirup udara yang telah Allah pinjamkan kepada kita, jantung masih lagi berdetak seolah2 tiada kesudahan..kerana Allah mahukan kita kembali padaNya..mahukan kita bersujud padaNya..mahukan kita melakukan perubahan dan penghijrahan dr sesuatu yang jahil ke sesuatu yang lebih baik
No comments:
Post a Comment