BONDA

BONDA

15 August 2014

pertemuan dan perpisahan


Emmm dua tiga hari ni asik dgr berita tentang kematian ja..rasa takut, insaf dan patut diambil iktibar pada setiap kematian itu, kenalan lama (najib yahaya), bekas cikgu (che marzuki) , ex staf usm, pegi dijemput Illahi..moga kalian tenang di sana. Dan satu lagi yang paling meruntun hati aku, kenalan lama aku sorang ni pun melalui pnglmn yg sangat sedih, dia kehilangan ank sulong nya pada mei lepas (umo 10 bulan kot) ..yg sedihnya sbb aku pun baru tahu (skrg pun dah bulan 8)..napa la aku  terlepas pandang wall dia di dalam fb tu..setiap rentetan perasaan dan luahan dia di fb aku lgsg x penah tahu..Allah, kawan ku sdg diuji. Diuji dgn kehilangan ank tercinta..bila dah tahu tentang kisah ni, aku cuba scroll down suma kisah n pic dia di FB.subhanallah, setiap komen dan status yang di post di wall fb tu mmg menunjukkan betapa rindu dan sarat nya beban yang dia tanggung. Ya la kan, bayi yang kita tatang dan dukung saban hari, tiba2 mula menunjukkan potensi kesihatan yang kian menurun, demam  dan batuk..terus dibawa untuk di rawat di KPJ, Bandar perda..untung nya sahabat ini, setiap moment indah dgn si ank kecil itu semasa terlantar di katil hosp, sentiasa di rakam dan dimemorikan di dalam memory handfon dan di post kan di ‘muka buku’ ..untuk diabadikan  dan juga sedikit sebanyak mengharap kan setitis doa dan harapan dari sahabat/kenalan di laman ‘muka buku’..alhamdulillah, setiap saat dirakam dgn niat sekadar kngn ketika di katil hosp, siapa sangka dan siapa menduga, ank kecil itu pergi mengadap illahi kerana doc mengesahkan paru paru si kecil itu dijangkiti kuman..hidup kawan aku tu mesti bagaikan direntap2, bagai kan jatuh terduduk di saat doc mengesahkan kematian ‘ahli syurga’ itu.sakit mmg sakit, perit itu pasti, sepedih mana pun perpisahan itu, pasti harus ditempuhi jua..tabahlah duhai sahabat.takziah dari ku.tahniah jua ku ucapkan kerana anak kecil itu sdg menantimu di pintu syurga..agak cemburu tapi  x sangup rasanya untuk menempuhi saat kematian dan perpisahan dgn anak2.

 

Tapi setelah sahabat ini diuji, kemudian di anugerahkan semula dgn khabaran gembira, beliau kini mengandung kan seorang lagi pewaris sebagai pengganti kepada kehilangan lalu. Moga sahabat ini kuat semangat dan tabah.. Allah maha besar, x kan diuji seseorang hamba itu jika di luar kemampuannya..

Tertanya2 dan terfikir jugak, apa perasan ibu2 yang melalui kesedihan sebegini…sedangkan, kita pergi kerja pun dah rindu ank tahap cipan. Rasa x sabar nk pulang dan jemput anak2 di umah pengasuh.. bagaikan nak di peluk2 dan nak gigit2 ja kan

No comments: