BONDA

BONDA

22 August 2014

mentari dan rembulan

Teriknya siang kerana mentari..Terang mlm kerana bulan..syukur pada mu ya rabb kerana masih lg meneruskan perjalanan pertukaran antara sang matahari dan rembulan..aturan alam yg telah terpatri sekian lama.hilang mentari hilang lah sinaran..
muncul pula sang rembulan membawa sejuta cahaya menerangi pelusuk alam. Namun bulan tiada keseorangan.sentiasa ditemani bintang2 berkilauan di setiap sisi2 nya.berbaktilah ia sepanjang malam tanpa sunyi kerana sentiasa dikerdipkan dgn  sinaran 'peneman' .begitu jua kita, bernafas dan meneruskan kehidupan selagi mana  diizinkan tuhan.aturan kita juga seperti bulan dan bintang.siang mlm silih berganti..
tatkala mata terbuka dia hening subuh, bersyukurlah kerana masih di beri ruang dan peluang untuk 'menzuriatkan' pahala..bagaimanakah jika mata terus terpejam lena..allahuakbar

No comments: