BONDA

BONDA

30 December 2014

Alfatihah untuk khairulnisa nadiah dan takziah pd fattah seisi keluarga..mcm mimpi bila dpt msj dr k.zah dan k.niza.disusuli dgn panggilan dr k.nor..saya berulang kali baca semula msj2 tu.mmg betul, ujian dan anugerah dr ALLAh mmg x terduga dek akal.tp siapalah kita tuk menidakkan hakikat.yg pergi tetap pergi, kita yg usia masih berbaki ini ayuh lah beramal dan bertaqwa agar kita di tmptkan di golongan org2 yg beriman.sedih sayu terkenangkan perjalanan si kecil, satu2 nya harta bernyawa peninggalan arwah,moga si kecil itu mampu mengorak lgkh dan membesar dgn cmrlg walopun tanpa kasih ibu kandung. Allah sebaik baik perancang, ada hikmah yg sdg menanti di sebalik kesulitan yg melanda fattah dan anknya..


semasa pegi melawat nad di hosp taiping, Sempat aku peluk dia smlm, aku minta dia kuat smgt untuk ank dan fmly.aku minta dia lawan segala sakit tuk bangun dan tgk ank dia membesar.aku harap dia dan suami sama2 dpt konvo tahun dpn tuk dpt kan gelaran doktor falsafah..
ank dia tdo sblh dia ats katil tu mungkin kali terakhir ank dia tdo sblh mama dia.sengaja tgn nadia tu dialih sikit ke kepala si ank konon2 tanda dakapan..ALlah, rupanya itu dakapan dan rangkulan terakhir dr si mama pada si ank..



kebetulan masa kami sampai tu ank dia tgh merengek2 mengantuk, so Fattah (suami nad) dodoikan ank nya sampai la tetido dlm dakapan Fattah pastu sedaya upaya try letakkan baby tu di sebelah nad, tgn nad dialihkan sikit seolah2 tgh peluk ank nya...sedih, baby tu pu npulun tido nyenyak, mungkin dia rasa kepanasan bdn nad dan dia rasa mcm nad tgh tidurkan dia...masyaallah, masa tu belinang air mata kami suma


X boleh lelap mata laaaa..asik tebayang nad dan ank dia..so sj gatai buat nukilan hati tanda sayu dgn kehilangan ini.
Aduhai Bumi,telanlah air yang menakung ini dan wahai langit, hentikanlah curahan air hujanmu..emm tahun ni malaysia mmg banjir teruk la.kejadian yang lebih kurang sama berlaku pd tahun 2004 yg lampau,tapi kejadian 10 tahun yg lps x la mengganas seperti tahun ni.bnjir kali ni mmg 100% melibatkan kaw yg x pnah banjir.mau x nya, bangunan tingkat 4 pun penuh dgn air.menggila betul bah kali ni.kelantan mula trrputus hbgn dgn dunia luar, trengganu plak mangsa banjir kian betambah.pahang makin x cukup tmpat pemindahan.perak plak, x penah2 tenggelam tpi tahun ni mmg sejarah tercipta.suma pintu empangan dibuka kerna x mampu lg menakung air.bila kiri knn depan blkg empangn dibuka air akn mula mengalir menenggelamkan kaw2 sekeliling.allahuakbar.umah aku pjn x terkecuali.klu empangan bukit merah tu dilepaskan alamatnya umh aku kat bagan serai tu mmg menanti kunjungan 'tetamu' ja la jwbnya.ini ujian sebenarnya dan ini juga amaran halus dari sang pencipta.manusia kini makin hanyut, makin tenggelam dgn permainan dunia.nahhh allah turun kan banjir bsr untuk sama2 menikmati tenggelam dan hanyutnya manusia.moga kita sedar bahawa kiamat makin dekat.pelbagai tanda telah diberikan, pelbagai signal telah dibunyikan.pelbagai amaran juga telah dikeluarkan namun kita masih alpa.ayuh la manusia semua, kita seiringkan lgkh kita ke satu arah.melangkah lah kita ke arah yg lebih mulia pd pndgn allah, biarpun hina di mata mnusia, namun kita x jijik di hadapan allah kelak
Ya allah, ku mohon..jgn kau zahirkan mimpi ku untuk kali ini.jika sebelum ini aku redha menerima takdir melalui mimpi yang direalitikan, namun kali ini biarlah mimpi itu hanya sekadar mimpi.bknlah ianya edisi mimpi untuk direncanakan di dalam perjalanan hidupku.aku lmh ya allah.aku x kuat menempuh percaturan yg tlh engkau titipkan padaku.disaat perpisahan dua alam dgn mak, adik, abah dan abg aku terima seadanya takdir kerna aku telah pun bersedia awal melalui petanda mimpi.dan mimpi2 lalu yg lampau ternyata bkn ilusi, mimpi itu benar2 muncul di alam realiti.ya allah, kau sempurnakanlah akal, iman, sifat dan kesihatan ank4 ku dan kami sekeluarga.kau peliharakanlah keselamatan dan nafas2 ank4 ku ya allah hanya padamu aku bermohon kerna kau lah pemegang dan pencatur panji alam semesta.seandainya doa ku hanya sekadar harapan tiggal harapan, aku yakin ada hikmah menanti di persimpangan haluan hidupku. Allah yg maha mendengar lagi maha mengasihani, jgn kau pisahkan kami dgn dunia kekal mu.walaupun kusedar satu hari nnt kematia  bakal menjemput jua tp kumohon jgnlah pisahkan kami ketika ini.aku x mampu ya allah.

24 December 2014


Salah kita kerana kita masih mencari isteri yang cantik bukan kecantikan isteri!”

”Dalam makna kata-kata kau tu…”

”Tak juga. Sepatutnya, pada usia-usia begini fokus kita lebih kepada kecantikan isteri… Di mana kecantikan sejati mereka selama ini.”

”Pada aku tak susah. Pada hati mereka. Pada jasa dan budi yang selama ini dicurahkan untuk kita demi membina sebuah keluarga.”

”Ya, jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik.

Mendalam kata-kata insan ini, pada aku 50-50 ja kot lelaki yang mcm ni, mungkin lebih atau kurang itu aku x pasti tapi itulah hakikatnya. Lelaki sekarang ni terlalu pentingkan kecantikan, tp kalau cantik luar dalam itu lagi bagus la kan. Dan pompuan plak kalau rasa x cantik terus hilang keyakinan diri, suma yang dia buat rasa x confident sbb apa? Sbb x cantik.. bila apa pun yang dia buat suma org x pandang, suma org x heran n x peduli dgn dia..ya la sbb xcantik kan.tgk industry seni di tanah air kita ni, muka cantik terus lamar blakon filem..last2 kayu n kaku, dah kena hentam tubi2.sian, tp ada jugak yang ada rupa, bakat pun ada.. bila dilamar belakon filem , x yah kata belakon filem la, cukup la setakap belakon iklan pendek , x pun iklan berus gigi kompom laku dan dpt pujian ramai. Dari situ dia bertapak dan mulakan langkah, mula membina satu tahap ke tahap

Balik pada topic mula2 tadi, aku pun pompuan, aku pun rasa kerendahan diri bila dibanding kan dgn org2 yang cantik, Cuma satu ja prinsip aku, kita adalah apa adanya, mcm na pun kita, apa pun kita dan siapa pun kita, masing2 punya kelebihan. X suma yang sempurna. Apa yg kita lihat tentang kesempurnaan org lain, igt lah bahawa mereka juga seperti kita, tidak sesempurna mana

So jgn risau wahai puan Normie dan wanita wanita lain di luar sana ygberasa  x berapa nk cantik tu, sebenarnya kita cantik.. namun kecantikan kita adalah kecantikan yang tersembunyi.

19 December 2014

19 DISEMBER 2014....emmmmm ujg tahun lagi nmpk gayanya...satu per satu benda yang datang, kdg2 aku lepaskan diri, kadang2 x sempat lepaskan diri sampai termakan diri..emm ujian dalam hidup kan..tik tok tik tok tik tok kakak dah nak masuk tadika untuk umo 4 tahun, along plak nak masuk 6 tahun.along menten pra n tahfiz mcm tahun ni jugak la..tapi............ tapi............. tapi bebanan kewangan dari segi yuran memang x tertanggung la rasanya..jumlah yuran pra, tahfiz along n tadika kakak mencecah melebihi RM 1,600.00. kalah orang nak masuk university plak aku  rasa kan. itu baru yuran tau, x temasuk lagi dgn beg, kasut bagai....kakak tu demanding sikit, nk beg roda la, nak jam pink la, nak jam dora the explorer la bagaiiii..ayakkkkkkk serabu kepala kalau piker ke duit ni. tp td baca dlm paper ada ura2 elaun perumahan akan dikaji semula dan mudah mudahan akan ada pelarasan dan peningakatan dari sebelum ini aminnn..tapi pecaya la aku cakap, hari ni kerajaan umum elaun perumahan naik, esok kompom roti canai naik harga, nasi lemaka naik harga, masuk jamban pun dari dua kupang terus jadi lima kupang.


emm azam tahun 2015, nk bawa anak2 g becuti..harap2 tetunai la impian aku ni. sian ank2 asik Tanya ja. bkn sbb nk ikut sgt cakap n demanding yg ank2 buat tapi sekali sekala apa salahnya kan, untuk erat kan hubungan dlm keluarga dan silaturrahim pun semakin meningkat. dan kalau betul la elaun perumahan mmg naik, jadi.....mmg kompom la aku akn bw ank2 pegi becuti yehaaaaaaa

09 December 2014

Dlm mengimbau kngn smlm, kurenung satu persatu potret nya. Dalam melupakan hiba smlm, kulepaskan satu persatu memori di ingatan.ingin ku dakap bahagia, jgn lah kau lari lagi.usah jauhi aku.tiada apa yg tinggal untuk menemani, sekadar secebis senyuman pahit.pahit untuk ku ukir.dlm kepahitan, manisnya tetap ada.ku bancuh minuman kehidupan, campuran manis dan pahit agar seiring.moga mampu dijamah ketika aku terjatuh dan berehat dlm mengejar bahagia.ada kala terasa letih dan lemah mengejar sesuatu yg x kan pernah  tercipta dan ditakdirkan untuk ku.aku perlukan ruang untuk bersendirian, perlukan waktu untuk perbaiki diri.ku mahukan kesempatan semula untuk mengulang memori manis masa lalu.tuhan, hadirkan insan2 yang sentiasa kurindu.hadirkan mereka di laman mimpiku.lakon kan mereka di setiap babak lakonan mimpiku.pancarkan  padaku sinaran wajah mereka agar ia mampu menemani tidur-tidur ku
Musim dmm batuk selsema kembali lg...nahhh amik kau, 4-4 kna serbu..mula2 aku la pembuka bicara virus ni, then baru virus ni beterabur pegi ke anak4.dlm 4-4 tu kakak la plg hbt klu batuk.batuk sungguh2 bkn main2 dah.sungguh2 punya batuk.ya la mna ada batuk main2 kn.along hani n alan ok lg klu batuk, klu bahasa buku cakap 'agak sopan'..mai tang kakak ni mmg x thn la, speaker dia batuk tu mengalahkan alarm keta.makkk aiiii..wktu mlm ja, suma dh tdo lena tetiba kakak batuk, nahhh tejaga la si adlan..tdo plak, emmm batuk lagi.maka terjaga lah lg adln buat kesekian kalinya.aku ni kna standby ja la, urut2 mna yg ptut, sapu myk ke dada dia.dan situasi ni mengingatkan aku pada kisah aku dedulu.masa aku x igt umo bopa tahun tp masa tu kami tinggal di kodiang.pd satu mlm, tgh org khusyuk tdo, aku ni mmg x leh lena sbb asik baaatukk baatukkk keng keng keng.kjp2 batuk kejap2 dan masa tu mmg x harapkan sesiapa tlg sbb tdo bilik asing2.just harap batuk benti cpt ja sbb nk smbung tdo, esok skolah huhuu.pulun batuk sampai tekencing2 la.at last,sdg batuk tetiba arwah mak datang, dia buka pintu kelambu, dia  urut blkg aku, suruh aku bukakan mulut sbb mak dah standby dgn sudu yg penuh dgn ubt batuk cap ibu dan anak.aku telan ja ubt tu asalkan batuk ilang.masa tu mmg x pikir psl mak, x pikir tntg batuk aku yg ganggu tido dia, x pikir psl dia bgun tgh2 mlm n carikan ubt batuk.suma tu x pikir tp situasi tu aku sentiasa kng n pht dlm benak pikiran.sampai la aku dari ank sorang, jd dua, then 3 n last ank 4, aku mula tepikirkan perasaan sorang ibu.nk kan ank nya sentiasa sht, pastu dtg belai n urut2 dgn pnuh hrpn supaya sakit cpt ilg.walaupun batuk adalah sakit biasa tp belaian ibu sgt  mujarab hingga mampu terpahat di igtn seorang ank.hingga kini aku masih ternmpk2 riak muka n gaya arwah mak sewaktu dia menyuapkan ubt batuk dgn penuh ikhlas dan harapan.esok pg bila bangun tdo mak lgsg x bertanya n x ungkit kejadian smlm, mgkn mak nk aku pikir ianya seolah2 mimpi knk2 rebina mcm aku hihiii
Allah kata semua yg hidup akn mati, semua yg bernafas akan menemui jln 'pulang'. Allah x kata yg tua akn mati, allah x ckp yg uzur akan mati.allah pun x ckp yg duduk d ICU akan mati.allah cakap yg hiiiiiiidupppp akn mati.x kira usia, di mana dan bila sumanya akan mati, manusia, haiwan, pokok2 suma nya ada riwayat yg tersendiri.jgn kita angkuh menilai titik noktah hidup seseorang.beramal lah, beribadat lah, berhijrah lah semampu boleh.aku pun bukan kaki ibadah, bkn teman masjid, bukan juga rakan sejadah di hening2 pagi.sekadar mencukup kan solat lima waktu.di laman sunyi ni ja aku mampu memberi nasihat kpd diri sendiri dan untuk org lain.kalau mampu buat alhamdulillah, pada yg belum mampu mcm aku ni usaha lah ke arah yg lebih 'benar'..bkn x buat ibadat lgsg, tp sekadar kais pagi mkn pagi, kais ptg mkn ptg...klu x kais x mkn la kan .teringin nk berubah, teringin nk jd lebih dkt dgn allah tp hati ini hitam pekat sgt..ssh nk berubah..hitam pkt pun tidaklah sampi aku berbuat mungkar.nauzubillah..seksanya aku bila ssh nk menjaga percakapan, tajam nya lidah aku ni bisa membunuh perasaan insan lain.jenis yg ckp dulu fikir kemudian mmg jd habit aku.kdg2 aku minta maaf, kdg2 terlalu takut nk bersemuka dan mohon kemaafan.

Kdg rasa seolah2 nak menyelam. nak menyelami ke dasar hati2 insan diluar sana.nak tahu kebenaran ttg kita, apa yang org rsa ttg kita, apa yg org jelik ttg kita.klu sekadar ditanya mungkin mulut boleh menipu dan menidakkan kenyataan.bila mata bertentang mata, manusia bisa menidakkan apa yg diiyakan.dan boleh jd mengiyakan apa yg sepatutnya ditidakkan.mgkn sbb nk jg hati dan perasaan kita.ahhhh  x nak tahu itu semua, cuma yg nak tahu macammana nak selami stp keping2 dan bongkah2 hati yg lmbut,keras, pdt dan jitu.nak kenali diri sendiri melalui hati org lain.aku nk sgt tau sbb aku x la sebaik mana, apatah lagi nak sempurna di mata manusia.tp kdg2 bla dah tau kbnrn ttg diri, takut x boleh terima hakikat plak, bahkan menidakkan kenyataan.rasa kesal plak sbb amik port dlm bnda remeh ni kan.sbnrnya ni bkn bnda remeh tau, mgkn ni slh satu cara tuk motivasi diri.apa yg kurang kita tambah, apa yg baik kita majukan.apa yg pahit kita maniskan.apa yg pns kita sejukkan.kita sejukkan hati2 yg pns dan 'berpeluh' dgn kita.ada ker yg berpeluh dgn kita,of coz la ada yunk oiii.nak nak plak org yg mcm aku ni, laser x betempat.akai seminit.dah terlaser baru nk pikir 'eh ehhhh lasernya aku tadi'..dahtu mula la nak meroyan sorang2 sbb resah gelisah sbb dah sakitkan hati insan lain.diruangan maya ni aku dgn rambang dan rawak nya nk mohon ampun ats khilaf bicara, ada yg mkn ati,ada yg luruh jantung sbb aku..minta mahappp ya kengkawan..(pdhl x da org baca pun entry aku aku, perasan glemer tu harus lah ada baq hanggg).tp btul la org ckp,kerna mulut bdn binasa.igtn tuk diri sendri, jg2 dan rawati lidah kita kerna ia bisa mencengkam kita di esok hari..

04 December 2014

Menatap keindahan alam dan seluruh kejadian alam, nikmat dan betapa agungnya kejadian.maha besar maha kaya sang pencipta.ku renung awan awan yang berarak, gumpalan awan itu seakan sedang menanti khabar pilu.ku renung ke rerumput kecil nan menghijau, juga seakan2 menghitung resah pengakhiran alam.yaaa dunia makin tua, dunia makin uzur.uzur dalam menanggung seksa pedih setiap perbuatan rakus manusia.tangan2 besi menggarap hasil bumi, meruntuhkan gunung, meratakan bukit, menampung lompang2 sungai demi suatu pembangunan.tgn2 manusia pula ligat berbuat dosa menambahkan ruang tempat si neraka.maksiat ada di sana,disini pula ada kejahatan dan kekejaman.buli dan bunuh  perkara biasa,rompak dan  ragut juga biasa, rasuah dan hilang integriti perkara biasa, tapi....dunia aman walaupun satu hari itu sgt luar biasa.ya dunia di akhir zaman, zaman yang telah tiba di penghujung.namun kita semua masih leka dek penangan dan suapan dari pengaruh satelit.apa yang dicapai itulah yang dibaca, itulah yang diikut.walaupun isinya penuh dgn pengaruh barat yang bisa menghentam dan menghancurkan.ada  stgh yg ckp 'tapi ok what, aku x kaco korang dan kuburkan masing2'...ok kalau dah itu konklusinya, teruskanlah kamu kamu kamu dan kamu dalam dgn keadaan yang lalai, disaat teguran satu ayat pun x mampu diterima, apatah lagi berhujah sejuzuk alquran, pasti mendatangkan amarah.ok, carry on dgn kelalaian, namun jgn di bring forward segala jahil sebagai warisan anak cucu, kerana hancurnya generasi kini maka musnahlah generasi depan.ayuh lah kita bina legasi kejayaan akhlak dan agama sebagaimana gemilangnya tamadun islam satu tika dahulu.kita telah berjaya diselaputi dgn pndgn barat, ingin merujuk akta islam dan kehakiman, perlu merujuk barat.mahu menentang kekejaman, perlu melihat barat terlebih dahulu.barat ibarat barut, diam mengikat namun mencengkam sehingga hilang daya.satu persatu kita dijajah, hilang maruah sebuah negara islam.masih ada yg berkata ' dunia kan sdg menanti belah'..

03 December 2014

minggu lepas mak mentua masuk hospital, icu taiping sbb komplikasi buah pinggang..bila dah stabil, mak dipindahkan ke wad biasa. tika dan masa ni lah yang aku tunggu, keadaan yg sesuai untuk aku tebus dosa pada arwah mak kandung. dosa ka? bukan dosa tp ada sesuatu perasaan ralat yang mencengkam pada sudut ati yang salu membuatkan aku rasa resah. tak tenang ja hidup padahal mak kandung dah 9 tahun pergi mengadap illahi. x perlu kot aku detail kan cerita apa yang aku dah buat pada mak, cuma nya, kali ni mak mentua masuk hosp, aku amik peluang ni untuk jaga mak kat hosp (padahal sehari ja pun, sebab kekangan anak4 kat umah nun haaa)


sebenarnya sebelum mak kandung meninggal dulu,arwah sempat admit ward di taiping lebih kurang dua minggu. dlm tempoh tu aku yg jaga n tunggu mak kat ward sebab kebetulan aku tgh jalani Latihan Industri kat area umah aku jugak la. dalam tempoh dua minggu tu ada sesuatu yang aku dah buat tapi masa tu zaman remaja belia, x rasa pun yang tu Sesuatu yang boleh mengecilkan hati org lain. Allah, beratnya aku nk cerita kan kat cini, biarlah aku , Allah dan arwah mak ja yang tau.


bila dpt jaga mak mentua kat hosp, ringan sikit beban aku ni, klu tidak asik nk fikir pasal ralat dan penyesalan ni ja..


dua minggu lepas terdengar ceramah sorang ustaz di intenet, nama ustaz x igt la plak. dia ckp ini kisah benar.moh aku cerita kat bawah ni moh baca mohhh..


ini pengakuan dari seorang lelaki yang telah berjaya di dalam hidup, berumo dalam lingkungan 50 an...


'ustaz, saya ni ada segalanya, umah, pangkat dan segalanya yg saya impikan semuanya tercapai, tapi saya ada masalah sikit dgn ank2, diorang langsung x boleh ditegur, x nk dengar cakap saya, bukan x hormat sya cuma nya diorang ni kurang mesra dgn saya, tapi saya selalu ja bagi duit gaji pada mak saya, makan minum mak saya pun saya tanggung, apa sebenarnya masalah saya ni yer ustaz'


ustaz tu pun bertanya ' abg abg pikir kan lah kembali apa yang abg telah buat pada mak abg, mungkin ada sesuatu 'salah' yang abg telah buat tanpa disedari namun kesalahan itu terpahat di hati ibu abg'


lelaki itu pun mula terpikir, terkenang segala apa yang telah berlaku. tetiba dia teringat kan satu kejadian semasa dia  remaja dulu, pernah dia menengking mak nya sebab koyakkan baju dia semasa membasuh baju, katanya ' mak mmg x guna la, udah lah mahal baju ni, nak dpat bukannya senang, mak plak senang2 ja koyakkan baju itu, mak mmg bodohlah, mak mmg x guna ' sambil dia meluru keluar dari umh kerana terlalu marah pada si ibu tua itu.


sejurus terkenang peristiwa tersebut, di saat itu juga, dia pulang ke kampong dan terus melutut di hadapan ibunya sambil meminta maaf. namun ibunya berkata ' di saat engkau mengherdik dan menghina ibu ketika baju kamu terkoyak satu tika dulu, dari saat itu lah, ibu haramkan air susu ibu, ibu tidak akan ampunkan kamu duhai anak selagi mana kamu tidak datang meminta maaf kerana hati ibu terlalu sedih dengan hinaan dan cacian dari seorang ank, anak...bukan org lain'


puas dia meminta maaf dan akhirnya hati ibu mana yang mampu menahan ego amarah melihat ank nya menagis teresak esak memohon keampunan, lantas si ibu pun memaafkan si anak tanpa sebarang 'beban' di hati


tidak lama kemudian, lelaki itu kembali bertemu dengan ustaz tersbut dan menceritakan perubahan demi perubahan yang berlaku di dalam hidupnya selepas beliau meminta ampun dari ibunya. katanya ank nya mula mesra dengan beliau, dah jarang2 keluar n melepak2 di luar, masa byk dihabis dgn melakukan aktiviti bersama2..alhamdulillah


nak cerita kat sini, berkat dan keredhaan dari ibu sangat lah penting, sekaya mana pun kita sehebat mana pun kita, jika hati tidak tenang, kembali lah pada ibu bapa memohon ampun andai ada khilaf.
mcm aku jugak, moga dgn ini dosa2 dgn arwah mak berkurang ..aminnn
Tuhan,
tenang kan hatiku setenang unggas berkicauan.berkicau riuh namun mereka tetap tenang.
kuat kan imanku  sekuat karang dilaut.walau badai memukul mereka tetap disitu.
hapuskan gelodak2 resah dipangkal hati.syak wasangka seakan menjadi penghuni tetap di lmn itu.
was2 seakan2 pula peneman setia.mgkn gelora badai semalam yang menjadikan aku begini.
badai yg memberi kesan hitam, sesaat pun tiada dilupakan.manakan pula seminit untuk dihapuskan dari ingatan.
tuhan, yakini aku dgn ketentuan ini.jadikan aku seorang hamba yg benar2 redha dan ikhlas dengan takdirmu.
tidak ingin ku salahkan takdir, kerana tanpa takdir ini tak mungkin aku disini.belajar dari kehampaan, berbekalkan kekecewaan, berlandaskan sedikit kebahagiaan maka jadi dan wujudlah aku yang kini..
syukur Allah kerna masih meminjam kan udara padaku untuk kuperbetulkan diri.
ingin ku berbakti pada insan yang masih memerlukan aku.
andai hari ini aku ditendang, kalau esok aku dibuang, aku pasrah kerana aku telah mengenal erti hidup melalui episod lalu.
x ingin ku ulangi episod kedua kerana ia cukup menyakitkan.memikirkan pun sudah cukup memuak kan, apatah lagi melaluinya sebagai kenyataan.
tuhan, kuatkan aku, kental kan aku, yakini ku, pasrahkan aku dalam setiap langkah menuju pengakhiran hidupku.
kaulah sebaik baik perancang.
Dlm setiap sujud ku mohon diampuni segala khilaf.
moga terampun dosa2.hanya sekadar manusia biasa,manakan mampu tuk ku mengelak dr kesalahan.dosa ku pd mu ya allah terlalu menggunung.dicedok saban hari pun mana mungkin mampu meratakan dosa.


tiba2 teringat satu kisah ( kebetulan terdengar dr ceramah kat mana tah).ustaz si penceramah ni menceritakan ada seorang shbt nabi gemar sedekahkan baju dan pakaian pd golongan yg kurang berkemampuan.tapi stp kali sahabat nabi sdkhkan baju dan pakaian2 itu, setiap kali itulah penerima pakàian itu pulang kan kembali semua pakaian yg diterima.bkn sekali dua malah berkali2 penerima itu memulangkan baju tersbut.isteri sahabat cuba berfikiran positif  dgn beranggapan bahawa baju tersebut mungkin tak bersesuaian dan mungkin kurang selesa bila di pakai.lebih baik dikembali kan supaya dapat diberikan kepada golongan yang lebih sesuai. namun sahabat tidak seperti isterinya.stp kali beliau menerima kembali bungkusan pakaian tersebut stp kali itulah beliau menangis.bila disoal oleh isteri sahabat lantas beliau mnjawab ' aku takut kiranya amalan2 ku slama ini jugak tidak diterima tuhan sebagaimana seperti baju2 tersebut.aku cuba beramal namun bagaimanakah jika sgala amalanku ditolak mentah2 oleh Allah..