BONDA

BONDA

03 December 2014

minggu lepas mak mentua masuk hospital, icu taiping sbb komplikasi buah pinggang..bila dah stabil, mak dipindahkan ke wad biasa. tika dan masa ni lah yang aku tunggu, keadaan yg sesuai untuk aku tebus dosa pada arwah mak kandung. dosa ka? bukan dosa tp ada sesuatu perasaan ralat yang mencengkam pada sudut ati yang salu membuatkan aku rasa resah. tak tenang ja hidup padahal mak kandung dah 9 tahun pergi mengadap illahi. x perlu kot aku detail kan cerita apa yang aku dah buat pada mak, cuma nya, kali ni mak mentua masuk hosp, aku amik peluang ni untuk jaga mak kat hosp (padahal sehari ja pun, sebab kekangan anak4 kat umah nun haaa)


sebenarnya sebelum mak kandung meninggal dulu,arwah sempat admit ward di taiping lebih kurang dua minggu. dlm tempoh tu aku yg jaga n tunggu mak kat ward sebab kebetulan aku tgh jalani Latihan Industri kat area umah aku jugak la. dalam tempoh dua minggu tu ada sesuatu yang aku dah buat tapi masa tu zaman remaja belia, x rasa pun yang tu Sesuatu yang boleh mengecilkan hati org lain. Allah, beratnya aku nk cerita kan kat cini, biarlah aku , Allah dan arwah mak ja yang tau.


bila dpt jaga mak mentua kat hosp, ringan sikit beban aku ni, klu tidak asik nk fikir pasal ralat dan penyesalan ni ja..


dua minggu lepas terdengar ceramah sorang ustaz di intenet, nama ustaz x igt la plak. dia ckp ini kisah benar.moh aku cerita kat bawah ni moh baca mohhh..


ini pengakuan dari seorang lelaki yang telah berjaya di dalam hidup, berumo dalam lingkungan 50 an...


'ustaz, saya ni ada segalanya, umah, pangkat dan segalanya yg saya impikan semuanya tercapai, tapi saya ada masalah sikit dgn ank2, diorang langsung x boleh ditegur, x nk dengar cakap saya, bukan x hormat sya cuma nya diorang ni kurang mesra dgn saya, tapi saya selalu ja bagi duit gaji pada mak saya, makan minum mak saya pun saya tanggung, apa sebenarnya masalah saya ni yer ustaz'


ustaz tu pun bertanya ' abg abg pikir kan lah kembali apa yang abg telah buat pada mak abg, mungkin ada sesuatu 'salah' yang abg telah buat tanpa disedari namun kesalahan itu terpahat di hati ibu abg'


lelaki itu pun mula terpikir, terkenang segala apa yang telah berlaku. tetiba dia teringat kan satu kejadian semasa dia  remaja dulu, pernah dia menengking mak nya sebab koyakkan baju dia semasa membasuh baju, katanya ' mak mmg x guna la, udah lah mahal baju ni, nak dpat bukannya senang, mak plak senang2 ja koyakkan baju itu, mak mmg bodohlah, mak mmg x guna ' sambil dia meluru keluar dari umh kerana terlalu marah pada si ibu tua itu.


sejurus terkenang peristiwa tersebut, di saat itu juga, dia pulang ke kampong dan terus melutut di hadapan ibunya sambil meminta maaf. namun ibunya berkata ' di saat engkau mengherdik dan menghina ibu ketika baju kamu terkoyak satu tika dulu, dari saat itu lah, ibu haramkan air susu ibu, ibu tidak akan ampunkan kamu duhai anak selagi mana kamu tidak datang meminta maaf kerana hati ibu terlalu sedih dengan hinaan dan cacian dari seorang ank, anak...bukan org lain'


puas dia meminta maaf dan akhirnya hati ibu mana yang mampu menahan ego amarah melihat ank nya menagis teresak esak memohon keampunan, lantas si ibu pun memaafkan si anak tanpa sebarang 'beban' di hati


tidak lama kemudian, lelaki itu kembali bertemu dengan ustaz tersbut dan menceritakan perubahan demi perubahan yang berlaku di dalam hidupnya selepas beliau meminta ampun dari ibunya. katanya ank nya mula mesra dengan beliau, dah jarang2 keluar n melepak2 di luar, masa byk dihabis dgn melakukan aktiviti bersama2..alhamdulillah


nak cerita kat sini, berkat dan keredhaan dari ibu sangat lah penting, sekaya mana pun kita sehebat mana pun kita, jika hati tidak tenang, kembali lah pada ibu bapa memohon ampun andai ada khilaf.
mcm aku jugak, moga dgn ini dosa2 dgn arwah mak berkurang ..aminnn

No comments: