BONDA

BONDA

22 October 2015

jerebu ooo jerebu..ehhhe ecely spelling dia camna arr..jerebu @ jurubu? aku pun x pasti sbb dr kecik dok sebut jerebu jerebu ..so terbawak2 sampai ke besar (bkn bsr aku rasa, tua perkataan yg plg sesuai kot heheh)
saban tahun jerebu pasti melanda Malaysia, sbb apa sbb pembakaran utan secara terbuka di Indonesia.. saman la mcm mana pun, indon tetap buat open burning tuh jugak..di kipas2 nya asap tu , kuat nya ya ampunn sampai  boleh sampai ke mesia. Singapore x terkecuali dan berita yng sempat aku baca, (x igt news paper date bila) katanya Singapore dah sekat kemasukan import hasil2 kayu dari indon, mgkn sbb takut kayu kayan tu x berkualiti @ saja nk protes. ya la, bila jerebu melanda, mmg susah sungguh. xtvt tu tangguh, xtvt ni tangguh, sekolah tutup. nak nak plak skrg ni ujg tahun, exam suma sekolah sedang berjalan..kalau exam ujg tahun tu ok lagi, ini klau yang melibatkan exam besar mcm sTPM dan SPM, mmg ssh la sbb dia dah kacau semangat dan emosi calon2.


dan disebalik kita merungut tentang jerebu, sebenarnya ia nya petanda dari ALLAH jugak. minta kita buka balik Al-Quran..apa yang tercatat dalam Al-Quran mmg benar2 terjadi

21 October 2015


Dalam berkira-kira tentang pembentangan bajet oleh PM x lama lagi, harap2 la ada satu berita yang menarik..dan dalam dok tunggu bulan 11 sbb ada unjuran dan kenaikan elaun perumahan, tetiba plak mesin basuh aku rosak. Biasa la beli mesin yg brand biasa2 ja. Amik hat tu sbb pulun nak yang 11kg tp manual la.11kg mmg muat2 untuk toto dan comforter.maklumla aku ni ada ank2 yang saban malam kencing malam..kalau x kencing malam tu rasanya mmg nk kemarau rasanya hehhe..mesin tu pun sempat la berkhidmat dan dok merasa belaian tgn aku selama 5 tahun, beli mesin tu pun masa dapat bonus ujung tahun 2010 jugak, dan kali ni bila nk dkt ujg tahun 2015( x tau la bonus ada ka x tahun ni) mesin tu kembali pada pencipta hehhehehe.kira tub tab tub tab 5 tahun jugak la dia menginap di rumah aku .so hubby tgh gigih berusaha pg ni tgk samada boleh reper ke x boleh reper, kalau x boleh kita beli baru maaa…tp ecely mesin tu ok lagi d bhgn washing tu, yg rosaknya spinning tu ja…ok la jugak,at least x yah basuh tgn kan , tp lambat la nk kering..kalau yang washing tu rosak pun payah jugak, kena basuh tgn pastu masuk ja dlm spinning machine tu..mana satu yg aku nk ni sebenarnya..hehhe

Orang pompuan ni kan,bagi  yang dah berkeluarga, dah byk komitment ni..byk benda yg kami risau..nak tau apa dia?

1)kalau bekalan air terputus..

Nak basuh ‘kencing veraaa’ pun x boleh, nak nak plak anak ramai, pastu nak masak lagi, kalau air tu cukup untuk masak nasi basuh beras pun dah kira ok. Sbb lauk pauk boleh beli (tp takut kedai pun byk tutup sebab bekalan air terputus) Pastu lps makan nak basuh pinggan plak adoii pening kepala kalau air x da

2)kalau bekalan letrik terputus

Sbb dah biasa guna mesin letrik, adooiii x sangup rasanya nk basuh baju guna tgn, nk sental2 bagai, kompom sakit belakang 4 mlm tido sambil duduk rasanya hahha..pastu buat plak dah lama x masak nasi guna dapur gas, mau nya ketaq lutut nk tanak nasi guna periuk biasa..silap ari bulan, nasi tu jd abu, rentung hangus legam dan warna@ yang seangkatan dengannya

3) kalau mesin tu sendri yang rosak ( ni kira mcm kes aku yg atas sekali tuh la)

Bayangkan kalau iron, periuk karan, mesin basuh @ tv yg rosak..kompom ssh ati kan..tv tu letak last sekali la sbb bknnya tgk 24 jam pun..khas untuk ank2 ja. Cumanya kalau tv rosak, depa dah x da xtvt yang nk dibuat, sah2 la depa kaco kita @ ajak kita keluar..kalau keluar satu hal plak kena spare duit dalam tgn.kita kan dlmproses berjimat cermat sjk ada GST ni kan kan kan

20 October 2015

pemergian adik firdaus baru2 ini sangat terkesan...


kalau tuan puan dan kalian masih igt, kejadian tahun lepas telah menggemparkan Negara dengan kes pengabaian kanak2 yang pada aku sgt lah kejam. dalam ati pikir 'ishhhh ada jugak kes mcm ni' tp x pa lah yang berlalu biarlah berlalu. dan kini adik firdaus pun dah tenang di alam sana. alam yang menjanjikan syurga padanya. walaupun dia dilahirkan istimewa tapi aku harapkan dia telah ampun kan dosa2 dan kesilapan2 insan lain sebelum dia hembuskan nafas terakhir. mungkin kesilapan secara direct atau pun tidak. dia insan istimewa, mungkin kerap kali menaikkan amarah dan mencabar kesabaran sesiapa saja yang mendekati. sesiapa sahaja yang tidak mampu menahan sabar dengan karenah walaupun mereka tahu dia hanyalah insan istimewa. tidak mampu dan tidak berdaya seperti orang lain.. adoii sedihnya sbb terbayang2 lagi wajah adik firdaus. aku x knl dia pun sebenarnya, dan dia plak lg lg lg la x knl aku kan...hehheh


kisah adik firdaus dah berakhir, maka aku harapkan biarlah ini adalah kisah kekejaman terakhir yang berlaku dalam Negara kita. biarlah rentetan kisah ini mampu sedikit sebanyak membuka mata kita semua. sayang anak2 kita walopun ada kekurangan padanya dan apa yang kita anggap baik baik sahaja di luar sana belum tentu menjamin kebahgiaan. mksd aku, kalau kita rasa org2 diluar sana bahagia, belum tentu ianya benar. mgkn ada derita di sebalik kebahagiaan, ada duri dan sembilu di sebalik kesempurnaan. ada duka yang diselindungkan. macam kes ni, kalau kita tgk wajah mak kepada adik firdaus ni, kita nampak tenang tp kita x tau apa gelodak di dalam jiwa dan hati dia..mungkin bahagia, mungkin derita yang penuh dengan keterpaksaan.akhir kata, alfatihah pada adik firdaus dan pada ibu kepada firdaus, moga kisah ini menjadi teladan pada anda, moga kisah ini mampu menyedarkan kita semua bahawa kanak2 istimewa juga punya hak..bukan setakat untuk dilindungi dan di kasihi namun cukup sekadar diberi perhatian walopun secebis waktu.







dah lama rasanya x update apa2 cerita kat sini, mungkin terlupa sbb agak sibuk jugak la (jugakkk hokeyy), cerita untuk diceritakan sbg penceritaan tu saban hari ada cuma x sempat nak karang, x sempat nak olah balik, nk satu kan ayat2 untuk menjadi satu karangan
okey la, sepanjang beberapa bulan aku menyepi ni sbnrnya byk topic nk di keudarakan tp biasa la, aku amik balik alasan kat atas nu haa, SIBUK..


pejam celik pejam celik dah nk ujung tahun dah, rasanya mcm baru ja melangkah ke tahun baru 2015. dan apa yang membuktikan lagi yg tahun ni mmg dah betul2 diujung tahun ialah fasa2 sambutan kelahiran keluarga aku telah abih..sebab sambutan hari lahir kami semua pada bulan feb mac april mei julai dan oktober..of coz la oktober tu aku kan..maka tamatlah sudah episode sambutan hari lahir kami pada tahun ni, bila aku jadi org terakhir yang sambut besday, maka mmg benarlah ianya di ujung tahun. tetiba teringat lagu 'tragedi oktober 'plak heheh


dan sekolah rendah serta KAFA adli pun dah daftar untuk tahun dpn. tahun depan rutin berubah la plak, dah x macam tahun ni, ekonomi pun berubah sbb ank masuk darjah 1.duit harian nak kena bagi.tp rezeki ada di mana mana kan (baru darjah 1 noo, padahal kawen dah lama rasanya). pastu plak tahun depan hani daftar masuk tadika. plus plus suma ank 3 org yg akan sekolah (hani walopun tadika swasta, aku nak jugak tittle sekolah tu sbb nk bg nmpk hani tu dah besar) hehhehe


apapun aku bersyukur atas kurniaan dan pemberian dari Allah, apa yang kita mohon dan hajatkan pada Allah, mana yang belum dapat tu, yakinlah bahawa belum tiba masanya dan juga mungkin itu bukan lah yang terbaik bagi kita. ada sesuatu yang lebih menarik dan besar ganjarannya yang menanti kita di hadapan sana.tapi apa, bila dan kat mana?? haaaa yang tu kena lah sabar, terus kan berdoa, memohon pada  ALLAH agar setiap urusan, rezeki dan setiap langkah perjalanan kita dipermudahkan senantiasa.. aminnn ya Rabb


emmm 30  tahun dah umo aku ni, tp x penah ada yg ckp aku ni umo 30..suma cakap aku ni umo 40..apa apa ja la tuan dan puan puan sekelian, janji tuan epi dan still nmpk saya dan masih mampu menilai umo saya, kerana selagi anda mampu menilai umo saya selagi itu saya sedar yang mati dan ajal sentiasa dekat dan bila bila bila masa bakal menjemput kita. expressi  umo bukan masalah, apa yg jadi permasalahan sekarang ini ialah HATI..hati kita ni mampu ke menghala dan menjurus ke arah yg  satu.ikhlas ke dgn pegangan dan takdir idup.adakah hati kita berbolak balik, adakah hati kita seringan lalang, adakah hari kita sekukuh tembok..semua tu tepuk dada Tanya hati dan soal pada iman..

28 July 2015

sedih....nk senyum pun berbelah bagi..rasa mcm ada ja benda x kena.rasa mcm every one still put that blame on me.chewahhhh omputih plak yerr..besalah ke aku aku.aku diperlukan untuk menyempurnakan "sesuatu" yg mna "sesuatu" itu belum tentu membuat kan aku dipandang.hanya setakat untuk menaikkan nama org lain,apalah ertinya sgt kan..dan bila aku tidak mampu untuk menyumbang sesuatu kepada "sesuatu" tersebut, maka ia menjadi bahan dan bualan kritikan.redha nomek redha....emmm ssh kita nk jd org lain, dan org lain pun ssh nk jd kita sbb masing2 diciptakan dgn variasi.sorang otak senget, sorang otak senteng sorang kpla angin sorang kpla batu, ada jugak yg xtau apa,ada yg telebih tau, ada yg buat pandai padahal kalau mmg x tau sepatah hrm pun...emmm hari ni,kreadibiliti aku diperkotak katikkan lg sekali..suma slh di pihak aku ..pihak sana ja yg betul.pndgn aku plak, pihak aku yg right dan pihak sana yg wrong...buat la apa pun janji bahagia.kebahagian mutlak dan hakiki bkn dtg dr org lain.ia bermula dgn diri sendiri.capik kita, maka capiklah hidup.goyang kita, goyanglah pegangan.sigkat akal, singkat lah peluang.
kdg2 ada org nk tunjuk hero..ada org nk tunjuk hebat, x selidik tp terus terjah..emmm suma yg buruk asal dr aku...pasrah nomek pasrah....nak tau x on what reason im trying tu voice out kat sini..sbb dgn ada nya insan2 yg x memahami...asik nk cari salahhh silapp ja.awal2 aku nk ckp, slh dan silap aku ni x usah nak ssh ssh cari..sbb x sempat nk cari pun mmg dah timbul dpn mata.oleh itu, saya bg pihak yg kerdil, insan berdosa ini menghulur salam kemaafan andai ada terkasar bahasa (elok la blog ni pun nama khilaf bicara kan kan kan), terlanjur bicara.mohon ribuan ampun.saya hanya lah saya, tidak mampu menjadi org lain bg menyempurnakan sesuatu agenda awak awak dan awak di luar sana

23 July 2015


Frustttttt frust bila nama x disenaraikan dlm senarai pemenang contest anjuran company XXXXXXXXXX..emm mungkin x da rezeki la kot kan, tp aku cuba hantar sebanyak mungkin penyertaan dgn harapan ada la yg sangkut kan. Tp bila tgk list nama pemenang, huahuahuahuah sadis tul la,x pa ada hikmah suma ni. X da rezeki kat sini, ada rezeki dlm bentuk lain plak kan. Kena pikiaq positip..positip nomekkk positippp..bkn rezeki aku tp rezeki org lain, mungkin bkn hari aku tp hari org lain, mgkn bukan bahagian aku tp bahagian org lain. YA ALLAh, permudahkan lah urusan seharianku, murahkan lah rezeki ku, lapangkan lah  lorong perjalananku, tetapkanlah imanku, kentalkan jiwa ku. Rezeki ank4 yang telah kau kurniakan pada ku itu juga telah cukup sebenarnya..so nomekkkk jangan tamakkk arrr.. join contest boleh tp jgn mengharap sgt la sbb kat mesia ni bkn ko sorang yang tinggal, berjuta2 org tau x…so bejuta2 dozen contest yang masuk tau…benda ni kdg2 nasib, sbb penganjur bukan baca semua pun, kdg2 buka secara random ja…tawakkal ja la nooo..tuh la org dok pesan, jgn terbang tinggi sgt, nnt jatuh sakit tu yg belebih2
Ok, aku nk muhasabah diri, sedih sbb x mng tp ada hikmah suma ni….insyaallah..
serius, aku memang totally 100% x perlukan insan2 yg  "berdua" hati.sakit..mmg sakit.sdg kan tonton derama arahan rosyam noor pasal mendua mentiga ni pun ati dah sesak.apatah lg tgk filem hindi berdurasi 2jam.nak nak plak highlight psl biwi no 1 biwi no 2..ahhh mmg sakit la kan....mmg la syurga d bwh tpk kaki suami, tp agak2 la apa yg kita korban kan pd suami bebaloi ka x.klu setakat dia bg kota seposen dan kita bls dia dgn 1000 pastu dia minta plak payung emas, ini mmg jahanam namanya.betul la, kasih syg x diukur dgn harta.harta boleh di cari tp dgn harta dan kesenangan tu la org laki makin ligat.org laki diuji bila senang dan org pompuan diuji bila ssh..tp zmn kini byk isteri tinggalkan suami sbb sengkek dan suami tinggalkan isteri sbb harta.dua perkara yg berbeza tp yakin la bahawa ianya telah terjadi. elok2 bahagia, suami ada prempuan lain..ok x da mslh, boleh jln...tgh syok2 ky tiba2 jatuh miskin, isteri x thn nafsu bershoping, say bubbye to hubby...ok itu pun go to hell...1st impression aku pd suami, isteri itu sebaik2 amanah.selekoh mana pun dia pergi, kejarlah, ajarlah dgn jln yg betul.ini x, bila slack sikit, spoilt sikit mula dok nmpk new device.bnda boleh perbetulkan, amik masa , sabar sikit, siram dgn kasih syg lama2 isteri tu ok la jadinya.ecely entry ni aku x pasti nk ltk kan tajuk apa sbb aku frust dgn keadaan org zmn skrg.

Ni kisah benar la jugak yg aku nk kongsikan kat sini.
Ok, kisah ni bukan berniat nak buka pekung sapa2, selalu ayat dlm derama2 shila rusly, rosyam noor, sapa sapa ja la yang jadi pengarah drama2 ni mesti tulih mcm ni ‘kisah ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia’ kan..tapi rini aku nk share kisah betul niiii
Ok, tahun 2005 dedulu  aku masih study di poli kelantan tapi kena menjalani latihan praktikal. So aku pilih syarikat XXXXXX SDN BHD, dekat ja la dgn umh lagi pun staf2 kat situ suma abah aku knl dan diorang pun knl abah aku. Jadi x da benda nak risau la kan. Ada sorang staf ni, kami gelar dia sebagai ABE, bukan nama sebenar yerrr. Kdg2 klu abah nk belanja kami mkn, abah jemput la sekali abe sekeluarga ni tuk join.kdg2 kedai mkn yg specel sikit, kdg2 kedai mkn yg dekat2 ja…Abe ni jenis orang yang rempang (Bahasa kolompo ckp rempang ni mcm  tehegeh2, suka ngorat2, jenis out spoken, suka pancing2 pompuan tp dlm ati ada taman, baik orangnya). .disebabkan aku mmg LI di bawah unit abe ni, kalau turun ke mana2 site  pun byk la yg aku join.Aku perhati ja perangai abe ni. Jenis hu ha hu ha hu ha..mesra rakyat la org kata kan..tp dia ni dah kwen dan umo pun mgkn dlm 26@27 camtu la masa tu, masa tu bini dia tgh preggy ank sulong kalau x silap. Bila aku tgk dia suka pung pam pung pam dok cerita pasal awek tu awek ni, pompuan tu pompuan ni, aku beranikan diri jugak Tanya secara personel pada abe ni (kompom dia x berani marah punya sbb aku kan anak kawan dia  heheh)
Aku: abe, abe kan dah kawen kenapa still ngorat2 n ushar pompuan lain, x igt bini kat umh ke? X pun abe ni mmg jenis gatal (sambil senyum sbb terlaser kan)
Abe: ya la, abe ni mmg la suka test market, nk tgk laku lagi ke x, kalau laku Alhamdulillah, kalau x laku pun no hal sbb abe kan dah kawen
Aku: x rasa bersalah kat bini ka?
Abe: abe ni ngorat main2 ja, walopun cantik mcm na pun pompuan tu, dlm ati abe ni still ada muka bini tau…abe ni setia
Aku: ok kalau macam saya x perlu risau kalau nnt suami sy pun perangai mcm abe jugak sbb walopun gatal tp dlm ati still ada muka bini
Ok tamat perbualan..10 tahun dah berlalu sbb sekarang pun dah tahun 2015 kan..dan sampai sekarang…sampai sekarang aku masih pegang kata2 abe iaitu  ‘lelaki yang gatai x semestinya berniat nak kawen dua sbb dlm ati masih ada wajah isteri’ (walopun x semua lelaki mcm tu kan)
Tapii ….baru2 ni dalam 2-3 bulan lps aku kuar g pusat bandar nk beli barang2 dapur kot, aku terserempak dgn abe dan sorang perempuan yg tersangat lah cun. Nak tegur ke x nak , nak tegur ke x nak, jd serba salah sbb aku tgk muka bini dia lain 100% dari yg aku dok jumpa sebelum2 ni. So aku decide x nak tegur dan pakat2 shoping brg masing2

Dan pada ry ke 6 baru ni, aku masuk keja, on wasap2 tgk dpt mesej berantai grup mana tah pasal kemalangan maut.. ada la pic abe tgh bergambar dlm utan elok ja kan. Ehhh aku rasa mcm knl la mamat ni. Dan mesej berantai tersebut berbunyi
‘kemalangan maut terjadi di jeli melibat kan pemandu MPV terbunuh akibat cedera dan pendarahan di usus, isteri pertama cedera ringan dan ank perempuannya parah’
Hahhhhhhhhh? Ok naluri aku ckp kompom ini abe tp ayat isteri pertama cedera ringan yg buat aku sentap. (x la ringan pun, padahal kaki patah rasanya)..masuk balik pasal bini pertama tu, aku mula siasat, aku terus call kakak di Selama kedah sbb kakak lebih rapat dgn abe ni(tinggal di kawasan kejiranan yang sama).
Aku  Tanya betul ka abe dah meninggal, kakak iyakan ja..aku Tanya lagi pasal bini pertama dan kedua..kakak marah sebab aku serkap  jarang. Kata kakak bini abe sorang ja. Ok tutup kes sbb aku mls nk cerita panjang lebar pasal aku terjumpa abe dgn pompuan lain di pusat bandar lagipun abe pun dah x da kan.alfatihah
Tetiba kakak infom balik pada aku, psl info terkini yang dia baru terima. Upanya mmg abe ada dua isteri. Terkejut aku sbb aku pegang2 kata2 abe masa aku LI dulu. Dlm ati ada wajah bini konon.. tp dah jodoh kan. Dan kata kakak lagi, bini nom 2 tu org semanggol x pasti ada anak ke x.
Sebelum ni, bini tua mesti ada termakan ati, kecik ati bila suami beristeri dua, tp bila abe dah ninggal, 2-2 bini x leh nak kata pa. perkongsian hanya sementara. X yah nk makan ati , pendam perasaan dah kan. So, kata2 abe dulu mungkin betul, bukan dusta tapi pada waktu tu ja la. Mungkin masa berubah, masa berjalan maka kita yang merangcang sebaik mana pun tetap kena akur dgn ketentuan illahi.dan pada aku, janji lelaki ni letak la dlm poket seluar, jgn letak dlm henbag.. untuk keselamatan diri sndiri..
Moral kat sini, jgn percaya kata2 laki dan jgn percaya dgn lelaki sehingga lah lelaki tersebut masuk liang lahad. Mcm2 boleh jadi tau, bila suami mati, mula la madu dtg tunjuk muka, siap bawa anak kecik bagai..adoiiiiii..aku x minta semua ni  tp YA ALLAH jauhkan aku dari ujian perkongsian kasih ini ya ALLAH
Aku bukan nk menghasut, tp agak terkesan dengan pemergian abe, selepas dia meninggal baru kami tahu kebenaran hakiki.
Pada ke 2-2 isteri dan ank2 dari isteri pertama, bersabar lah, ini ujian tuk kalian, ada hikmah yang menanti..insyaallah
 
 

15 July 2015

zmn skrg zmn ibu buang ank.sama naik dgn ank buang ibu..baru td tonton satu video di fb psl bayi bulan feb.valentine celebration's baby la konon.sedih ja rasa, mcm2 jns baby yg dijumpai.dlm longkang, dlm lubang, dlm plastik, dlm sg. manalah peginya peri seorang ibu.kandung pnt2,sanggup thn dek alah,kelek ke hulu hilir slma 9bln tp apa kesudahan lps bersalin? kasih sorang ibu yg mcm tu mmg dia ltk kt bkg pintu, yg dia bawa hanya hati yg kontang penuh dgn bisik syaitan.bawa bayi ke sg,toilet awam,dlm kebun.brrnyawa @ x itu soal lain yg pnting aib diri perlu ditutup walaupun aib dpn allah trg2 ditulis dan dicatat oleh malaikat atib.itu bab ibu buang ank.ini bab ank buang ibu plak.si ibu perah keringat nk bsr kan ank2, tp bla ank2 dh bsr dah knl dunia, dia dah x knl ibunya.klu x, umh pelindungan warga emas x berceretek la di malaysia ni kan.itu ank yg dh x knl n x igt jasa mak.ada jugak ank yg knl jasa mak tp knl sbb nk jadikan mak hamba abdi, pengasuh, tukang cuci, tkg masak.dah pujuk rayu si anak tuk minta tlg jg cucu x kn la x cair org tu tu.konon hntr ank kt nursery lg mhl la konon.padahal mgkn sangup hntr dkt mk sendiri  sbb leh kauntim hrga jaga ank.mgkn 2bln skli baru byr uph (mungkin la kan)..saya mmg simpati dgn nasib2 ibu yg mula meniti usia, membilang hari untuk menghirup udara pinjaman dari allah ini. tapi masa itu lah yg digunakan untuk mengepung cucu, hantar ke sekolah..
Alhamdulillah lagi dua hari nak raya. rabbit pun dah siap sembelih sbb mentua nk mkn rendang rabbit. semalam plak ribut kuat, x da guruh atau kilat tp angin lintang rasanya. ecely semalam dok 50-50 nk basuh baju raya ke x. mula2 nk basuh tp rasa mcm mls. pastu bila mls nk basuh pk pk balik, bila lg nk basuh kan. alang2 agak free semalam. so aku pun basuh la baju raya kmi semua. basuh sidai semayang dan tido. dlm pukul 3 pagi kot ujn lebatnya lahaiiii...tingkap yg sliding tu plak ada yg tutup x rapat, tudiaa abih basah tilam .. jd ala2 tido atas kek moist plak haaa sbb lembab kan. aku sedar ja masa ujn lbt tu tp x pk apapun sbb enak tido kan. ank plak lgsg x bangun minta topup susu...bangun pg td siap2 nk g keja (semangat syg kan usm la kunun padahal org lain dah blah dah suma dah selamat balik ke kg halaman masing2, tp x tau la halaman berapa ehehe). kuar ja pintu umh tgk2 kussssss kusss semangat bila nmpk bju2 abih gelimpangan atas lantai, atas rak kasut. atas bumbung keta. nasib baik x terbang g umh jiran ..paling terajis tahap gaban nya ialah, suma baju2 yg jatuh tuh sumanya baju raya kmi ank beranak. rasanya kena basuh lagi sekali  la sbb was was takut rabbit dah mai tido atas baju tu.. ya la rabbit pun pandai sejuk kan. diaorang kompom lari n cari perlindungan punya..nmpk plak kain sampin atas lantai tu, haaaa apa lagi landing ja la...masuk opis plak tgk2 ada org update dlm fb psl gerai@ khmeah di bazaar ramadhan abih punah dan rosak. sian, mereka diuji lagi..dah la nk raya kan. tp ini kuasa ALLAH mmg tak b oleh nk kata pa la kan. tp dlm ati ku ini berdetik


' YA ALLAH, apakah yg ingin engkau tunjukkan pada kami ya allah, rahmat apakah yang ingin engkau reward kan kepada mangsa ributt, mungkin ada sesuatu yg ALLAH mahukan kita sentiasa beringat, wallahualam"

01 July 2015

masyaallah harini hari ke 14 sambut ramadhan. ada yang dah pakat send lagu raya. ada yg dah request nk duit raya include GST, ada yg minta sponsor kuih raya. tp boleh request la itu ini, x tau la nk bg ke idak kan kan kan hehheh..
cpt tul masa berlalu, rasa mcm baru ja sambut 1 ramadhan. rutin lps balik keja (aku amik waktu anjal balik pukul 4.30), trus basuh baju, masak nasi n suap ank2 makan dulu sbb dlm ati dah niat bg depa mkn kenyang2 nnt azan maghrib kompm depa x mai kacau kat dapoq dah kan. tp itu hanya imaginasi aku la, tp hakikatnya asal azan maghrib ja mesti bederet2 mai berotur kat tepi meja makan. depa x minta makan tp tengok mcm nk minta sedekah. dengan buat reaksi muka yang sangat lah SEPOSENNNNN mmg kesian tul. mcm nak terbuang pun ada.nk marah x sampai ati, nk kata lapaq x mungkin sbb pakat2 dah kenyang kan. sian sbb dok betenggek tepi meja makan. aku suruh mkn x mo mkn plak, tp mgkn depa suka tgk aku mkn kot..

15 June 2015

allahuakbar..segala bagai sudut kita diuji. bermula dgn kapal di udara, sampai la gempa bumi di Sabah, dan sekarang ni kapal bawa minyak plak disyaki hilang. sebenarnya pentas2 ujian ni dah lama berlaku, cuma kita sedari secara rambang ataupun tidak.
bermula dengan kes buang bayi, pembunuhan kejam, jenayah sana sini. semua nya berlaku tanpa rasa bersalah, buat tindakan menonong asal kan ati puas. tembak la sesiapapun janji dendam terbalas.
dalam news paper, kes jenayah mmg x penah sunyi, dr zaman dahulu pun mcm ni tp byknya di luar Negara laa.
saja nk kenang kan cerita masa kecik2 dulu, dulu aku kuar umh pukul 6 pagi dgn kakak, tunggu bas nak g sekolah. ibu bapa x temankan pun. dalam ati diorang pun x da tanda2 risau sbb dah tau persekitaran dan keadaan akan selamat.  kdg2 balik sekolah pun, kalau rasa mls nak naik bas, kmi sangup jln kaki. redah kebun getah, dlm ati ok ja asal kan boleh sampi umh walopun agak kelewatan sikit berbanding naik bas kan. tp itu semua dulu punya cerita laaa.. sekarang ni mmg dah terbalik 360 degrees. apa pun x boleh. nk buat itu ini pun x boleh, nk g playground pun dah limit

15 May 2015

HATI...
ikhlaskanlah setiap inci pergerakanku
redhakanlah setiap tutur kata ku
pasrahkan segala keadaan.
balikkan semuanya pada sang pencipta
serahkan segalanya pada hakikat dan kebenaran yang telah diaturkan


siapalah kita untuk menidakkan hakikat
seribu langkah yang kita susuri pasti diakhiri dengan persimpangan
pilih lah kiri atau kanan, semua nya berduri





23 March 2015

bila hati ingin berbicara, di sini ku meluah rasa.melontar segala 1000 yg terbuku.sayu bila dikhabarkan tuan guru nik aziz tlh kembali ke pangkuan pencipta.aku x mengenali secara dekat, apatah lagi untuk dia mengenali aku.tp pada aku tok guru satu satunya insan yang menjadi contoh dibumi malaysia ini untuk generasi ank2 muda.memegang tampuk kepimpinan dlm tempoh yg bleh dikatakan memang memecah rekod.sgt disanjungi oleh pencinta agama.di keji pun selalu namun ditelan ia sbg ujian dlm menjalani kehidupan sbg hamba allah.hbt sungguh kecaman untuk tok guru, bedilan kata2 tohmahan di serata pelosok.buat la apa pun, benda baik tetap dipandang enteng apatah lg benda yg dibuat itu  agak kurang enak bg sstgh phk.pd aku bkn bnda yg kurang enak, bnda baik2 sj tp kekurangannya trasa pada kumpulan yg membangkang perjuangan tok guru. mendapat cacian kiri dan kanan.moga dgn persemadian ini, Tok guru tng Di alam sana.dgn kepergian ini, hrpn semoga pintu2 kesedaran terbuka pada yg membenci.kata org, di saat kita kehilangan barulah kenikmatan kasih dan kerinduan itu wujud.moga akan ada insan yg akan lahir di dunia ini menyambung perjuangan beliau.meyambung legasi perjuangan beliau.terus memgorak lgkh dlm perjuangkan hak2 islam. terus menghayun lgkh dlm meneroka sesuatu yg dirasakan telah lama hilang di mata islam.undang2, percaturan politik semuanya berasaskan hukum dunia.dunia kini telah terpesong,di genggan oleh tgn2 rakus yg gila dan tmk tuk memerintah..aku bukan haluan kiri atau kanan tp sedih dgn kehilangan ini
kes suami curang....kes bini curang...emm apa nka jadi dgn dunia skrg.dunia dedulu pun ada jugak kes ni tp sbb x meluas sebarannya.skrg ni macam2 media, mcm2 platform untuk hebahkan segala mak nenek cerita.kali ni terpanggil tuk post entry suami@isteri curang..apa punca mula bnda ni terjadi.klu tgk drama, alasan 1st salunya sebab kena paksa.2nd sbb pilihan mak bapak 3rd sbb knl dua minggu then mula buat perangai.tp ada jugak yg becinta lama tp baru dua minggu kawen tub tub dtg org ketiga..emmm moral nya skrg ni, klausa curang itu harus lah dtg nya dr 'org ketiga'. xda 3rd party maka tiadalah istilah curang.mula2 hadir dalam hidup mungkin sekadar kawan tp lama2 makin dekat makin tesentuh hati makin terkuak rasa syg makin mengembang rasa rindu.skrg ni kalau dlm fb mula add sbb fren ja padahal x knl pun.add pun sbb ada mutual fren.initialnya just like photo, ya la sbb x knl kn x mo la komen itu ini begitu begini mcm kiah propa plak.lma2 terkomen photo2 si dia.then dia pun reply.pastu syok mula timbul terus msj guna inbox.x puas ati, minta nom henpon.trus add dalam wasap wechat dan seantero dgn nya..hbgn makin lama makin rapat, itu lah muncul nya perasaan ingin curang.penah dgr x? " tiada istilah kawan baik di antara lelaki dn perempuan"..mmg kdg2 ada org ber best frend kan lain2 jantina tp more to feeling la dlm hbgn tu kan (maaf jika saya tersilap bicara, dah nama blog pun khilaf bicara bonda kan kan kan ).just nk seru pada 3rd party yg dalam usaha tuk rosakkan hbgn masjid org lain, lupakanlah kerana satu hari nnt anda juga akan merasa terbeban dek kerana org ketiga ini.mgkn bkn anda yang terlibat tp mgkn  ank @ sedara mara.Wahai anda anda dan anda.saya bkn jeles dgn keupayaan dan kelebihan anda tp saya runsing dgn masa dpn masjid insan lain.jika anda dan anda yakin anda mampu mendapatkan kasih suami org, saya lebih yakin jika anda mampu mendapatkan kasih dr seorang lelaki yang bergelar bjg.sy bkn menidakkan poligami tp sekadar mengelakkan lambakan dosa pada suami2 yg mampu menduakan perasaan tapi tidak mampu dalam bentuk keadilan.sy mampu membentuk nma sbg perempuan,isteri dan ibu tp saya tdk mampu membina nama sebagai madu..entry ini khas buat org letiga di luar sana...jika mungkin di berikan alas an JODOH.. ya mmg JODOH jika haluannya betul..tapi jika ke kiri pun idak, ke kanan pun tehoyong hayang, maka itu bukan jodoh namanya...itu cari bala..maaf dari saya, bukan tujukan pada sesiapa, maaf dari hati jika ada yang terguris tp kompom la x ramai yg 'makan dalam' sbb dah sah sah blog ni bkn ramai followers pun kan ..so saya enjoy dgn entry ni sbb saya mewakili pompuan2 yang teranaiya di luar sana.. wahai anda, teruskanlah dgn niat anda jikan itu yg anda ingin kan tp igt satu ja iaitu HUKUM KARMA.....

11 February 2015

tetiba sblm tdi tekenang zmn dulu2.zmn asik kna mkn penampar, mkn rotan, saat tu terasa sakitnya tp skrg manis jika di kng.pokok mna yg  aku x pnjt, suma pokok aku pnjt.bndang mana aku x terjun, klu scan rasanya suma petak bndg sure ada bks tpk kki aku.pacat lintah mmg mainan kami.konsep tgkp, panggang & buang itu lumrah bg pacat dan lintah tegar.klu balik kg, teroka plak bukit2, redah kebun getah sana sini, cari kulat si parasit di dhn kayu gth.dpt kumpul byk2, dgn bangganya balik umh tok n minta kulat dimasak lmk.btul, pepatah bnda free mmg sgt sdp.kulat tu walopun free tp nikmatnya sgt hbt.plg dhsyt, igtn ketika menikmati kulat kkl hingga hari ini.masuk plak bab mandi sg.pantang nmpk geng lain mndi sg, mula la kau tgk aku, aku jeling kau, kau ushar aku.bkn apa, itu lmpu ijau nmanya..broooommm trus lari balik umh amik baju salin.setel bab bju salin.gedebummm terjun sama2,mula plan itu ini.cari btg psg, cari btg pinang, konon sbg kayak @ bot.klu x da bnda2 tu, emmm main perang2 dlm air pun jd laa dr x da kan.pnt main, perut plak minta diisi..brooommm lari balik umh serbu dapur.tub tub nasi x siap lg, arrhhg main pondok2 dulu la  ekk.main pondok2 x boley lma2 nnt perut makin cpt lpr, so stop pondok2,main congkak dulu la, lubang korek sndri atas tnh.biji guli ganti dgn biji gth.emm x ssh, kebun gth sebelah umh ja.kalau yg mng tu epi ja la main, klu hat bakal klh tu muka monyok ja, nk surrender awal tkut kna mrh.so main la dgn ati x rela.sblm main td rela ja 100%, once dh nk klh ni 100%- 100%..hilang trus kerelaan di situ.ok nasi nasi dh ready, pkt serbu dapur, masing2 bw pinggan nasi dan air ke bwh pokok gth.bekelah ramai2..aduhhh kngn usik jiw btul la.
tu zmn budak2 la, dulu x gaduh nk piker psl pulun bljr, pulun itu ini, maaaainnn ja kja.


x mcm budak skrg, umo  4 5 tahun dah kena pandai membaca. mmg la dulu dan skrg x sama tp zmn riang kanak2 dan perasaansetiap knk2 sentiasa sama. cuma nya zmn riang kmi diisi dgn gembira, zmn skrg juga diisi dgn gembira tapi di balik dinding batu, betremankan buku dan bahan bacaan. kdg2 bertemankan gajet yang canggih manggih

22 January 2015

FB....HACK..FB ...HACK..sinonim ja kan hack n FB ni kan...dulu asik tgk org kena hack.skrg ni rasanya aku plak yang kena hack. ecely, aku x paham sgt apa itu hack dan kenapa hack, siapa yang hack dan apa motif utama dia hack? apa yang dia dpt dgn hack fb org lain. dulu aku x marah sgt sbb aku x kena, tapi kali ni aku marah jugak la dah tekena btg hidung. salah satu caranya, aku kena close acc fb kesayangan aku tu. syg nya pic album dlm tu belambak2 belonggok2. ayaiiiiiiiiyaaa org yg hack ni mmg x da keja ekkk...nak nak plak kebetulan aku mmg  public kan fb tu sbb x reti pun sebenarnya nk private kan itu ini, nk hide kan pic itu ini. pelik, hari2 on fb tapi function apa pun aku x tau..




tgh buat keja td tetiba ada kawan seopis wasap kat aku n cakap yang rasanya fb aku dah kena hack, sbb naik status aku like pic yg bkn2 ..ada la dia send kan pic tu, geli aku tgk, tq sahabat sbb dah inform kan bnda. dia kata dah byk pic yg aku like n timbul kat wall dia, so beter dia infom aku awal2 sbb org yg ken ahack mmg x sdr pun bnda ni.


dalam rancak berwasap dgn member opis ni, dating plak sorang pensyarah ni n cakap yg aku like pic bukan2 dlm fb. kebetulan plak kan. so penerangan dan pengakuan telah pun dibuat, itu bukan akuuuuu laaaaa..sumpah bkn aku yg like.

15 January 2015


Drama satu hari, tygn under tv9..emmm kjm nya si isteri bila sangup ketepikan si suami.mula rasa disisihkan sementara suami sibuk mencari rezeki siang mlm.ya la isteri request umh agam, bla suami besengkang mata cari duit, dia plak pegi ngadu kat kwn baik suami dia.adu punya adu, luahan ati punya la complete last2 besfren suami terjatuh cinta dgn isteri yg x sedar di untung tu.istri cuba minta cerai lps diyakin kan oleh kekasih baru, suami cuba pujuk dgn bawa isteri ke umh agam yg 100% tlh siap.tp umh agam mmg x lyn la sbb dah tgkp cintan la katakan.suami pegi membawa diri ke luar negara, sarajevo..tinggal kan ank n bks isteri dgn bakal suami barunya aka kwn baik nya sendiri.emm bks isteri pun lps edah trus kawen dgn kekasih.lps kawen dpt tau plak yg ank sakit luekimia stage 4.suami baru x nk tanggung kos sbb bkn anknya.hidup umh tangga mula x amn, betengkar sikit isteri kena sepak terajang smpi gugur.isteri tepaksa mnta tlg dr bks suami tuk tanggung kos rawatan yg tln kos dr 10k-15k.suami plak x izin kan kuar g hosp selagi luka n lbm lbm kat muka 2 x ilg.rumitnya lahai...di sarajevo,bks suami plak mula knl knl dgn sorang knln dari mlysia jugak.hampir tgkp cintan tp masih trauma dgn kngn lalu.bla dia balik mlysia tuk mlwt ank dia, m.we baru dia ikut sekali.nmpk ja dkt si janda dia ni, hangiin satu bdn la janda tu.jeles la kot sbb dia dpt suami baru melalui title ja tp x bahagia.dikacaunya plak m.we bks suami nya tu.ckp diaorang masih syg menyayang la bla bla bla.jauh ati la m.we baru tu kn kn kn....emmm apa ksdhn ksh n hbgn konflik ni  arrr...baru episod 7 kot..bla nk tmt x tau la
Perjalanan dan rentetan takdir bg stp insan yakni makhluk ALlah mmg berbeda.ada yg sakit sakit sakit tp x juga sembuh, asik sakit smpai la maut dtg menjemput.ada yg sht, sht sht tp at last maut meragut dgn tetiba.ada yg sakit, sembuh sakit sembuh.ada yg x pnah sakit lgsg.tp mcm mna pun takdir kita, pengakhiran kita hanya satu iaitu mati. Mati juga satu persoalan, adakah mati kita itu dlm keadaan yg diredhai, mati dlm keadaan berpasangan @bujang, tempat/saksi ajl kita, bila di mna dan kenapa itu akn mnjadi persoalan bg org2 yg menziarahi jnzh kita kelak.. Emmm masuk bab lain plak, ssh nya hidup kita ni dikelilingi dgn org yg berhasad dengki, memecah belah sesuatu keamanan, perosak pada 1 kedamaian.aku jrg jmpa dgn org mcm ni, klu jumpa pun setakat dlm drama melayu ja la.ya la drama tamil sikit2 menari gelek2, drama cina plak sikit2 psl bisnes2, drama indon sikit2 psl tetukaq ank.drama mlyu ja la yg ada bab2 dengki mendengki ni.ecely apa yg ada dlm ati insan2 yg bergraduan PHD ( perasaan hasad dengki) ni arrr..sikit2 nk sampai kan cerita pada si a, pastu dia sampai pda si b plak..konklusinya, dia gulung suma apa yg dia ckp tu then dia heboh pd suma org yg total nya 100% telah dimanipulasikan.pelik kan, xda keja ka? Xda arah sgt ka nk buat? Ehh aku x mention sapa2 tau, aku byk tgk derama jer hokeyyyy.individu mcm ni mgkn rasa x puas bla tgk org lain sng.kdg2 bkn takat org lain ja, sedara mara sendri pun dia nak kacau.aku pun 100% x smpurna tp aku x guna kan kekurangan aku untuk menampakkan kekurangan pd org lain.